。 •́ ❥ ( 26 ) ❥ •̀ 。

Start from the beginning
                                    

Anne mengangguk kecil. Dia kembali melihat ke luar tingkap. Pemandangan langit yang kebiruan mengukir senyum hambar di bibirnya. Kepalanya di sandar. Dari lapangan terbang sampai sekarang, hatinya tidak tenang.

"Aku izinkan,"

Tersentak Anne mendengar suara garau Lucas di belakangnya. Dia yang sedang merenung kolam renang tidak sedar akan kehadiran Lucas.

Anne mendongak memandang Lucas, "B-betul ke?"

Lucas tidak memandang Anne. Kedua tangannya diseluk masuk kedalam seluar jeans yang dipakai. Matanya merenung air kolam yang tenang.

"Dengan syarat, aku akan hantar bodyguard yang akan jaga kau di sana. Kalau ada bantahan mengenai itu lagi bagus, kau tak payah jejakkan kaki langsung ke sana,"

"T-tak, saya okay," Anne tidak kisah, dia tidak tahu kenapa Lucas memerlukan bodyguard untuk menjaganya di sana. Dia mahu bertanya tapi dia menguncikan saja mulutnya. Tak apalah, janji dia dapat ke sana. Perasaan gembira disembunyikan.

"Lepas kau balik dari Russian, aku nak kau cancel semua events kau dalam masa 4 bulan. Kalau kau nak beherti kerja terus lagi bagus,"

Tersentak Anne mendengarnya, "Kenapa? Kenapa tiba – tiba saja ni?" Kenapa sampai macam ni sekali?

"Jangan tanya kenapa, kalau kau nak pergi Russian. Silakan tapi dengan syarat aku. Kalau kau rasa tak mampu nak ikut syarat aku. Then, lupakan hasrat kau nak pergi sana,"

🌻🌻🌻

Anne terseyum lebar. Akhirnya dapat juga dia menjejakkan kakinya di Sheremetyevo International Airport. Tidak sangka dia dapat jejakkan kakinya ke sini sekian lamanya.

"Thanks god ada dua orang bodyguard you tolong tolak troli beg kita," Melis mengerling dua lelaki di belakang yang santai itu. Tidak nampak seperti bodyguard pun. Berpakaian santai hanya t-shirt, jeans serta jaket kulit.

"So nak pergi mana dulu? Hotel or makan dulu?" Anne menyoal Melis. Event mereka start esok, jadi hari ni dia mahu rehatkan diri saja.

"Erm kita isi perut sikitlah pastu baru gerak hotel. Malam nanti baru keluar cari makan. Okay tak?" Anne mengangguk setuju. Dia okay je mana – mana. Anne memandang kedua lelaki yang berdiri tidak jauh darinya.

"Zac? Ray? You guys okay?"

Kedua lelaki tersenyum kecil, "Kami ikut saja Miss, jangan hiraukan kami,"

Anne mengangguk kecil, "Makan mana?"

"Ermm... haa! Situ jelah," Melis menunjuk sebuah café yang berada di luar airport. Mereka baru saja tiba, masih belum serasi dengan negara Russian. Kang sesat satu hal pula. Lagipun orang yang bakal jemput mereka nanti belum tiba lagi, masih tersekat dalam jammed. Jadi mereka ada setengah jam untuk mengisi perut.

Mereka berempat memasuki café yang agak lenggang. Zac dan Ray memerhati sekeliling mereka untuk keselamatan. Mengecam jika ada yang mencurigakan. Hinggalah mata mereka tertacap pada meja di hujung café yang agak tersorok. Dua orang lelaki yang sedang enak menghirup coffe di tangan mereka. Zac dan Ray mengangguk kecil apabila lelaki yang santai dengan kaca mata hitam mengangkat gelas yang dipegang tanda menyapa mereka.

"You nak apa Anne? Ice latte okay?" Melis menyoal apabila giliran mereka tiba di kaunter untuk memesan makanan.

"I tak kisah,"

Melis mengangguk kecil, kemudian soalan dituju pada Zac dan Ray.

Anne diam memerhati seisi café yang lenggang. Dekorasi café yang menarik dan mampu membawa aura nyaman apabila masuk ke dalam café itu. Matanya memandang sekeliling sampailah ke satu sudut café yang agak terlindung.

MISCHIEVOUSWhere stories live. Discover now