↭ CHAP1 ↭

46 13 2
                                    


↫♕︎↬



↬♕︎↫

SUASANA malam yang hening boleh membuatkan sesiapa sahaja lelap. Namun tidak pada Amaya. Dari tadi dia tidak dapat melelapkan matanya.

"Nak turun bawah atau tunggu aje kat sini?" Amaya jalan mundar mandir. Hati kata malas namun kaki teringin nak berjalan.

Keputusan telah dibuat. Dia akan turun. Tangga dihampiri. Ketika dia mula hendak turun, entah bagaimana kakinya tersalah melangkah.

Sreett

Bukk!!

Dari tingkat tiga sampailah tingkat satu, Amaya jatuh tergolek.

"Aduhh aduduhh" Amaya mengeluh sendiri. "Nasib baik tak patah tulang pinggang aku," Dia lantas bangun. Rasa syukur mula menebal. Namun tak lama apabila dia terlihat sekujur tubuh terbaring di sebelahnya.

"Arghhh!!" jeritan Amaya membelah kesepian malam. Amaya meneliti setiap inchi jasad yang terbaring kaku umpama tiada roh didalamnya. Apakah? APAKAH?!

Dia teringat akan cerita yang pernah ditontonnya di pawagam malam sabtu lepas. Mengisahkan tentang seorang lelaki yang terkeluar dari jasad dan hidup seperti hantu. Pengakhirannya, lelaki tersebut kembali ke jasadnya selepas beberapa perkara dilakukan. Sungguh tidak masuk dek akal!

Adakah dia bernasib seperti lelaki itu? Kalau ya, apa patut dia buat? Melihat sahaja keluarganya menanam jasadnya? Membiarkan jasadnya bersemadi di dalam tanah? Oh tidak!

Dia telah mati? Jadi sekarang ni dia apa? Roh?! Lututnya terasa lemah lalu dia tumbang.

Sebelum dia menutup matanya, dia dapat menangkap satu bayangan lelaki datang mendekatinya. Tch.

Seketika dunianya menjadi kelam. Gelap. Jasadnya ditemui oleh pembantu rumahnya, mak cik Zainab.

↬♕︎↫

"Auch. Aku kat mana ni?" Perlahan-lahan matanya dibuka.

Dan ya. Kelibat pertama yang menyapa ruang matanya ialah lelaki misteri tadi. Siapa dia ni? Dan sekarang mereka berada di atas bumbung rumah Amaya.

"Siapa aku? Nama aku Fariez. Hye" tangan dihulur tanpa secalit pun senyuman.

Amaya tayang muka blurr. Boleh baca fikiran orang ke apa mamat ni? Nak tak nak dia sambut tangan lelaki tadi. Namun tangannya tembus, pendek kata dia tidak boleh menyentuh Fariez langsung. Apakah?

Kenapa la banyak sangat benda pelik terjadi hari ni? Dia letih sangat agaknya.

"Heh. Kau tu roh je. Kau tau tak?" sinis sahaja ayat Fariez menyapa gegendang telinga Amaya. Amaya terpempan. Jadi betul la, dia sekarang terpisah dari jasad.

"Ye aku tau aku sekarang ni roh. Tapi setahu aku, manusia biasa tak boleh tengok roh. Kenapa pulak kau boleh?" soal Amaya pelik.

Fariez menoleh memandang Amaya dengan pandangan yang amat menyakitkan, "Siapa kata aku manusia?" Amaya mula bengang.

"Dah tu apa? Bunian? Han...? " ayatnya tergantung selepas dapat menangkap senyuman menakutkan dari bibir Fariez.

"Aik? Tak nak sambung ayat kau tu? Han? Han apa? " Fariez ketawa geli hati. Baru sekarang nak pikir aku ni apa ke?

"Han? Oh aku nak cakap hanat sebenarnya haha bukan makhluk tu," Amaya mula tak senang duduk. Aduh mamat ni... Hantu ke? Argh mesti! Tapi, hantu bukankah ngeri dan menakutkan? Ni hensem bhaii

"Hanat? Ye ke? Urmm? " Fariez mengangkat tinggi kening. Senyuman sinis masih lagi tersinggung di bibir merahnya yang umpama delima. Duh cair.

Muka Amaya membahang. Aduhh senyuman dia ni memang tak baik untung jantung aku. Karang tercabut, fuh naya.

SWEET [og]Where stories live. Discover now