Tania merapatinya.

" Kami hanya tumpang bermalam satu malam saja di sini. Dan aku jamin, tiada perkara buruk-buruk akan terjadi sepanjang kami di sini. Lagipula aku kan bakal pemilik rumah tumpangan ni jugak nanti. Jadi aku harap kau jaga  istana kita ini sebaiknya ya. Kerana akan tiba  suatu masa di masa hadapan nanti aku akan menuntutnya. Jang. Man. wol. " Kata Tania selamba. Jang Man Wol terkejut mendengarkan ucapannya.

"Si..si..siapa kau? Bagaimana kau tahu nama aku." Soalnya lagi. Tania hanya tersenyum sinis.

"Sampaikan salam aku pada pokok bulan." Jawab Tania sambil tersenyum manis. Dia menarik lengan Taehyung agar mengikutnya dan berlalu dari situ.
______________________________________

Jang Man Wol tidak dapat melelapkan matanya. Dia tidak sedap hati mengenangkan pertemuannya dengan penginap rumah tumpangannya sebentar tadi.

Makanya dia berjalan pergi menemui Pokok Bulan.

"Siapa orang itu tadi?! Macam mana dia  boleh kenal aku?! Apa hubungan Kau dengan dia ?!," Tanya Jang Man Wol kepadanya. Tapi tiada jawapan. Dia akhirnya putus asa dan balik semula ke biliknya.

______________________________________

Tania berbaring di sebelah Taehyung usai mandi dan memakai baju tidurnya.  Letih. Ya dia sangat letih. Terlalu banyak perkara yang  terjadi  hari ini.

Tania menoleh ke arah Taehyung yang terlelap tidur lebih awal daripadanya. Dia memakai baju tidur Tania. Tania menarik  selimut menutupi tubuh Taehyung, wajah tampan itu ditatap  penuh kasih sayang. Dia merapikan rambutnnya  yang menutupi sebahagian matanya, pipi gebu Taehyung diusap lembut. Melihat wajah dihadapannya itu membuatnya tenang. Tania memeluknya lalu ikut sama tertidur.

Jang Man Wol berjalan semula meninggalkan bilik Tania dan Taehyung. Tingkap bilik tidur mereka yang terbuka membolehkan Jang Man  Wol melihat kedua mereka dengan jelas. Dia melihat Tania mengelus lembut pipi lelaki separuh manusia separuh haiwan mistik itu.  Dia dapat melihat Tania  memandang ke arahnya dengan penuh kasih sayang. Mereka akhirnya terlelap tidur berpelukan.

Malam itu berlalu dengan ketenangan  dan tanpa ada perkara buruk yang berlaku.

______________________________________

Taehyung membuka matanya.  Dia terkebil-kebil memandang wajah noonanya yang berada betul-betul dekat dengannya. Masih mamai. Hembusan lembut nafas noonanya menyapa pipinya.

Mata Taehyung membulat besar. Dia bergerak perlahan  menjarakkan tubuh mereka.  Namun Tania semakin erat memeluknya. Dan tubuh mereka semakin rapat.

" Few minutes more winter bear, lets just cuddle like this. It's so so so so comfortable cuddling with you in the morning, like this,mmmmph...nomu chuwa..lets sleep more winter bear." wajah Taehyung mula merona merah jambu mendengar kata-kata noonanya.

Bahasa asing itu sepertinya  sangat difahaminya sejak dia bergabung satu tubuh dengan naga Barra.

Pantas saja tidurnya lena. Tanpa mimpi ngeri. Selesa, hangat dan tenteram. Dia merasa selamat.  Adakah semuanya kerana noonanya ada di sisisnya?

Taehyung tanpa berfikir panjang memejam kembali matanya.

______________________________________

 TANIAWhere stories live. Discover now