7🍃

204 57 41
                                    

-----10 votes + 10 comments

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-----
10 votes + 10 comments

16 tahun kemudian..

JUNGKOOK sudah pun menginjak ke umur 20 tahun dan menjadi seorang lelaki yang rajin menolong ibunya di rumah manakala Jungwoo pula membuat keputusan untuk menyambung pelajarannya di bandar Seoul bersama rakan-rakannya.

Walaupun Jungkook sudah menginjak dewasa, namun pemikirannya masih lagi seperti kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa tentang peredaran zaman. Setiap hari, dia sibuk dengan rutin hariannya yang telah diaturkan Sunghwa.

Jungkook akan mulakan rutin hariannya dengan membuka mangga yang tergari pada kakinya pada pukul 7 pagi setiap hari lalu dimandikan oleh Sunghwa. Kemudian, dia akan bersarapan dan mengemas rumah seperti biasa. Pada sebelah petang pula, Jungkook dibenarkan keluar daripada rumah dan bebas melakukan apa saja asalkan dia tidak mengganggu ketenteraman orang-orang kampung dan diwajibkan pulang sebelum menjelangnya maghrib.

Tetapi, suatu hari ketika Jungkook keluar dari rumah dengan bertujuan untuk mandi di air terjun seperti yang dibawa oleh mendiang Kim Namjoon 6 tahun lepas, dia telah tersesat sehingga tidak menjumpai jalan pulang. Dengan keadaannya yang kotor setelah bermain lumpur, dia mencari-cari tempat untuk berteduh kerana kesejukan serta ingin membersihkan badannya yang melekit itu.

Jam sudah menginjak ke angka 8.40 malam, namun Jungkook masih lagi berjalan tanpa arah tuju. Sesekali matanya melilau melihat kawasan sekeliling yang dipenuhi dengan pokok-pokok tinggi yang bertemankan lampu jalan berwarna oren.

'Ibu..Kook lapar..mana rumah ibu..Kook nak balik..' Kata hatinya berkali-kali menyeru nama si ibu. Dia masih lagi tidak menjumpai jalan pulang. Wajahnya pula sudah dibasahi dengan air mata. Tiba-tiba langkahnya terhenti di tengah jalan yang hening. Dia melihat ada beberapa orang lelaki dewasa sedang berjalan masuk ke suatu tempat.

Lantas kaki Jungkook dibuka menuju ke tempat tersebut. Sampai saja langkahnya terus terhenti apabila gegendang telinga mendengar suara yang sangat merdu berkumandang dari sebuah bangunan sederhana tersebut.

Surau Al-Imtiyaz

'Su—surau?' Jungkook mengerutkan dahi setelah berjaya membaca perkataan yang tertera pada papan di depan bangunan tersebut. Tergagap-gagap dia mengeja satu-persatu perkataan pada papan itu.

"ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR!!..." Setelah azan isyak tamat berkumandang, terlihat para jemaah sudah mengambil tempat masing-masing untuk mendirikan solat isyak secara berjemaah. Jungkook hanya memandang mereka dari luar surau saja.

Hatinya terdetik rasa tenang setelah melihat orang-orang Islam mula mendirikan solat mereka mengikuti imam. Dia sedikit hairan. Bila kampung ini sudah ada orang muslim yang tinggal? Ramai ke? Sejak bila surau ini sudah didirikan?

Dalam tidak sedar, dia telah melangkah masuk ke dalam kawasan surau itu. Begitu khusyuk orang-orang muslim mengerjakan solat mereka. Kemudian, sepasang matanya terpandangkan deretan selipar yang bersepah di tangga. Segera Jungkook mencapai selipar-selipar tersebut dan menyusunnya di atas rak yang disediakan.

[C] AUTISM | 전정국 SHORT STORYWhere stories live. Discover now