Bahagian I | Bab 19

14.1K 666 22
                                    

❝ You're my every reason ❞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

You're my every reason ❞

•••••

Libas hujung shawl atas bahu, aku terus keluar dan berjalan ke rumah orang tua ku yakni hanya sebelah saja dengan rumah mertuaku. Teringatkan hal tengah hari tadi, tak sanggup pula rasanya nak tidur sebilik dengan abang Rees.

Sampai depan rumah, pintu aku ketuk. Tak terjah masuk sebab berkunci. Yalah sekarang dah pukul 11 malam kut. Pasti mummy dengan daddy aku dah masuk tidur.

Dalam seminit juga aku tunggu di luar sebelum daddy buka pintu. Aku koyak senyum sebaik sahaja wajah bingung daddy tersembul di balik daun pintu.

"Una? Una kenapa balik malam-malam ni?" ujarnya dengan riak pelik juga bercampur risau.

"Una nak tidur sini boleh tak daddy?" pintaku penuh berharap. Bulat mata aku tengok daddy. Cuba memujuk daddy dengan kecomelan aku dara dia sorang ni.

"Rees mana?"

Aduh daddy, nak tanya juga pasal menantu dia tu.

"Abang Rees dekat rumah dia lah" jawabku tanpa rasa bersalah.

"Tak kisah abang lah Rees ada ke tak. Una nak tidur sini"

Tanpa tunggu izin daddy, aku menonong masuk dalam rumah dan duduk di sofa yang terletak di ruang tamu

Daddy dengan tenang duduk di sofa bertentangan dengan aku. Kepala dipanggung dan daddy renung aku lama seolah sedang menganalisa apa yang ada dalam kepala anak dia.

"Rees tahu tak Una datang ni?" soal daddy macam aku ni pesalah. Okay ni yang aku tak suka bila daddy dah masuk mood interogation dia.

"Daddy buat apa tak tidur lagi masa ni?" aku cuba alih topik. Tahu yang daddy akan marah aku kalau aku cakap yang abang Rees tak tahu aku datang ke mari. Sudah tentulah atas alasan abang Rees itu suami aku. Dan sebagai isteri aku perlu izin suami.

"Husna" seru daddy dengan serius.

"Huh" aku lepas keluhan. Serius daddy meminta jawapan. Aku dah masak sangat dengan gaya daddy. Daddy memang tak marah atau memaksa tapi aura dia dah cukup untuk buat aku jujur.

"Abang Rees tak tahu" jawabku perlahan sambil tunduk menekur kaki sendiri. Hujung baju pajama satin aku kuis-kuis.

"Kenapa? Una gaduh dengan Rees? Atau Rees ada buat apa-apa dekat Una? Tell me"

Takklah aku nak bagi tahu daddy yang aku takut nak tidur sekali dengan abang Rees sebab takut abang Rees terkam aku.

"Ehh Una buat apa kat sini?"

Angkat kepala, aku tengok mama terpisat-pisat dalam baju tidurnya. Ambil tempat di sebelah daddy, kini mummy turut ikut serta daddy dalam sesi soal jawab. Mummy dan daddy. Perfect combo!

Pikat Hati Dr Jerk ✓Where stories live. Discover now