↭ CHAP2 ↭

27 12 2
                                    


Mata Amaya membulat. Ini dikatakan rumah? Ni dah macam istana bang oii sedar diri tak? Dari tadi dia terfikir, kenapa dia senang sangat ikut cakap Fariez?

Arghh!! Dia tidak pernah meminta semua ini berlaku! Berkahwin dengan orang yang baru dikenalinya beberapa minit merupakan perkara yang susah untuk diterima akal. Cuba korang bayangkan la macam mana kehidupan kami kelak.

"Kau tak nak masuk ke? Sejuk ni," Fariez memeluk erat bahu Amaya lalu dibawanya masuk ke dalam.

Masuk sahaja dalam rumah, sekali lagi Amaya tergamam. 'Rumah' yang dikatakan ini tiga kali ganda lagi besar dari rumah milik keluarganya! Tanpa dapat ditahan, dia menyoal Fariez, "Riez, ni rumah siapa?" Amaya merenung tepat mata suaminya. Wait, what? Suami? Hmm.

Fariez tersengih, "Kau masih tak percaya yang aku cakap ni rumah kita?" Amaya pantas mengeleng. Fariez hanya ketawa kecil.

Tangan Amaya dicapai lalu dibawa menghadap sebuah bingkai gambar yang agak besar. Mungkin itulah bingkai gambar yang paling besar antara bingkai gambar yang lain.

"Tu tengok. Keluarga aku," Fariez tersenyum tatkala menunjukkan ke arah bingkai tersebut. "Tu mama..," Fariez mengeluh kecil sebelum menyambung, "Tu papa, along dan angah. Ni aku, paling kecil antara semua." Fariez terdiam seketika. Amaya bukanlah bodoh untuk mentafsir tatapan Fariez terhadap bingkai gambar tersebut.

Sedih. Pedih.

Tanpa Amaya sedari, Fariez sedang bertarung dengan perasaannya. Tangisan sedaya upaya ditahan. Agak memalukan untuk dia menangis di hadapan perempuan. Haih lelaki. Ego selalunya tinggi melangit!

Amaya mengusap perlahan kepala Fariez, cuba untuk menenangkannya. Fariez sedikit tersentak lalu menoleh. Amaya memberi senyuman ikhlas. "Menangis la Riez, kau akan rasa lebih baik,"

Fariez terpaku. Kaku. Kelu. Manakan tidak, Amaya asyik sahaja menggosok kepalanya. Sekali tengok macam nak pujuk budak budak supaya berhenti menangis!

Perlahan lahan.. Tangan Fariez naik dan...

Thup!

Dahi Amaya dijentik. Amaya menjerit kesakitan.

"Aku hargai usaha kau pujuk aku tadi. Tapi tak ada cara sesuai sikit ke? Cam budak!" usai habis berkata, Fariez ketawa terbahak-bahak. Amaya mula tarik muncung.

"Mana la aku tau macam mana! Tadi tu cara mama aku pujuk aku!" Fariez mengelengkan kepalanya. Kadang-kadang, sweet juga isterinya itu. Ceyh padahal baru tadi jumpa.

"Okey, now shuh! Buat macam rumah sendiri walaupun ni memang rumah kau juga. Aku tau kau tak biasa jadi jangan nak merayau sangat, sesat nanti aku malas cari," panjang lebar Fariez berkata. Kaki mula melangkah untuk beredar.

"Ceh. Aku pun tak ingin la kau susah payah cari aku. Tapi, sayang jugak ek dia kat aku." Amaya mengomel sambil tersengih seorang diri.

"Sudah semetinya aku sayang isteri aku sendiri!"

"Erk, tercakap kuat la pula."

↬♕︎↫

Dari tadi Amaya tidak nampak kelibat suaminya di mana-mana. Nak meronda cari, dia takut sesat. Entah-entah, suaminya yang sesat, tak? Hehe

"Mandi kot," Dari duduk, dia beralih untuk bangun. Lenguh. Hampir satu jam dia duduk. Ada lagi beberapa detik sebelum dia kembali kepada jasadnya.

Tiba-tiba......

