ITU BUKAN ADIK!

210 10 1
                                    

AKU merupakan anak sulung daripada dua beradik. Aku, Zal, dan adikku, Fitri. Umur kami hanya beza setahun. Semasa aku berusia 11 tahun dan adikku 10 tahun, ada satu peristiwa yang tidak dapat aku lupakan sehingga sekarang.

Rumahku berdekatan dengan sungai. Sungai Padas namanya. Terletak di Beaufort, Sabah. Setiap kali musim banjir, rumah kami antara yang terkesan dengan fenomena alam itu. Tapi bukan itu yang ingin aku ceritakan.

Sepuluh tahun yang lalu. Aku ingat lagi, waktu tu senja. Hujan rintik-rintik dan langit kelam. Aku mengajak Fitri untuk bermain di belakang rumah.

Pada jam sekitar 6 petang, aku pulang ke rumah seorang diri. Ayah dan umi sudahpun menunggu di depan pintu dengan wajah yang risau.

"Along! Along pergi mana hah? Kenapa baru sekarang balik?" tanya umi padaku. Nada suaranya gementar.

Tapi aku hanya memandang mereka dengan wajah bingung. Kenapa mereka hanya risaukan aku. Bagaimana pula dengan Fitri? Di mana Fitri? Bukankah tadi dia bersamaku?

Ayah dan umi pun memapah aku masuk ke dalam rumah. Aku terkejut. Fitri sedang duduk di ruang tamu sambil menonton TV.

Sedar aku memandangnya, Fitri pun menoleh. Pandangannya kosong. Tidak seperti Fitri yang aku kenal.

"Along pergi mandi dulu. Pasni kita makan ok." arah umi lembut.

Akupun masuk ke dalam bilik untuk mengambil tuala. Di situ, aku nampak ada bekas tapak kaki yang basah dan berlumpur. Dari mana datangnya?

"Along cepat mandi." laung umi sekali lagi.

Cepat-cepat aku masuk ke bilik mandi dan membersihkan diri. Lima minit kemudian, aku pun menyiapkan diri dan menuju ke dapur.

Aku lihat umi sedang sibuk menyiapkan makan malam manakala ayah pula sedang membaca surat khabar. Fitri pula masih kekal di posisi sama dengan wajah difokuskan pada TV. Yang peliknya, itu adalah cerita kartun kegemaran Fitri. Tapi reaksinya kaku dan seperti tiada emosi.

Beberapa minit kemudian, kami pun duduk di meja makan. Di depanku, Fitri. Kananku, umi. Dan kiriku, ayah. Kami pun menjamu selera.

Sedang aku menyuap nasi ke mulut, mataku terbeliak melihat Fitri dengan mulut ternganga memandang ke arahku. Ada lendiran cecair keluar dari mulutnya. Anak matanya pula putih seputihnya dan wajahnya sepucat mayat.

"Along! Kenapa ni? Kenapa tengok adik macam tu?" sergah umi. Mungkin dia juga nampak reaksi mukaku yang berubah. Tapi apabila aku lihat semula ke arah Fitri, wajahnya sudah kembali normal.

"Ta..tadi..." aku takut-takut mahu berkata. Bimbang kalau apa yang aku lihat hanya imajinasi aku sahaja.

"Dah. Habiskan makanan tu." arah ayah tegas. Aku hanya menundukkan kepala. Takkan ayah dan umi tak nampak?

Usai makan malam, Fitri pun masuk ke dalam bilik tidur. Kami berkongsi bilik. Tapi aku tidak berani untuk ikut. Bayangan tadi masih segar di minda.

"Umi..." aku memanggil umi yang sedang mengemas dapur.

"Ye sayang." balas umi sambil tangannya tangkas mencuci pinggan.

"Tadi.. Along nampak muka adik pelik." jelasku. Meminta agar umi mengerti.

"Pelik? Pelik macam mana tu?" Umi ketawa kecil.

"Along nampak muka adik jadi pucat. Mata dia pun warna putih. Umi, itu bukan adik!"

"Along! kenapa cakap macam tu dekat adik? Fitri tu kan adik Along. Tak baik cakap buruk pasal adik."

"Betul umi. Along tak tipu. Along nampak tadi.."

TAKUTWhere stories live. Discover now