Tanpa Hati. Tanpa Emosi

722 6 0
                                    

"I'm  sorry,  Lalisa.  Saya  berdosa  pada  awak."

Tubir  matanya  mulai  hangat.  Dia  benci  dengan emosi  sedih  yang  sedang  bergolak  hebat  di  dalam dirinya.  Dia  benci  dia  jadi  lemah  mendengar  perutusan maaf  lelaki  itu.  Dia  tidak  memerlukan  kata  maaf  Encik Ariff  Ezanee.

"Awak  boleh  marah  saya.  Pukul  saya.  Saya  layak dapat  semua  tu.”

Lalisa  masih  membeku.  Otaknya  tepu  untuk mengarang  jawapan  balas.

“Saya  akan  cari  rumah  sewa  tu  hari  ni.  Malam  ni awak  boleh  bermalam  di  sana.  Awak  akan  selamat  di sana.”

Semakin  kuat  genggaman  jarinya.  Dia  cuba untuk  tersenyum,  bibirnya  terlalu  keras.  Dia  cuba  untuk bersuara,  suaranya  tidak  mahu  keluar.  Segala-galanya terasa  tersekat-sekat  dan  terlalu  menyakitkan.

“Lalisa.”

Panggilan  Encik  Ariff  Ezanee  tidak  diendahkan. Kedukaannya  terlalu  mendalam  untuk  dia  berpaling  dan berlagak  seperti  dia  kuat  dan  tidak  terkesan.  Dan  lelaki itu  menambah  deritanya  dengan  cara  meraih  tangannya. Lelaki  itu  mengelus  jari  tangannya.

"Let  me  know  kalau  perbuatan  saya  semalam menghasilkan  nyawa.”

Perlahan-lahan  Lalisa  menarik  tangannya.  Biar tidak  berada  dalam  genggaman  tangan  Encik  Ariff Ezanee  lagi. 

“Saya  akan  beritahu  kalau  perbuatan  kita semalam  menghasilkan  nyawa,”  jawabnya.  Tanpa  hati. Tanpa  emosi.

R E V I E W  ⭐ ⭐ ⭐ ⭐ ⭐
Terima kasih sis 😘
Ya, semua nakal. Ticer Lalisa jerr behave 😆
Korang tu, dah ada ke AYAH SAYA DUDA?

WASAP ADMIN UNTUK MENEMPAH
▶️ https://wasap.la/rumahpk
▶️ +6010 449 7835

la/rumahpk▶️ +6010 449 7835

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.
AYAH SAYA DUDA | Best SellerDonde viven las historias. Descúbrelo ahora