"Okay."

"Yes! Nanti saya hantar location dekat WhatsApp tau?"

Hanum hanya mengangguk dan berlalu pergi.

Siapa yang mahu berjumpanya? Malas mahu memikirkan terus Hanum mengabaikannya.

***

"Pasti ke Hanum tu nak datang?"

"Confirm, bini aku cakap Hanum tu bukan kaki sembang."

"Ceyh, tu aku tau laa.." Khalif mencebik bibirnya.

"Tapi kalau nak jumpa Hanum malam ni, kau kene solat dulu dengan aku. Jadi imam okeh?"

"Eh apahal pulak nak aku jadi imam?!" Terkejut Khalif.

Rais berdecit perlahan,

"Suara kau kan sedap, please?"

"Kau tahu kan aku macam mana?"

"Kau.."

Jari ditunding ke arah Khalif.

"Imam." Senada Rais dan terus berlalu menuju tempat mengambil wudhu di masjid.

Khalif mengetap giginya, geram.

***

"Hanum ada dinner malam ni, so abang makan la apa yang bibik dah masak."

Abang Harris kini sudah berumur 30tahun namun masih memegang status single.

Bolehla sesiapa nak..

Kalau ada yang nak la.

"Hanum nak dinner dengan siapa?" Surat khabar ditutup, bicara Hanum lebih menarik minatnya.

"Adala."

"Anak haram tu bawak tak?"

Hanum melepaskan keluhan.

"Hadi, nama dia Hadi. Hanum bawa Hadi, dan kalau abang nak balik rumah abang malam ni, bagitahu bibik dulu."

Harris hanya membuat tidak tahu, lalu cermin mata dibetulkan dan surat khabar kembali dibaca.

"Ibu!" Jerit Hadi yang baru masuk.

"Ehh paklong! Hadi rindu paklong!"

Hadi menghulurkan tangan untuk bersalam namun Harris hanya melihat tangan kecil itu sebelum berlalu pergi dengan surat khabarnya.

Hadi terkedu di situ, dia jarang berjumpa dengan paklong, kadang bila berjumpa ibu hanya suruh tunggu di dalam kereta.

Sekarang dia tahu kenapa ibu tak bagi ikut jumpa paklong. Matanya sedikit berair,

Tiada kasih sayang ayah,

Mengharapkan kasih sayang paklong, namun hampa.

Hanum melihat Hadi perlahan-lahan menunduk wajah ke lantai, kedua bahu Hadi turut jatuh. Sebab itu ibu tak nak Hadi jumpa paklong sayang..

"Jom, siap-siap! Malam ni kita ada dinner!"

Semangat Hanum membuatkan Hadi kembali tersenyum dan bersemangat.

"Jomm!!" Ditarik tangan ibunya berlari ke arah tangga.

"Ibu jatuh, ibu gigit Hadi!" Jerit Hanum diselangi ketawa.

"Hadi sambut!"

Gelakan mereka bersatu.

Dan Harris yang mendengar gelakan dua beranak tersebut mengeluh.

Dia benci Hadi, tapi Hanum lebih bahagia dengan kehadiran Hadi.

***

Minyak wangi disembur sedikit,

Romance : Ahmad Khalif ✓Where stories live. Discover now