✨ H a p p y ✨

171 25 5
                                    

*dah lama tak nampak Jungkook senyum...*

Author pov 🧡

Yeouido Hangang Park

" Seterusnya, kita kena berdoa lah kot."

Jungkook memulakan bicara antara dia dan Seulmi selepas mereka tiba di Hangang Park.

" Macam pilihan terakhir je, sebelum tu mari kita duduk dulu yer aku penat berjalan datang sini tahu. "

Seulmi berjalan ke arah bangku yang berdekatan diikuti Jungkook dibelakangnya.

" Maaf lah sebab ajak kau datang sini dengan jalan kaki. Nak buat macam mana kita ni roh tak boleh nak naik kenderaan, lagipun dah lama kita tak dating dekat sini hehehe rindu. "

Mendengar perkataan dating yang keluar dari mulut celupar Jungkook itu , Seulmi merasakan seperti dia menjadi ironmen.

" T-takpelah , betul la tu dah lama kita tak dating dekat sini. "

Mereka berdua senyap tidak bersuara sambil memandang permandangan di taman itu.

Ramai keluarga yang berada di situ bersama dengan anak-anak mereka. Bahkan pasangan kekasih juga ada meluangkan masa bersama-sama.

" Comelnya keluarga tu... "

Seulmi tersenyum memandang sebuah keluarga yang bersuka-ria bersama.

" Lagi comel keluarga kita nanti... "

Seulmi memandang Jungkook dengan pandangan curious dengan ayat yang dikatakan olehnya sebentar tadi.

" K-kau beli lagi ke buku-buku jiwang tu ? "

Jungkook yang perasan akan wajah serupa cipanzi Seulmi itu cepat-cepat menukar topik perbualan mereka.

" Kau pun beli lagi kan CD band yang tak laku tu? Aku ingat lagi dulu aku bagi challenge dekat kau, kalau kau nak CD tu..kau kena menjerit dekat depan sekolah. Lepastu boleh pula kau ikut dare aku! "

" Pfft-"

" Kau ni Seulmi , tak berubah lansung! Biarlah kenangan pahit itu berlalu "

" Kau pun sama! "

Mereka berdua bergelak ketawa sambil mengenangkan kenangan manis dan perangai mengalahkan monyet mendapat pisang masing-masing.

' Inilah Seulmi yang aku kenal...'

" Seulmi...kita akan sedar semula. Kita akan sedar semula sama-sama. Janji, tahu? "

Jungkook mengeluarkan jari kelingkingnya untuk membuat pinky promise.

" Ya... Aku janji! "

Seulmi menyambut jari kelingking milik rakan baiknya...

Atau boleh dipanggil bakal suaminya.

Eh eh melampau!

' Kalau aku jujur lebih awal, mungkin kita berdua dapat berseronok macam dulu . Tapi aku...

aku tak layak menerima kata-kata baik dari Jungkook dan sedar semula.

Tapi, kalau betul aku dapat kembali semula ke tubuh aku, aku nak minta maaf pada Jungkook.

Dan aku nak miliki perasaan Jungkook sekali lagi... '

Tacod la baby Tacoddddd

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tacod la baby
Tacoddddd

Tbc

The Right Lift -JJK-   [COMPLETE]Where stories live. Discover now