Bahagian 3

1 0 0
                                    

"Tapi..." Nawfal memandang wajah gadis yang tua setahun daripadanya itu.

"Nawfal tu diam sudah. Kenapa? Nawfal dah tak percaya kita ke?" soal Amira pada Nawfal di hadapannya itu.

"Bukan Nawfal tak percaya, cumanya..."

"Shhh, Emil dah sampai. Nawfal pergi sembunyi kat belakang meja tu." Kata-kata Nawal segera dipotong oleh Amira.

"Apasal pulak Nawfal kena..."

"Ikut ajelah. Banyak songehlah." Amira segera mendesak.

Emilia melangkah masuk diikuti Maisarah. "Awak buat apa kat sini?" soal Amira pada Maisarah.

"Saya temankan dia." Tenang sahaja Maisarah menjawab.

"Saya nak cakap sendiri dengan Emil. Awak boleh tunggu kat luar." Amira memberi arahan.

"Saya tak akan keluar. Saya akan duduk sini. Akak boleh cakap sendiri dengan Emil." Maisarah selamba sahaja duduk dan mengeluarkan buku notanya.

"Arshiya Maisarah!" Amira bersuara agak keras.

"Akak, saya cuma duduk aje kat sini. Kalau akak nak humban ke, basuh ke, cuci ke Emil tu, akak buatlah. Saya tak akan ganggu sikit pun. Saya janji." Maisarah masih menjawab tanpa memandang Ketua Asrama Puteri itu.

"Emil, sini. Akak nak cakap sikit." Emilia bergerak menghampiri seniornya itu.

"Dekatlah sikit. Ini rahsia. Akak bukannya nak makan Emil pun." Amira menarik tangan Emilia menghampirinya. Dia berbisik sesuatu ke telinga Emilia membuatkan wajah gadis itu berubah.

"Akak biar betul??" Emilia bersuara tidak percaya. Maisarah segera berpaling.

Amira meletakkan jari telunjuknya ke bibir Emilia. "Shhhh... lepas tu..." Amira berbisik lagi di telinga Emilia.

"Okay. Beres." Emilia tersenyum kecil.

Seketika kemudian, Emilia mengajak Maisarah keluar dari bilik tersebut. "Apa benda korang bisik-bisik tadi tu?" soal Maisarah ingin tahu.

"Curiosity kills the cats." Selamba sahaja Emilia menjawab.

"Ish, kau ni sama je dengan Elya selalu samakan aku dengan kucing." Maisarah mencebik.

"Nantilah aku bagitahu. Ini amanah. Rahsia." Emilia tersenyum lagi sebelum berlalu meninggalkan Maisarah yang masih terkulat-kulat sendiri di hadapan tangga.

Kunci Hati DiaWhere stories live. Discover now