↭ CHAP3 ↭

29 11 4
                                    

Thup !

Pintu kereta ditutup. Amaya memandang tingkap biliknya dari bawah. Masih elok, menyala dan.. Eh? Menyala? Alahaii langsir pun tak ditutup! Kalau kucing or burung masuk macam mana? Ish ni perlu bagitahu mak cik Zainab ni! Dengan langkah besar, Amaya berjalan sebelum Fariez menariknya kembali ke belakang.

"Hey tunggu. Tadi kau punya la gelabah, ni kenapa pulak ni?" soal Fariez pelik. Hishh perempuan ni memang susah nak dijangka!

"Eh? Riez? Kenapa ni? Apa jadi ni weyh," Amaya mula menghilang. Adakah dia akan kembali kepada jasadnya? Yahhuu

"Byeee jumpa dalam bilik kau,"

↬♕︎↫

Perlahan lahan Amaya membuka matanya. Lantas dia meraba raba seluruh tubuhnya.

"Yeay aku masih hidup! Aku hidup!! Oh yeahh!" jerit Amaya dengan teruja. Seperti dunia ini dia yang punya! Dia melompat kemudiannya berguling di atas katil. Dia memikirkan yang dia bermimpi ngeri sebentar tadi. Kahwin? Pfft mimpi semua tu!

"Happy nampak? Nak join boleh?" Kelibat Fariez di hadapan tingkap yang terbuka luas memeranjatkan Amaya.

"Kau?!"

"Hai, dah lupakan suami ke?" Tanpa meminta izin, Fariez duduk di birai katil. Penat! Manakan tidak, hendak sampai ke tingkat tiga, yakni tingkat yang menempatkan tingkap bilik Amaya ni banyak sangat cabaran! Nasib baik tak jatuh.

Dan tanpa izin juga dia merebahkan diri ke atas tilam empuk milik Amaya.

"Hey hey tak malu ke?" Protes Amaya.

"Nak malu apa? Kau tu isteri aku juga, ikut suka hati aku la nak tidur kat mana! Kalau aku nak tidur atas riba kau pun, tak akan ada yang menghalang! " Pipi Amaya mula membahang.

Bukannya dia tak nak kasi Fariez tidur sebelahnya. Cuma, dia malu huehue.

"Awak nak tidur dah? Okey, selamat malam." Amaya bangun ingin mematikan lampu bilik namun langkahnya terhenti. Fariez memegang erat tangannya dengan mata tertutup. Dah tidur ke tak ni?

"Ya?"

"Boleh peluk aku masa tidur?"

"Tak nak!"

"Aku ada bagi pilihan ke?" Amaya mengetap bibir. Heishh orang bagi kaki, dia minta tapak kaki! Dia bagi tidur kat sebelah dah cukup baik!

"Tak elok kutuk suami sendiri," Seakan -akan mengetahui apa yang ada dalam hati Amaya, Fariez 'menasihati'.

Amaya melepaskan genggaman tangannya dari terus digenggam Fariez lantas lampu bilik dipadam. Sebelum selimut ditarik, sempat dia mencium sekilas pipi Fariez. Nanti marajuk, tak kuasa nak melayan!

Dan ya. Fariez yang HAMPIR merajuk sudah kembali seperti sediakala. Ceh, gatal!

"Good night, dear"

"Night hunny bunny," balas Amaya, sengaja. Fariez merenungnya sambil tersengih nakal. Err

"Dah sudah! Saya nak tidur. Sila ketepi!" Amaya menolak Fariez sehingga hampir tergolek. Nasib baik tak cium lantai.

"Sampai hati kau kan."

"Hati saya dah sampai kat tangan awak," seketika suasana jeda. Mata saling bertentangan.

"Ops! Terlepas cakap aaaa malu siaaa," jerit Amaya dalam hati. Muka? Usah dikata! Selimut ditarik hingga menutup muka.

Fariez tersengih lagi. "Aik. Senyap? Dah tidur ke? Okey la goodnight," Fariez pasrah andai malam ni dia harus tidur di bawah. Sudah nasib badan.

Sebelum turun, sempat lagi dia mencium dahi Amaya. Amaya yang pura-pura tidur tersentak.

Dia mula mengintai orang bawah. Fariez tidur berbantalkan lengannya. Sesekali dia memeluk tubuh menahan kesejukan.

Amaya tersengih. Tangannya mula menggoncangkan tubuh Fariez.

"Riez! Fariez, bangun la! Saya bukannya kejam sangat. Jom naik tidur atas," sepantas kilat sahaja Fariez naik. Selimut ditarik dengan rakus. Amaya yang memerhati, ketawa.

"Sejuk la bawah tu!" jelas Fariez. Amaya berhenti ketawa namun sisanya masih ada.

"Awak ni comel la!" Amaya menarik kedua-dua pipi suaminya. Fariez memuncungkan bibirnya.

"Dah, tidur. Pusing sana!" Amaya memaksa Fariez tidur mengahadap belah kanan, dia berpaling ke arah sebaliknya.

Fariez tersenyum dalam diam memikirkan isterinya yang sudah membahasakan diri dengan gelaran 'awak-saya'. Seketika kemudian, dunianya menjadi gelap..

Kali ni, mereka betul-betul hanyut dibuai mimpi.

✶⊶⊷⊶⊷❍🌙❍⊶⊷⊶⊷✶

SWEET [og]Where stories live. Discover now