Bzzz bzzz

Tv yang tidak dihidupkan tiba-tiba berura ura seperti mahu hidup. Dia memandang sekeliling. Tiada sesiapa berdekatan.

"Malang lagi ke? Apalah nasib aku malam ni," keluh Amaya sendirian. Kaki mahu lari keluar rumah, otak kata pergi cari Fariez, badan hanya mampu berserah. Haih.

Dengan kiraan tiga, Amaya lari mengikut rentak kaki, kemudian cari Fariez ikut kata otak dan seterusnya berserah andai dirinya sesat.

Ketika berlari, dia dapat rasakan seperti ada yang mengejar. Tolonglah!

Dan pada masa yang cemas seperti sekarang jugak la dia nak jatuh. Kakinya tersepak meja kecil tinggi yang menempatkan sebuah pasu bunga yang bersaiz sederhana. Hampir sahaja pasu tersebut jatuh menimpanya namun sempat disambut oleh seseorang dengan pantas.

"Kau ni kenapa?! Kalau ya pun nak main lari-lari, jangan la di dalam rumah! Bahaya!" Tengking Fariez. Tangisan Amaya mula kedengaran.

"Ta..tadi saya rasa seperti dikejar jadi... saya lari," jawab Amaya sambil memeluk erat lututnya. Tak sanggup memandang wajah Fariez selepas ditengking begitu. Bukan salahnya!

"Maya..." terbit rasa bersalah kerana meninggikan suara terhadap isterinya. Isterinya manja sangat! Dalam keadaan begitu, sempat lagi dia meneliti wajah comot isterinya yang sedikit tersorok. Comel!

Fariez tersenyum lantas memeluk erat tubuh Amaya. "Maafkan aku. Sebenarnya tadi, aku yang perhati kau. Aku tak kemana pun. Kita datang sini nak bazirkan masa aje. Yang tv tu.. Hehe sorry. Saje nak kacau kau," kepala Amaya tersandar di dada bidangnya. Kalau aku tak lepas sampai bila-bila, boleh tak?

"Ish lemas la! Rimas! Awak nak bunuh saya ke? Riez!" Amaya meronta-ronta untuk melepaskan diri. Fariez seperti tidak mahu lepaskannya. Dada Fariez ditolak beberapa kali. Namun apakan daya, kudrat seorang wanita tak akan dapat melawan manusia yang digelar lelaki.

"Dah tak menangis? Okey jom," Fariez melepaskan pelukan lalu melangkah pantas keluar dari rumah. Amaya mengejarnya dengan pantas. Takut kalau sesat macam tadi!

Setelah kedua duanya masuk ke dalam perut kereta Mini Cooper milik Fariez, Amaya mula bertanya, "Riez, kita nak ke mana?" Fariez hanya mengerling Amaya sekilas. Isterinya ni tak sabar betul orangnya.

"Rumah kau la,"

"Hah? Buat apa?" Soalnya lagi dalam muka polos. "Makan meggi " Fariez buat lawak hambar. Sekali lagi Amaya menepuk kuat pahanya.

"Heishh sakit la! Yang kau tanya soalan tak berapa nak cerdik tu kenapa? Kan dah dapat jawapan bengap aku. Mestilah ke rumah kau untuk dapatkan jasad kau!" Fariez buat muka ketat.

Amaya hanya merenung Fariez tanpa mengelipkan mata. "Kau dah kenapa..," soal Fariez dingin. Malu sebenarnya asyik direnung. Nak goda aku ke apa minah ni?

"Maaf kalau awak kurang selesa dengan perangai saya yang satu ni. Ya memang saya tak boleh sabar. Dan apa-apa benda mesti saya nak tau. Hehe..," di akhir kata, Amaya tersengih cam orang gila.

Fariez hanya ketawa kecil. "Ingatkan apa la tadi! Nak goda? Banyak punya cantek muka kau, Fariez! Perasan!" Fariez mengutuk diri sendiri dalam hati. "Okay. Dah sampai,"

Pintu bahagian penumpang dibuka. Dengan perlahan-lahan Amaya keluar. Takut. Agak-agaknya sakit tak nak masuk dalam jasad?

❊╌──┈⊰᯽⊱⊰᯽⊱┈──╌❊

SWEET [og]Where stories live. Discover now