BAB 02

1.2K 12 0
                                    

BERSAMA lafaz bismillah, dia mengetuk pintu bilik tidurnya bersama Zaraa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BERSAMA lafaz bismillah, dia mengetuk pintu bilik tidurnya bersama Zaraa. Dia sempat mendengar tawa Zaraa, sebelum Zaraa memintanya jangan terlalu formal dengan mengetuk pintu. Senyumannya mekar biarpun jelas sekali dia gugup.

Zaraa tidak tahu betapa gemuruhnya dia sekarang. Semuanya serba tidak kena. Bergetar sepuluh jari-jemarinya sewaktu membuka pintu bilik tersebut. Hilang kewibawaannya sebagai seorang yang tegas dan penuh percaya diri selama ini.

Di birai katil, dia menemukan Zaraa. Zaraa yang telah menjadi miliknya. Demi Allah, dia terkesima melihat Zaraa. Zaraa cantik. Malam ini, Zaraa luar biasa cantik. Kerlingan mata Zaraa cukup untuk melemahkan jiwa lelakinya. Sepasang matanya sudah tidak pandai berkelip. Sejak tadi, hanya Zaraa di matanya.

"Hai." Suara Zaraa bergetar. Zara tersipu malu. Hampir sahaja dia menerkam Zaraa kalau tidak mengenangkan dia perlu bersabar malam ini. Dia tidak boleh gelojoh. Dia telah berjanji, malam pertamanya bersama Zaraa perlu tertib dan tidak terburu-buru. Dia mahu membawa Zaraa ke syurga.

Untuk ke sana, dia perlu bersabar dan mengikuti satu-persatu perancangan di dalam kepalanya. Perancangannya sudah cukup sempurna. Perkara pertama, pastilah menggoda Zaraa sehingga Zaraa tunduk pada godaannya.

"Memang nak jual gigi saja ke ni?" Suara Zaraa sampai ke telinganya. Suara Zaraa tidak lagi bergetar, tetapi seperti menahan ketawa.

Serta-merta juga kedua-kedua belah keningnya naik. Zara sedang mencabar kelelakiannya dan dia adalah lelaki yang dibesarkan dengan cabaran demi cabaran. Dia sukakan cabaran.

Tenang langkahnya mendekati Zaraa. Setiap langkah membawa seribu harapan. Dia hanya berhenti melangkah setelah berada betul-betul di depan Zaraa.

"Nak abang jadi harimau kumbang ke sekarang?" Lirikan matanya ditajamkan. Dapat dia rasakan, Zaraa pula yang diserbu rasa gugup. Raut muka Zaraa berubah-ubah. Cemas pun ada. Entah apa yang dicemaskan oleh Zaraa? Dia bukan hantu. Dia Ariff Ezanee. Lelaki yang mahu menghabiskan hidupnya bersama-sama Zaraa.

"Awak jangan takutkan saya."

Aduh Zaraa, kata-katanya menghadirkan lucu. Ketawanya terhambur. Tanpa dijemput, dia mengambil tempat di sisi Zaraa. Membiarkan bahu mereka saling bersentuhan. Nikmatnya sentuhan yang disengajakan itu memberi semangat baru di dalam hidupnya.

"Awak? Really Zaraa?" tekannya sambil menyentuh dagu Zaraa. Dia sengaja mendongakkan dagu Zaraa. Biar Zaraa hanya memandangnya.

Zaraa membesarkan sedikit sepasang mata cantiknya. Dan dia tergoda lagi. Apa sahaja yang Zaraa lakukan, semuanya membuat dia hampir hilang pertimbangan.

"Zaraa bukan dah janji nak tukar panggilan awak pada abang ke? Lupa, ya? Nak abang ingatkan dengan cara apa ni? Zaraa nak C atau K?" soalnya dengan suara yang sengaja diseriuskan. Dia suka melihat pipi Zaraa bertukar kemerah-merahan.

AYAH SAYA DUDA | Best SellerWhere stories live. Discover now