Prolog

3.4K 363 159
                                    

Hana memberhentikan langkah lalu berpaling ke belakang. Entahlah, sejak dari tadi dia berasa dirinya diperhatikan. Seram menyinggah, sesal bertandang. Kenapalah dia berani balik lewat sedangkan dirinya bukanlah berani sangat. Senang kata, penakut.

Zzpt! Zzpt!

"Siapa?" Hana memusingkan badan ke belakang.

Perasaan cuak dan takutnya semakin mencanak naik. Jam sudah menunjukkan hampir waktu Maghrib dan ruangan parkir Pusat Latihan Taekwondo Bai juga sudah tiada kereta lain selain daripada keretanya.

Sebagai orang penting yang menguruskan perlawanan persahabatan antara pusat latihan tersebut dengan pusat latihan lain pada hujung minggu ini, mahu tidak mahu terpaksalah dia menguruskan semua sekali.

Berasa semakin tidak sedap hati, Hana melajukan lagi langkah kakinya. Aduhai, kenapalah terasa jauh pula dia memarkirkan keretanya petang ini? Bertabahlah sajalah, Hana. Kau itu pegawai polis, bukannya anak bilis!

Zzpt! Zzpt!

Sekali lagi bunyi seperti kipas drone menerjah pendengarannya. Dengan suasana rembang petang yang semakin suram, sedikit sebanyak bunyi tersebut menggugah perasaan alaminya sebagai seorang wanita. Ya, dia ketakutan!

Tit... tit...

Telefon pintar yang bergetar dari dalam poket baju labuhnya pantas dicapai lalu tanpa melihat nama pemanggil, terus saja panggilan tersebut diangkat. Langkah kakinya dihayun semakin laju menuju ke kereta dek bunyi tersebut berasa semakin mendekati.

"Hana, hati-hati. Ada orang ikut kau," pesan pemanggil di talian.

"Siapa dia orang, Rayyan?" soal Hana tegas.

"The Lord," jawab Rayyan.

"Siapa?" Hana terkaget. Serta-merta langkah kakinya terbejat dek mendengar sebaris nama itu disebut.

"The Great Father," kata Rayyan.

"Jangan risau, aku akan terus escort kau. Safe drive, My Darling Cik Tunang," sambung Rayyan lagi lalu mematikan talian.

Tut... tut... tut...

Skrin telefon pintar yang akhirnya menggelap dipandang dengan penuh kelegaan. Namun, di kala itu juga terbit perasaan marah dalam dirinya. Memang pembunuh ayahnya tidak serik-serik lagilah memburunya?

Setelah tiga bulan hiatus di tempat tersembunyi, nampak gayanya jantan keparat itu sudah mula mengorak langkah dan berani memunculkan diri secara terang-terangan. Hanya disebabkan tidak cukup bukti, mereka tidak dapat menangkapnya!

Zptt... zptt...

Hana mendongakkan kepala ke atas langit. Escort? Heh, drone peninjau Rayyan rupanya. Buang karan saja dia menjadi penakut, mesti Rayyan bantai gelak melihat aksi penakutnya tadi. Tak guna betul My Darling Encik Tunang, sajalah kan mengusiknya di petang hari?

Tapi... Rayyan memberitahunya yang The Lord mengekori. Yakah? Ya... mungkin. Biasanya firasat Rayyan betul dan tunangnya itu tidak pernah bergurau dalam hal besar seperti ini. Baiklah, menurut perintah, Rayyan!


Done!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Done!

Nak boleh?

Macam mana chapter ni? Huhu I'm sorry if hambar 😬

Kepada pembaca novel saya yang menyambut hari lahir pada hari ni (12/11/2020) dan esok (13/11/2020), saya sengaja up chapter ni pada jam 12.00 a.m sebagai hadiah untuk korang ❤️

13/11/2020 - 12:00 am.

Random tags:
FatanahNasuha_ shizzatul11 Syaf_Asriqa IkaSyafiqah1 jijahorkid reenmedina whiterosses_ Ianarasyah_ Frustngell lysaline nrullfatini Nurinnalphaa saisyaz xerlickmentos58 FazliYana3 AmandaNajwahana AYA_CHAN26 renzyraaa nrrxihxn aoraxxsshn ainqalbi Noha_eryn89 fauna437

HELLO, ABANG BODYGUARD! 2 [BAKAL REVAMP]Where stories live. Discover now