Bahagian 6

1 0 0
                                    

"Weh, aku pun nak jugak kalau macam tu." Satu suara memecah perbincangan riuh itu.

"Mana aci, aku pun nak jugak." Satu lagi suara membantah.

"Aku tahu siapa yang boleh wakilkan kita!" Satu suara memecah keriuhan antara mereka.

"Siapa?" Sepuluh pasang mata memandang ke arahnya sebelum berkalih arah pada seorang gadis yang masih sibuk menyiapkan latihan Sejarahnya.

"Mai, kau jadi wakil kitorang eh?" Diyana bersuara.

"Wakil apa?" Terpinga-pinga Maisarah memandang sebelas orang rakan sekelasnya yang berdiri mengelilingi mejanya itu.

"Kau setuju, kan? Kami tahu kau akan setuju. Thanks Mai!" Masing-masing berlalu ke meja mereka meninggalkan Maisarah yang terpinga-pinga sendiri.




"Kenapa aku kena pergi benda ni dengan Nawfal?" Maisarah menghempaskan begnya ke atas katil.

"Kau kena sampuk apa yang balik nak membebel-bebel ni, mak cik?" Emilia bertanya.

"Kau tahu kan Explorace SPM yang ikut kelas tu?" soal Maisarah semula.

"Kenapa? Kau masuk benda tu dengan Nawfal?" soal Emilia semula.

"Menyampah aku. Apasal aku yang kena?" Maisarah menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Oh, kelas koranglah yang lambat gila hantar penyertaan tu. Tapi, gabungan korang mantap tak ingat kau tau. Kau memang top scorer untuk subjek teras, Nawfal memang pegang semua subjek sains. Memang kelas lain makan asap je lah esok." Emilia menyemak kertas penyertaan untuk Explorace SPM esok.

"Aku rasa aku tau kenapa diorang pilih kau. Kalau aku jadi diorang pun aku pilih kau." Elya duduk di atas katil Emilia.

"Apasal pulak?" soal Maisarah semula.

"Sebab kau je yang buat bodoh je dengan sikap gentleman si Nawfal tu. Keras betul hati kau. Kau tak ada crush dengan sesiapa ke?" soal Elya.

"Entah." Sepatah sahaja jawapan Maisarah.

"Tengok. Perangai kau yang macam nilah yang buat orang tak kisah. Agaknya kalau Farhan mengayat kau pun Emil buat bodoh je. Tak gitu Emil?" Elya beruara pada Emilia.

"Farhan nak mengayat si Mai ni? Magik tul. Kalau betul jadi pun, Mai ni nak ke? Dia tunggu prince charming jatuh dari langit agaknya." Emilia ketawa kecil.

"See?" Ketawa Elya berpadu dengan ketawa Emilia. Maisarah hanya memuncungkan mulutnya.




"Sarah, cuba kau senyum sikit. Aku ni bukannya naga yang kau nak tarik muka empat belas macam tu." Nawfal ketawa kecil. Mereka di checkpoint lima, lagi empat checkpoint sebelum menamatkan permainan. Maisarah masih lagi mendiamkan diri. Kenapalah kau ni baik sangat?

"Maisarah, kau sangat-sangat tak suka aku ke?" soal Nawfal.

"Kenapa aku kena suka kau?" soal Maisarah.

"Sebab aku suka kau?" Nawfal menjawab.

"Hah?" Terkejut Maisarah memandang Nawfal di sebelahnya.

"Tengok, sentap lagi." Nawfal ketawa kecil.

"Aku bukannya tak suka. Tapi, kau tau tak... erm... awkward. Aku tak retilah nak berinteraksi dengan orang. Dengan kertas aku pandailah." Maisarah berterus-terang.

"Kalau macam tu, kau anggap je aku macam kertas, boleh?" Tawa Maisarah dan Nawfal bersatu.




"Weh, apasal aku sorang je perempuan dalam group si Nawfal tu Emil?" Maisarah bertanya.

"Eh, kau bukan dah kamceng ke dengan si Nawfal tu?" Emilia tersengih nakal.

"Kamceng macam biasa jelah. Aku kan sekelas dengan dia." Acuh tak acuh Maisarah menjawab.

"Tak apa, kau kamceng je dengan Nawfal tu. Setakat hal kerja, kan?" Emilia menyambung kerja Kimianya.

"Kenapa, kau pun jealous ke?" Maisarah ketawa.

"Jealous dengan kau? Buang masa." Emilia mencebik. Maisarah berlalu ke katilnya. Dia membuka buku Fiziknya.

Seketika dia berbaring melentang di atas katil. Nawfal oh Nawfal, kenapalah aku boleh ada hati dengan kau dari form one? Sakit hati aku tau.

"Apa kau cakap?" Emilia berpaling dari katilnya.

Maisarah menoleh pada Emilia di meja belajar sebelum mengerut dahi. Aku cakap kuat ke? "Tak ada apa."

"Aku dengar macam kau cakap sakit hati something." Emilia menjawab.

"Kau dah penat tengok buku tu. Itu yang kau merepek bukan-bukan." Maisarah kembali menghadap buku Fiziknya.

"Betullah tu. Aku tidur jap. Kejut aku Zohor eh?" Emilia membaringkan tubuhnya di atas katil.

Maisarah menarik nafas lega. Betullah aku ni ada masalah jiwa. Perlu dirawat.

Has llegado al final de las partes publicadas.

⏰ Última actualización: Nov 08, 2020 ⏰

¡Añade esta historia a tu biblioteca para recibir notificaciones sobre nuevas partes!

Kunci Hati DiaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora