Bab 3

3.2K 308 232
                                    

"Boss!" Syafiq terus menerpa ke arah Rayyan yang terbaring di lantai.

Kondisi bosnya sekarang bukan lagi biasa-biasa, bahkan sudah luar biasa. Rayyan nampak seperti tidak sedar tetapi jika dilihatkan pada keadaannya, masih lagi sedar. Ketika ini, hanya satu saja yang terdetik di hatinya iaitu bagaimana untuk menyelamatkan Rayyan. Rayyan... keadaannya begitu teruk!

"Boss." Syafiq menggenggam kemas tangan Rayyan yang semakin lemah dalam menahan sakit.

"Apik takut ni. Tolong bertahan, abang," pinta Syafiq lalu menyeka kasar air matanya.

Ya Allah, apa yang harus dia buat ketika ini? Nasibnya agak baik tadi apabila sebaik sahaja melihat Rayyan seperti mahu tumbang, cepat-cepat dia melaung keras. Maka, Rayyan terselamat daripada terus tidak sedarkan diri. Namun, kenapa Rayyan tiba-tiba saja pengsan?

Matanya kemudian dililaukan ke sana sini. Tak guna, dirinya dan Rayyan sudah menjadi bahan tontonan percuma orang ramai. Hospital? Ha, ya hospital. Tapi, macam mana? Ah, dia tidak dapat berfikir dengan betul. Bertenang, Syafiq. Rileks!

"Apa yang berlaku?" Tiba-tiba, kedengaran satu suara bertanya.

Mendengar soalan bernada tenang si penanya, Syafiq terus mendongakkan kepalanya kepada pemilik suara tersebut. Dengan air matanya diseka kasar dan bibirnya bergetar hebat, figura seorang lelaki bertopeng muka hitam menutupi hidung dan mulut dipandang dengan penuh perasaan lega.

"Abang Dark," tutur Syafiq dengan mata berkaca-kaca.

"Boss..." tuturnya lagi.

Tanpa sempat Syafiq menghabiskan ayatnya, lelaki yang dipanggil Dark itu terus menarik tangan Rayyan lalu membangunkannya. Sangat lemah, itu yang dideduksi olehnya terhadap kondisi Rayyan ketika ini.

Dengan keadaan Rayyan yang sangat membimbangkan, setiap detikan waktu sangatlah berharga. Tanpa mempedulikan orang ramai yang mengelilingi juga, batang tubuh Rayyan dipapah olehnya dan Syafiq lalu dibawa ke kereta. 

"Aku drive," ujar Aariz seraya membukakan pintu kereta lalu memboloskan Rayyan di tempat duduk belakang.

Setelah memastikan semuanya selamat, Aariz terus memandu laju kereta BMW i8 milik Rayyan menuju ke hospital. Sungguh, memang tidak disangka bahawa mereka berdua akan bertemu sebelum masanya.

Sebenarnya, kehadirannya di mall itu hanyalah untuk membeli patung penguin untuk Khayra. Raranya sukakan patung penguin besar, jadi dia mahu membeli hadiah patung penguin kepada isterinya itu sempena majlis ulang tahun hari lahirnya esok.

Namun, tidaklah dia menjangkakan bahawa dia akan terserempak dengan Rayyan Razien yang kebetulan turut berada di mall yang sama. Tertarik dengan keperibadian jejaka itu, tanpa sedar ralit saja dia memerhatikan ulah jejaka tersebut bersama dengan budak berhoodie putih.

Rayyan Razien. Pengarah Bahagian Sumber Manusia Campbell Corporation merangkap ketua sekuriti syarikat gergasi tersebut. Segak bergaya serta hebat dalam strategi dan taktik kombat. Heh, menarik betul profil kerjaya bakal bosnya ini.

'Boss, bertahanlah. Walaupun sekarang ini aku sendiri pun sudah berasa separuh mati sebaik saja melihat kau tadi, aku tetap akan cuba bertahan.' Sesekali, Aariz mengusap perlahan dadanya yang terasa sakit seperti tidak cukup oksigen.

'Kau. Aku. Heh, memang macam ini ke takdir setiap orang yang menerima organ Inspektor Khalid? Sakit bhai!' Sesekali, Aariz menarik panjang nafasnya yang dirasakan sesak dan tersekat-sekat dan batuk-batuknya juga semakin kuat kedengaran.

"Abang Dark okey?" tanya Syafiq prihatin.

"Aku okey, jangan risau," jawab Aariz seadanya lalu meneruskan pemanduan.

HELLO, ABANG BODYGUARD! 2 [BAKAL REVAMP]Where stories live. Discover now