BAB 01

3K 33 5
                                    

LANGKAH kakinya cukup laju mengejar pintu lif yang hampir tertutup

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LANGKAH kakinya cukup laju mengejar pintu lif yang hampir tertutup. Mujurlah dia sempat menahan pintu lif tersebut daripada tertutup rapat. Segera dia menyelinap masuk. Nafasnya yang menderu kencang, ditenangkan. Tadi dia berlari dari tempat meletak kenderaan sehingga ke sini.

Dia sudah lambat. Dia tidak mahu memberi gambaran bahawa dia pekerja yang tidak menepati masa pada panel penemuduga. Itu salah.

Namun demi Allah, dia lambat bukan disengajakan. Semuanya gara-gara tempat meletak kenderaan di sini hampir kesemuanya penuh. Apabila terdapat tempat meletak kenderaan yang kosong, direbut pula oleh sebuah Myvi putih. Dia hampir mengeluarkan ayat makian, namun terbantut setelah melihat pemandunya adalah seorang warga emas. Lelaki. Mungkin usianya telah menjangkau 60 tahun.

Disebabkan itulah, dia terpaksa meletakkan kenderaannya di luar bangunan. Jauh. Dia terpaksa berlari demi mengejar waktu.

Dia menjeling jam tangannya. Masih ada lima minit sebelum waktu yang dijanjikan. Kemudian dia juga mengibas-ngibas mukanya yang terasa panas. Sebenarnya, seluruh tubuhnya terasa panas. Dia dapat merasakan peluh bercucuran di atas dahinya dan juga di belakang tubuhnya.

Prruutt! Dia melepaskan angin. Rasanya gara-gara dia makan gulai nangka masakan Salwa malam tadi. Sedapnya ya ampun, sehingga menjilat jari! Namun itulah, tubuhnya berangin pula sekarang. Mujurlah perut lif yang ditumpanginya kosong.

Prrruuuutttt! Kali ini lebih panjang. Baunya pun boleh tahan melemahkan. Detik itu juga pintu lif terbuka. Detik itu juga ada bayang-bayang meluru keluar. Milik seorang lelaki. Bukan main deras lagi langkah kaki lelaki itu keluar dari perut lif tersebut.

Tercengang-cengang dia dibuatnya. Rasanya, mukanya sudah hilang warna. Rasanya, dia telah membeku menjadi sebongkah ais. Serba tidak kena perasaannya.

Masya-Allah, dia tidak bersendirian!

PANJANG keluhan Lalisa. Itu insiden yang terjadi lima hari yang lalu. Dia telah cuba untuk melupakan insiden memalukan tersebut. Namun sebentar tadi dia baru menerima emel yang menyebut dia gagal dalam temuduganya. Temuduga yang dihadirinya setelah insiden memalukan itu terjadi.

Mukanya diraup. Keluhannya meletus lagi. Kali ini bukan disebabkan insiden memalukan tersebut. Kali ini disebabkan dia gagal lagi temuduga untuk kali yang kesepuluh.

Lalisa telah melakukan yang terbaik. Maklum balas yang diterima semasa proses temuduga berlangsung juga sangat memberangsangkan. Malah, ada juga yang menyebut mahu menghantar surat tawaran bekerja. Namun akhirnya, tawaran surat kerja yang dijanjikan tidak juga kunjung tiba.

Telefon bimbitnya berbunyi. Jelas nampak nama ayah naik sebagai pemanggil. Dia malas mahu menjawab panggilan tersebut. Sebenarnya dia sudah tahu punca kenapa dia gagal kesemua temuduganya. Semuanya gara-gara pengaruh ayah. Sehingga sekarang, dia masih mencari syarikat yang teguh, yang tidak mudah goyah dengan gertakan ayah.

AYAH SAYA DUDA | Best SellerWhere stories live. Discover now