Bahagian I | Bab 8

13K 670 24
                                    

❝ You're my every reason ❞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❝ You're my every reason ❞

•••••

Rambut serabai macam hantu Kak Limah. Mata macam panda. Eyebag plus lingkaran gelap bawah mata. Otak aku pula dah tepu setepunya. Menghadap soalan past year unit operation ni boleh buat aku gila. Tak gila, jadi zombie. Apa yang susah sangat soalan dia. Dah tiga hari aku menghadap soalan-soalan abang Rees yang bagi. Buat tak berhenti sampai tidur pun sekadar sejam dua jam. Tapi banyak lagi soalan yang ada. Hari ni dah hari Ahad. Esok isnin nak kena submit dah. Mampus aku macam ni.

Tak nak weh coursework kosong. Sebab aku tahu aku memang tak leh skor nanti final exam. Kalau abang Rees betul-betul bagi aku kosong untuk coursework. Jawabnya memang kena repear aku. Tak nak weh. Seksa!

Aku tengok jam di skrin telefon. Dah pukul 4 petang rupanya. Aku dari pagi kelmarin lagi menghadap soalan past year. Makan pun tidak. Sekadar alas perut dengan biskut kering. Paling teruk mandi pun baru sekali je sejak semalam. Tidur tak usah cakap. Sejam je rasanya aku sempat lena.

Tutup pen. Tutup soalan. Aku angkat punggung dari meja study nak ke toilet. Nak ambil wudhu sebab aku tak solat Zohor lagi.

Bangun je, aku rasa kepala aku berat. Pandangan aku rasakan berbalam-balam. Aku tongkat tangan di kepala katil bila rasa macam nak jatuh. Aku pejam mata buat seketika. Bila aku kembali hayun langkah, tiba-tiba kepala aku terasa makin berat. Pandangan mata makin lama makin kelam. Sumpah aku rasa nak pitam. Sesaat kemudian, aku rasa ada cairan sejuk mengalir keluar dari hidung.

Sentuh dengan jari, aku nampak warna merah. Darah!

Dan makin lama mata aku makin layu dan gelap sebelum tertutup sepenuhnya.

Bam! Aku jatuh tersungkur atas lantai dan tak sedarkan diri.

•••

Hari ni dah hari kedua aku ditahan di wad pesakit tapi bayang abang Rees pun tak nampak. Yang datang cuma kawan-kawan aku je. Aku happy sebab kawan-kawan datang melawat tapi aku tak dapat tipu diri sendiri yang aku kecil hati bila satu-satunya orang yang harap sangat nak tengok tak kunjung tiba. Tapi aku tahu yang aku ni bukan siapa-siapa di hati abang Rees. Hakikat yang cukup payah aku terima walaupun sudah bertahun lamanya aku tahu dan cuba untuk hadam.

Tak nak serabutkan kepala otak dengan abang Rees. Aku tarik soalan-soalan past year yang entah bila nak siap itu. Kotak pensil aku buka dan aku capai sebatang pen biru. Walaupun due date aku kena submit dah lama berlalu, tapi aku tak nak coursework aku kosong. Jadi aku gagahkan jua kerah otak aku siapkan soalan yang masih berbaki. Harap abang Rees terimalah bila aku hantar nanti. Aku bukan sengaja nak jatuh sakit. Ingat seronok kali tangan kena cucuk. Aku pengsan sebab abang Rees. Doktor cakap aku overstress. Overwork. Tu semua gara-gara soalan yang abang Rees suruh aku siapakan. Kalau dia tak terima juga. Abang Rees memang manusia paling zalim.

Pikat Hati Dr Jerk ✓Where stories live. Discover now