1🍃

328 79 40
                                    

-----

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-----

10 votes + 10 comments

"SUNGHWA! KAU KELUAR SEKARANG! KAU TENGOK APA ANAK CACAT KAU NI DAH BUAT PADA ANAK AKU!" Jerit seorang wanita dalam lingkungan 30-an itu, Puan Ma Hancheol.

Wanita itu berdiri di depan sebuah rumah kayu usang sambil memegang lengan anak lelakinya yang berumur 6 tahun, Ma Heesung. Budak kecil itu sedang menangis sekuat hatinya apabila lengannya telah digigit oleh anak lelaki Sunghwa, Jeon Jungkook.

Sunghwa yang ketika itu sedang memasak makanan tengah hari untuk anak-anaknya, terkocoh-kocoh berlari ke pintu depan mendapatkan Hancheol yang kelihatan sangat marah.

"Kenapa Cheol? Anak aku buat masalah apa lagi?" Soal Sunghwa seraya merapati dua beranak tersebut. Hancheol dengan rasa amarahnya yang membuak-buak menunjukkan lengan Heesung yang sudah berdarah hasil gigitan Jungkook. Sunghwa melepaskan keluhan berat sambil menatap wajah Heesung sayu.

"Maafkan makcik, Heesung sebab Jungkook gigit kamu lagi. Nanti makcik marah dia ye?" Pujuk Sunghwa lalu memegang lembut bahu Heesung.

Hancheol yang masih geram lantas menepis tangan Sunghwa sambil menatap wanita itu dengan pandangan tajam.

"Ei perempuan! Kau dengar sini baik-baik ye..sekali lagi budak cacat tu buat masalah dalam kampung ni, aku nak keluarga miskin korang ni keluar dari kampung ni! Jangan sesekali balik ke sini! Hidup menyusahkan orang lain je!" Kata Hancheol memberi amaran terakhir lalu menarik lengan Heesung berlalu pergi dari kawasan rumah Sunghwa.

Sunghwa meraup wajahnya seraya melepaskan keluhan berat. Orang kampung disini langsung tidak menyukai keluarganya gara-gara sikap Jungkook yang kuat melenting apabila diusik sedikit. Dia tahu anaknya mempunyai masalah otak dan fizikal sejak lahir lagi.

Jeon Jungkook. Anak bongsu kepada Jeon Sunghwa yang berusia 5 tahun. Jungkook mempunyai seorang abang yang berusia 7 tahun iaitu Jeon Jungwoo. Mereka sudah kehilangan bapa tersayang beberapa bulan yang lepas apabila Jeon Junghyun lemas di laut ketika sedang menangkap ikan untuk dijual di pasar.

Sejak itu, Sunghwa mengalami tekanan perasaan yang tinggi apabila terpaksa menyara kedua anak lelakinya sehingga dia penat dan lali apabila mendengar hinaan-hinaan yang dilemparkan oleh orang kampung terhadap mereka bertiga.

"Ibu..ibu ok?" Tanya Jungwoo lembut sambil menatap wajah ibunya kasihan. Dia baru saja pulang dari sekolah dan ternampak ibunya sedang termenung sedang memikirkan sesuatu. Ini mesti sebab Jungkook lagi.

Lamunan Sunghwa tersentak sebelum menarik senyuman tipis buat Jungwoo. Wanita itu menunduk kemudian mengucup ubun-ubun anak lelakinya dengan penuh kasih sayang.

"Ibu ok sayang..Jungwoo masuk pergi mandi lepastu pergi dapur ibu dah masakkan makanan kegemaran Jungwoo tau." Ujar Sunghwa sambil mengusap puncak kepala anak sulungnya. Jungwoo tersenyum gembira apabila mendengar ujaran ibunya. Lantas budak itu berlari masuk ke dalam rumah dan terus membersihkan diri.

