。 •́ ❥ ( 29 ) ❥ •̀ 。

Comenzar desde el principio
                                    

"Russian. Dia ada di sana, sebab tu Eiden bawa kau balik ke sini. Sebab nyawa kau dalam bahaya. Sebab tu aku tak nak kau ke sana. Russian tempat dia Anne. Buat masa sekarang, kami masih siasat apa motif dia, and apa dia nak."

Makin bulat Anne mendengarnya, "Jadi... Yang letupan tu?" Anne teringat apabila Melis ada bagitahu mengenai letupan bilik hotel mereka.

Lucas mengangguk kecil, "it was a warning from Yartser, that the game had begun,"

🌻🌻🌻

"One more time!"

Anne termengah – mengah, peluh di dahinya dikesat. Matanya memandang lelaki yang berbadan tegap di hadapannya.

Lelaki itu tersenyum nakal, "Come on," Kedua tangannya di angkat, dan jarinya memanggil Anne. Lebih mahu mencabar gadis itu.

Anne mengeluh kasar. Kakinya pantas berlari ke arah lelaki itu, tumbukan kanannya dilayang namun ditepis laju oleh lelaki itu. Tangan kiri pula di angkat tetapi dengan cekap lelaki itu mengapai dan terus memulas tangan Anne sehingga Anne terbaring di atas lantai. Lelaki itu memanjat kebelakang tubuh Anne.

"Just that?" Lelaki itu berbisik.

Anne mengetap bibir, lengannya mula rasa sakit.

"Let me go!" Anne cuba untuk melepaskan diri dari taklukan lelaki itu. Namun sia – sia saja, memandangkan kudrat lelaki itu lebih kuat dari dia.

Lelaki itu ketawa kecil, segera tubuh Anne dilepaskan. Dia berdiri sambil memandang Anne yang sudah berpusing memandangnya. Dada Anne berombak mencuri nafas.

"It's been a month Anne, you still can't beat me?"

Anne menjeling lelaki yang sedang tersenyum nakal itu. Nafasnya masih tercungap – cungap. Damn, dia perlu kuatkan staminan lagi ni!

"One day Travis,"

Terus terlepas ketawa Travis, kepala digeleng sambil melangkah menuju ke hujung bilik.

"Done for today, actually you have a great energy today. Kekuatan you hari ni, I can feel it,"

Anne bangun dari baringnya, peluh yang menitik di lehernya dilap dengan tuala yang dihulur oleh Travis.

"But still not strong enough," Anne mencebik kecil. Setiap hari dia menghabiskan masa ke gym dan gelanggang kecil ini. Tapi masih lemah, tidak mampu melawan Travis.

"It's okay, you still ada 3 bulan. Itu tempoh yang Lucas bagi dekat I. I kena buat you strong, at least ada basic pertahankan diri. How to make you more focus and alert after this kalau ada apa – apa berlaku. Learn how to deal with situation yang you sendiri tak jangka. How you nak pertahankan diri semua itu. I dah janji dengan Lucas semua tu,"

Anne sudah muncung. Benarlah apa yang dikatakan oleh Travis itu. Lucas minta dia break 4 month dari berkerja semata – mata untuk dia belajar benda ini semua. Katanya, kebaikan untuk dirinya juga. Betul, walaupun dirinya sudah ada 'bodyguard' yang boleh jaga dirinya. But still dia kena ada basic untuk semua ini. Dia kena bersiap sedia untuk apa yang akan berlaku nanti.

"Ok Travis, whateverrrr. I nak rehat hari ni, so ya see you tomorrow,"

Travis membalas pelukan Anne, "Jangan lupa! Workout kuatkan lagi muscle you sikit and stamina you tu. Jaga makan too,"

"Yaa yaaa I knowwww, thank you for today coach,"

Travis ketawa kecil apabila mendapat perlian dari Anne.

Anne melangkah keluar dari bilik yang menjadi tempat latihannya. Dirinya di bawa masuk ke dalam bilik tidurnya.

Sudah sebulan berlalu. Sekarang dia hanya mengikut kata – kata Lucas, apa yang Lucas minta dia buat, dia akan buat. Macam sekarang ni, sudah sebulan dia belajar bersama Travis seni mempertahankan diri dan ianya memenatkan!

MISCHIEVOUSDonde viven las historias. Descúbrelo ahora