TUAN RUMAHKU, KAK SITI (2)

210 13 2
                                    

EPISOD AKHIR.

"Mayat!"

Jantungku berdetak kencang. Di dalam mesin basuh tu ada satu jasad manusia yang sudah tidak sempurna fizikalnya. Lehernya terkehel dan anak matanya terkeluar. Mulutnya pula terngaga luas dengan rahang yang lari dari paksinya. Air darah hanyir bertakung di dalam dengan bau yang sangat busuk.

Aku sudahpun terjelopok di atas lantai dan tubuhku lemah tidak berdaya. Betulkah apa yang aku nampak? Siapa punya angkara ini? Kak Siti ke? Tapi mayat itu seperti sudah lama mereput. Kenapa baru sekarang baunya timbul?

"Kejap. Kan Kak Siti cuci baju setiap hari. Jadi selama ni..?" aku segera menutup mulut. "Astaghfirullah.."

Aku cam mayat itu. Wajahnya sama macam wajah anak kecil yang aku peluk tadi!

KSSTTTT.. KSSTTTT..

Telingaku menangkap bunyi  pergerakan sesuatu. Macam datang dari arah mesin basuh itu tadi. Aku dapat rasakan bulu romaku naik sejengkal. Dengan berbekalkan cahaya dari bulan, aku nampak ada sesuatu sedang cuba keluar dari dalam mesin basuh itu.

Seperti mana-mana filem seram, watak utama akan melongo menanti sehingga hantu keluar, barulah terfikir untuk melarikan diri. Itulah yang berlaku padaku sekarang. Bodoh!

Kini, di depan mataku sendiri, satu sosok tubuh yang mengerikan sedang memandang kearahku dari mesin basuh itu.

Bayangkan, kepala manusia dipusingkan 360° kebelakang. Dan kepala itu memandang ke arah kita dengan pandangan yang menakutkan. anak matanya pula berjuntaian dari soket mata dan rahangnya hampir tercabut. Ya, itulah pemandangan dihadapanku sekarang.

Tiada kata mampu aku titipkan. Hanya tubuhku spontan mengundur beberapa tapak kebelakang sambil mataku tertancap pada 'makhluk' itu.

"Kakak..." panggil 'benda' itu.

Berderau darahku sampai ke kepala. Tidak sedar air mata mula menitis. Berbekalkan kekuatan yang ada, aku bangun dan bergegas menaiki anak tangga. Biar buruk langkahku, aku sudah tidak peduli.

Sampai di anak tangga terakhir, aku hampir-hampir tergolek kerana terperanjat. Kak Siti sedang berdiri di hadapanku. Matanya tajam memandang, tapi bukan kearahku. Bila aku toleh ke bawah, 'makhluk' tadi sudahpun berada di anak tangga pertama. Ia merangkak!

Kaku aku disitu. Tapi seketika kemudian, kak Siti mengatakan sesuatu kepadaku.

"Masuk bilik kau. Jangan keluar walau apapun yang terjadi." arah kak Siti tegas.

Dengan perlahan, aku berjalan melepasi kak Siti dan aku masuk ke dalam bilik.

KLIK.

Pintu ku kunci. "Macamlah boleh halang hantu daripada masuk. Tapi kak Siti bukan hantu. Bukan kan?" aku berteka-teki sendiri. Dia kelihatan seperti manusia normal.

Keadaan kembali sunyi. Aku menuju ke katil dan aku kemas barang-barang penting yang akan aku bawa keluar dari rumah ini. Aku capai kunci motor dan telefon bimbit.

"Arhhhhhhhhhhh!!" satu jeritan yang nyaring dan kuat kedengaran dari luar bilik.

Jantungku berdegup bukan main kepalang. Apa yang berlaku di luar? Siapa yang menjerit tadi? Kak Siti ke?

TOK. TOK. TOK.

Aku terdiam. Perlahan dan datar saja ketukan itu. Aku tahu, 'benda' tu yang ketuk pintu. Dan sekarang ia mahu menakut-nakutkan aku. Tahniah, ia berjaya!

"Kakak...." Ya Allah, seramnya suara yang memanggil tu. Terduduk aku ditepi katil. Telefon di tangan ku genggam kuat.

"Kau nak apa hah??? Tolonglah jangan ganggu aku! Aku tak kacau kau pun!" jeritku merayu.

TAKUTWhere stories live. Discover now