Bahagian I | Bab 15

14.3K 647 50
                                    

❝ You're my every reason ❞

Oops! Această imagine nu respectă Ghidul de Conținut. Pentru a continua publicarea, te rugăm să înlături imaginea sau să încarci o altă imagine.

❝ You're my every reason ❞

•••••

Gara-gara plan pertama untuk pikat hati abang Rees dengan bertukar jadi makhluk sexy adalah gagal. Total failed! Aku ubah pelan aku. Cuba cari jalan lain pula untuk tundukkan hati beku abang Rees yang mengalahkan iceberg. Iceberg yang Titanic langgar pun tak beku macam hati abang Rees. Dan setelah seharian melakukan research dengan encik google, aku pilih tips yang paling banyak wanita-wanita berumah tangga kongsikan untuk dijadikan plan aku seterusnya. Plan aku yang kedua ialah ikat perut abang Rees sebelum ikat hati dia. Oleh itu, hari ini akan mencuba untuk memasak lauk kegemaran abang Rees iaitu ikan patin masak tempoyak. Untuk jayakan misi penting ini, aku berguru dengan Tok Ma abang Rees memandangkan abang Rees pernah cakap patin masak tempoyak Tok Ma dia yang paling sedap.

Beberapa jam berperang dengan senduk dan kuali, akhirnya siap juga lauk kegemaran abang Rees. Berpeluh-peluh aku di dapur. Abang Rees pun satu lah! Tak boleh ke dia jadikan lauk yang simple-simple saja untuk dijadikan makanan kegemaran. Yang aku boleh campak-campak je dah siap. Ayam masak kicap ke. Ayam masak merah ke. Sup ke. Kan senang. Sekejap je dah siap. Tapi aku usahakan jugak lah masak ikan patin masak tempoyak ni sebab nak pikat hati abang Rees. Harap-harap betul lah apa orang selalu cakap, nak ikat hati suami ikat perut dia dulu. Kalau ikat perut pun tak jalan, agaknya aku kena ikat kaki abang Rees pula.

Siap memasak, aku tutup api. Kuah tempoyak dalam kuali aku ceduk sikit lalu masukkan dalam mangkuk kecil. Tiup bagi sejuk, terus aku sudu dan sua ke dalam mulut perlahan-lahan. Takut masih panas lagi. Sebaik sahaja deria rasa lidahku mengenal pasti rasa masak tempoyak itu, automatik aku menekup mulut dan berlari ke sinki.

Yuck! Yuck! Masakan apa ni?

Tak sedap langsung. Bukan setakat tak sedap tapi tak layak langsung untuk dipanggil makanan. Hanyir dan berlendir. Rasa pula aku tak tahu lah aku letak apa tadi sehingga teruk sangat rasa dia. Dah rasa macam makanan Shrek. Eh? Aku pernah rasa ke makanan Shrek? Apa-apa je lah.

Setelah berkumur beberapa kali, aku bergerak semula ke arah kuali. Kuah tempoyak dalam kuali aku kacau-kacau. Tengok kan gaya warna dan bau masakan aku ni macam sedap dan menyelerakan tapi rupanya.... indah khabar dari rupa. Bet

ul lah orang putih kata. Appereance is deceptive. Huhu. Sama macam abang Rees juga, luaran nampak baik hensem. Tapi sebenarnya beast! Annoying jerk! Mengjengkelkan.

Beberapa isi ikan patin yang terkulai dalam kuali aku pandang sayu. Hmmm, kesian kau patin. Tapi apakan daya skill memasak aku masih di tahap lemah. Jadi terpaksalah ikan patin tadi jadi santapan kucing-kucing liar yang selalu berkeliaran di depan rumah abang Rees.

Itu cerita dua hari lepas, di mana ianya merupakan percubaan pertama aku memasak lauk kegemaran abang Rees. Dan hari ini aku kembali lagi dengan semangat baru untuk berperang balik dengan senduk dan kuali. Takkan aku mengalah begitu saja, Agi idup, agi ngelaban. Yeah!

Pikat Hati Dr Jerk ✓Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum