Eh lupa aku roh.

"Merah la muka kau, demam ke? Roh pon bole sakit eh? Baru aku tau," Fariez senyum senget. Nakal. Amaya memukul bahunya kuat lantas memalingkan mukanya ke arah lain. Malu!

"AHAHAHA ha ye la aku cakap. Aku ialah manusia yang tak boleh mati," Fariez bangun dari duduk.

Thump!!!

Tiba-tiba, guruh berdentum dengan kuat. Amaya mula cuak.

"Aku dilahirkan untuk tidak mati,"

Thump!!!

Lagi sekali ia berdentum. Senyuman yang terpamer di bibir Fariez amat menyeramkan. Tambahan lagi, petir kelihatan di arah belakangnya. Cool effect gitew.

"Aku tak sangka... ada manusia macam kau." Tangan Amaya mula bergetar. Tidak senang duduk dibuatnya. Namun dia pelik. Adakah Fariez berkata benar? Mustahil manusia sepertinya wujud untuk tidak mati. Sungguh tidak masuk akal.

"Kalau betul kau manusia, kenapa kau boleh tengok aku?" Soal Amaya. Fariez kembali duduk. "Aku memang betul manusia. Aku dah seratus tahun hidup. Aku disumpah. Umur aku tidak akan berganjak dari angka 24 sehinggalah aku berjumpa dengan seorang gadis yang dapat menyelamatkan aku." Amaya terpegun.

"Wah, hebatnya! Untunglah boleh hidup lama, aku ni entah-entah dah tak boleh merasa semua tu," Amaya memandang bulan yang berada betul-betul di hadapannya.

Fariez menghela nafasnya perlahan. "Kau ada harapan untuk hidup." Amaya tersentak lantas menoleh. "Apa? Ya? Betul ke?" Pandangannya mula bertukar teruja. Peluang kini terbentang.

"Apa caranya?"

Fariez membetulkan kedudukannya, menghadap ke arah Amaya yang setia menanti jawapan darinya.

"Kau kena kahwin dengan aku. Nak?" Amaya terkedu. Apa pilihan lain yang dia ada? Otaknya mula berfungsi.

"Tak ada cara lain ke?"

Fariez tersenyum. Penuh makna. "Tak ada." kepala digelengkan beberapa kali. Amaya mula berfikir dan fikir lagi. "Okay aku setuju," Dia mengangguk perlahan.

"Nanti dulu. Biar aku jelaskan satu perkara," Amaya hanya menunggu ayat Fariez bersambung.

"Bukan senang menjadi isteri aku. Kau boleh hidup seperti sediakala. Tapi, waktu malam kau perlu berada dekat dengan aku. Kalau tak, kau mati," ujar Fariez serius.

Amaya mula menimbang baik buruk. Memang dia nak sangat hidup tapi.. Isteri kepada Fariez? Setiap malam perlu berkepit? Erk

"Boleh aje, tapi...,"

"Ya atau tidak?" Soal Fariez dalam nada dingin. Amaya memuncungkan bibirnya.

"Yelah. Bila nak kahwin?" Amaya menyoal dalam nada malas. Seketika kemudian baru dia tersedar yang dia menanyakan Fariez soalan cepumas. Dia menampar mulutnya sendiri. Kenapa aku tanya soalan ni siaa gelojoh betul!

Matanya sempat menangkap sengihan nakal dari bibir Fariez. "Tak sabar betul. Bak sini tangan," Amaya menghulurkan tangannya. Fariez menyambut huluran tangan Amaya. Degupan jantung usah dikata lagi. Ini merupakan kali pertama dia memegang tangan perempuan setelah seratus tahun lamanya.

Dia menggenggam tangan Amaya dengan erat beberapa saat sebelum melepaskannya. Amaya terpandang satu corak mula terukir di tangan kirinya.

Fariez menjelaskan, "Selepas aku jumpa dengan orang yang sudi berkahwin dengan aku, akan terbit satu simbol berbentuk bulan pada bahagian tangan kiri isteri aku. Ia akan kekal sehinggalah salah seorang dari kita mati." Amaya hanya merenung Fariez dengan pandangan kosong.

Aku patut tolong Fariez... Aku akan cuba menyayangi, menghormati dan ya. Mencintainya seadanya. Aku janji.

"Kalau kau nak kahwin ngan aku hanya semata mata kasihankan aku, baik tak payah la," Fariez berpaling ke arah lain. Pura-pura berjauh hati namun sebenarnya dia sendiri malu melihat renungan Amaya terhadapnya. Dari awal penceritaan sehingga sekarang, tidak beralih! Kus semangat.

Amaya menggigit bibir. Ishh orang ikhlas ni, dia main-main pula. "Aku ikhlas la!"

Fariez mengangkat tangan kanannya. "Tengok ni. Aku punya lagi cantik dari kau," Amaya menarik tangan kanan Fariez lalu meneliti. Betul la...

Fariez punya siap ada bintang. Dia punya ada bulan sabit dan.. Oh baru perasan ada huruf A dan F. Err ... Aih malu arr gini.

Fariez kaku. Minah ni dah pandai pula main tarik tangan. Dia terus menatap wajah isterinya. Ops lupa nak cakap.

"Maya, sekarang ni kau isteri aku yang sah. Aku akan menerima balasan yang setimpal jika aku bertindak menceraikan kau. Masa aku sudah mula berdetik," kata-kata Fariez membuatkan Amaya terpana.

"Hah? Bila masanya kita kahwin," Amaya tergagap-gagap.

Fariez ketawa. "Comel tho kau! Sebenarnya kita tak perlu pun kahwin. Aku dah lama ada tanda bulan ni tapi dulu aku ada dua. Sekarang, satu bulan telah aku pindahkan ke tangan comel isteri aku ni, " ujar Fariez lantas mencium tangan Amaya sambil mengenyit mata.

Amaya terpana. Bahaya betul! "Riez..." Fariez memandang wajah Amaya. Alahai cute betul isterinya blushing!

"Dah sudah. Jom balik rumah aku dulu, aku nak ambil barang. Lepas tu kita kembali ke sini, tidur dalam bilik kau. Jasad kau ada je tu, dalam bilik. Dua jam lagi kau boleh masuk." Kata Fariez.

Amaya mula menyoal, "Kau ada rumah?" Fariez merenungnya tajam, "Dah tu kalau tak ada, aku nak tidur kat mana? Aku pun manusia la! Hish,"

Amaya tersengih. "Hehe sorry."

"Sorry naik lorry,"


☃︎

SWEET [og]Where stories live. Discover now