🏚️

SUNGHWA dan kedua anak lelakinya sedang menikmati hidangan tengah hari sambil melayan perasaan masing-masing. Suasana di meja makan sunyi tanpa sebarang suara melainkan bunyi sudu dan pinggan berlaga antara satu sama lain.

Dalam diam, Sunghwa menatap perlakuan Jungkook yang sedang makan dengan gelojoh menggunakan kedua tangannya. Tangan kiri menyuap nasi ke dalam mulut manakala tangan kanan memegang cawan plastik yang berisi air kosong. Habis meja di kawasan anaknya bersepah dengan butir-butir nasi.

Jungwoo pula sesekali memandang adiknya namun tidak pula ditegur. Dia hanya fokus pada hidangannya saja tanpa memikirkan adiknya yang gelojoh ketika berdepan dengan rezeki.

"Kook..makanlah elok-elok. Jangan gelojoh sangat.." tegur Sunghwa sambil menayang riak kecewa apabila Jungkook membalas dengan senyuman bunny-nya sebelum menyambung makanannya semula dengan gelojoh.

"Kook..Kook buat apa dekat Heesung tadi? Kook gigit tangan dia lagi ye?" Soal Sunghwa. Jungkook terus berhenti makan lalu membuat wajah sedih.

'Dia yang mulakan dulu,ibu. Heesung pecahkan belon Kook..' ujar Jungkook lirih sambil membuat isyarat tangan. Sunghwa melepaskan keluhan berat lalu meraup wajahnya. Air mata budak lelaki itu mula bertakung di tubir mata. Jungwoo lantas menyeka air mata adiknya lalu dibawa ke dalam dakapan. Belakang Jungkook ditepuknya perlahan-lahan sambil menenangkan adiknya itu yang tersedu-sedan.

"Berapa kali ibu cakap..biar orang buat kita jangan kita buat orang,Kook..Kook tahu tak disebabkan Kook..orang kampung bencikan kita?" Soal Sunghwa lagi sambil menatap anaknya yang sedang menunduk kesedihan.

"Ibu..maafkanlah Kook..diakan tak sengaja. Lagipun Heesung tu yang mulakan dulu. Dia pecahkan belon Kook memang patutlah kena gigit." Kata Jungwoo mempertahankan adiknya. Jungkook terus bergerak ke belakang abangnya kerana takut dimarahi Sunghwa.

"Senanglah Woo cakap..ibu yang rasa sakit hati bila orang kampung cakap macam-macam pasal kita. Woo tak kesiankan ibu ke? Tak kesiankan ayah? Kalau keluarga kita dihalau keluar dari kampung ni, mana kita nak duduk? Bawah jambatan? Woo sanggup hidup bawah jambatan?" Soal Sunghwa bertalu-talu. Jungwoo terdiam mendengar pertanyaan ibunya yang mula terikutkan emosi.

Jungkook yang berasa kasihan apabila Jungwoo dimarahi terus bangun dan mendapatkan Sunghwa. Budak lelaki itu duduk melutut di depan ibunya lalu tangan ibunya dicapai. Jungkook terus mencium belakang telapak tangan ibunya sebelum kedua tangannya bergerak-gerak memberikan isyarat.

'Ibu..maafkan Kook..Kook janji tak buat lagi..' pohon Jungkook sambil mengangkat tangan kanannya seperti bersumpah. Sunghwa tersentuh dengan permohonan maaf dari anak bongsunya lalu Jungkook dibawa ke dalam dakapan. Dia berharap sangat apa yang dikatakan Jungkook adalah benar dan bukan janji palsu. Namun, dia faham. Sebanyak manapun kata maaf yang dilontarkan Jungkook, anaknya itu tetap membuat masalah kepada orang-orang kampung.

TBC
💝

Macam mana first chap? Best tak? Kalau tak shaf unpub balik..😂
Please vote and comment❤️

[C] AUTISM | 전정국 SHORT STORYWhere stories live. Discover now