Bahagian I | Bab 25

19.2K 741 45
                                    

❝ You're my every reason ❞

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

❝ You're my every reason ❞

•••••

Hari ni, abang Rees dah mula bahaskan tentang hak dia sebagai suami. Dan jujur, aku dah mula risau andai kata abang Rees akan guna kuasa veto dia tu untuk paksa aku macam-macam kalau aku masih tinggal di sini. Tak boleh! Semalam, sebaik saja mata aku ni nampak figura Ferlina depan rumah kami. Aku dah tanam dalam hati yang aku nak move on dari abang Rees dan aku....

akan lepaskan abang Rees. Aku rasa dah tiba masanya. Dulu aku selalu fikir, walaupun aku tak pernah berjaya nak masuk dalam hati abang Rees tak kira apa cara yang aku guna. Aku yakin bila aku dah dapat kahwin dengan abang Rees. Aku akan berjaya tundukkan dia. Aku akan berjaya tulis nama aku di hati abang Rees. Lepas peristiwa semalam. Aku mula sangsi dengan keyakinan aku selama ini. Aku mula terfikir yang mungkin abang Rees memang betul tak ditakdirkan untuk aku. Aku mula tertanya-tanya masih mampukah aku nak tulis nama aku di hati abang Rees jika mata pena nya sudah pun retak seribu dan sudah hampir terlucut di tangan aku. Masih mampukah aku bertahan?

Tadi, waktu abang Rees kiss aku. Hati aku mulai rasa yang mungkin aku masih ingin berharap yang satu hari nanti aku berjaya tembusi tembok pintu hati abang Rees. Tapi jawapan abang Rees, buat aku yakin yang sudah tiba masanya untuk aku move dari semua ni. Masa untuk aku cari bahagia sendiri. Tanpa nama abang Rees di hati.

"Kalau kau tak degil, dengar aku cakap dari awal makan ubat. Aku tak payah nak nodai bibir sendiri kiss kau. Dan bibir kau pun tak hilang suci kalau kau dengar cakap aku dari awal. Ni bukan salah aku tapi salah kau. Okay" abang Rees hala telunjuk ke arah aku

"Kali kedua abang kiss Una pun salah Una juga ke?" aku menduga.

"Aku dah cakap aku betul nak pastikan kau telan ubat tu. Tak ada sebab lain. Your lips just tasteless anyway. Doesn't make sense if i wanted to kiss it again" nafi abang Rees sekeras-kerasnya.

Aku tahan geram di hati. Agaknya abang Rees ni memang pernah ambil phD dalam jurusan nak sakitkan hati. How come semua benda yang keluar dari mulut abang Rees tak ada satu pun yang menyenangkan hati dan halwa telinga aku. Kecuali waktu dia cakap pasal dia kisahkan aku sebentar tadi. Tapi aku pasti tu semua wayang sebab nak suruh aku maafkan dia saja. Nope! Aku takkan maafkan dia macam tu saja. You reap what you sow!

Kalau sebelum ni abang Rees cakap macam tu dekat aku. Pasti aku sudah terbang ke kayangan kerana terlalu suka. Tapi it's was too late! Aku dah mula rasa tawar hati. Lagi pun abang Rees bukan maksudkan betul-betul pun. Tengok saja perangai menyinis dan menyakitkan dia sudah datang. Baiknya cuma sekejap. Itupun mungkin sebab aku jatuh sakit saja. Kalau tak mungkin sampai mati pun aku tak pernah dapat rasa abang Rees buat baik dengan aku.

Untuk move on. Step pertama adalah aku kena keluar dari rumah abang Rees. Atau lebih tepat. Aku kena elakkan dari tengok muka hensem abang Rees. Sebab aku rasa, salah satu sebab terbesar aku suka abang Rees adalah sebab rupa. Jadi langkah pertama. Basic step. Jangan tengok muka hensem abang Rees.

Pikat Hati Dr Jerk ✓Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang