Bab 9

1.8K 228 86
                                    

Rayyan memberhentikan keretanya di hadapan sebuah warung tepi jalan. Sang buah hati mahu berjumpanya di situ. Maka, dia layankan saja walaupun tempat itu tak classy macam restoran mewah yang selalu dikunjunginya.

"Sini," panggil Hana. Dia melambai-lambai ke arah Rayyan sambil tersengih-sengih.

"Buang tabiat ke apa kau ni hah, Hana?" Rayyan meletakkan anak kunci keretanya di atas meja. Lantas, dia menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya.

"Ha'ah. Buang tabiat," gelak Hana seraya memanggil pelayan.

"Teh panas satu, mi goreng mamak dua. Tu je," beritahunya kepada pelayan yang mengambil order.

Setelah mengucapkan terima kasih dan pelayan berlalu pergi, Hana kembali menumpukan perhatian kepada Rayyan di hadapannya. Dengan muka tersenyum-senyum, dia tenung lagi raut wajah tunangnya.

Kesian, nampak keletihan. Tapi, demi dia, Rayyan sanggup juga keluar setelah perjumpaan dengan Mami Reen di balai polis selesai tadi. Jejaka itu membuatkan hatinya semakin hari semakin sayang!

"Dah puas tenung aku?" tegur Rayyan.

"Tak lagi," jawab Hana selamba. Kemudian, dia tertawa kecil.

"Ya Allah, seram sungguh aku tengok kau malam ni." Rayyan menggosok-gosok lengannya. Bulu romanya berasa merinding.

"Kenapa kau nak jumpa aku? Urgent macam tak ada hari esok," tanyanya pula. Pelik sungguh permintaan gadis ini.

Soalan Rayyan disambut dengan senyuman oleh Hana. Memang urgent pun perkara yang nak dibincangkan malam ini dengan Rayyan. Tapi, dia nak perut jejaka itu kenyang terlebih dahulu sebelum dia memberitahu berita tersebut.

"Macam mana jumpa Kak Julia tadi? Sakit tak?" Hana mengelak daripada menjawab soalan Rayyan.

"Kak Julia? Haha. Macam biasalah akak tu. Kalau tak dera aku, tak sah," jawab Rayyan.

Teringat dia hal petang tadi ketika berjumpa jururawat yang dipanggil Kak Julia. Misi bertubuh gempal itu diamanahkan oleh Dr. Maria untuk tolong seorang doktor pelatih di bawah seliaannya untuk memberikan ubat kepada dia setiap tarikh tertentu.

"Aku ingat lagi hari tu. Nampak macam sakit gila kau kena cucuk dengan ubat baru," ujar Hana.

Memorinya terimbas hari di mana dia membawa Rayyan ke hospital untuk berjumpa dengan ibunya. Kebetulan, hari itu merupakan masa yang disetkan untuk check-up kondisi jejaka itu.

Hari itu juga merupakan hari paling membuatkannya malu. Selain daripada terkantoi dengan Kak Julia dia sukakan Rayyan, foto mereka berdua ketika majlis makan malam syarikat akhbar Nadi Kota turut sampai ke tangan ibunya.

Tapi, hari itu jugalah hari yang membuatkan dirinya berasa di awang-awangan. Hatinya berbunga-bunga. Luahan berani mati Rayyan kepada ibunya betul-betul membuatkan jejaka itu sangat macho di matanya.

"Tadi pun sakit juga. Ni kau tengok ni." Rayyan menunjukkan kekura tangan kirinya kepada Hana. Nampak beberapa kesan tusukan jarum.

"Tak cukup dengan tempat ni, tempat ni pun dia cucuk. Katanya tak jumpa urat. Alasan sangat. Aku tahulah dia geram tengok urat timbul kat tangan aku," ceceh Rayyan.

Ujaran Rayyan serta merta menghamburkan tawa Hana. Sampai merah-merah mukanya dek ketawa terlalu banyak. Ya Allah, tegang pipinya. Cara Rayyan mengadu macam budak kecil!

"Aduh, senak perut aku." Hana cuba berhenti ketawa.

"Seronok je kan kau gelakkan aku." Rayyan turut tertawa melihat Hana ketawa.

HELLO, ABANG BODYGUARD! 2 [BAKAL REVAMP]Where stories live. Discover now