Part 12 Saka Nafsu Muda- Gadis misteri dari alam ghaib

12.8K 143 7
                                    

Dua tiga hari selepas kejadian itu, keadaan kesihatan atuk aku mula merosot, dia hanya berbaring  sahaja di atas tilamnya, selera makan pun takda, dia hanya minum air sekali sekala. Adakalanya badannya panas macam deman dan adakala sejuk sangat. Apabila dia deman,  atuk akan mula meracau-racau bercakap bahasa yang tidak aku fahami, batuknya pula tak berhenti-henti macam batuk kering, kadang-kadang dia muntah bersama darah hitam yang banyak dengan  bau busuk yang cukup meloyakan. Ustaz Nordin pula balik ke rumahnya untuk menyelesaikan kerjanya, dia meminta aku menjaga atuk aku dan menalifonya segera jika ada sesuatu berlaku di rumah atuk itu.

 Ustaz Nordin pula balik ke rumahnya untuk menyelesaikan kerjanya, dia meminta aku menjaga atuk aku dan menalifonya segera jika ada sesuatu berlaku di rumah atuk itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Melihat keadaan atuk yang  lemah itu, Kak Imah datang ke rumah atuk semalam, dia membantu Makcik leha untuk menjaga atuk di sini. Atuk juga macam tidak marah lagi kepadanya macam hal-hal lama yang lepas. Dia hanya tersenyum melihat anak bongsu perempuan ini datang duduk di rumah bersamanya kembali. Makcik Leha juga sudah beransur pulih dari dirasuk hari itu. Sejak Kak Imah datang sini aku dah tak risau sangat dah, sebab kalau  berdua sahaja  dalam rumah ini dengan Makcik leha seram jugak, dahlah atuk aku tak boleh bangun, mahu datang penyakit dia tengah malam macam hari tu tak pasal-pasal aku dirogolnya lak.

Dalam rumah itu, Makcik leha tidur di ruang tamu sebelah atuk, aku  tidur di bilik bujang dan bilik atuk makcik Leha bagi Kak Imah tidur di situ. Sejak aku disini berberapa hari, menjelang malam sahaja aku nak tidur,  aku akan sentiasa diganggu mimpi yang ngeri-ngeri dan pelik-pelik. Ada juga aku rasakan seolah-olah mahluk lelaki berkepala anjing itu menyeru aku datang kepadanya  berberapa kali melalui mimpi aku. Aku ada memberitahu Ustaz Nordin berkenaan mimpi ini, dia hanya menyuruh aku menghafal doa yang di berikan padaku ini sahaja untuk menghalang aku dari terus-terusan bermimpi buruk itu. Aku selalu baca doa itu sebelum aku tidur, alhamdulilah buat masa sekarang kurang sikit aku bermimpi mahluk berkepala anjing itu lagi.

 Aku selalu baca doa itu sebelum aku tidur, alhamdulilah buat masa sekarang kurang sikit aku bermimpi mahluk berkepala anjing itu lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Huwallahu, Allahu rabbi, la syarika lahu,

A'udzu bikalimatillahit tammati min ghadhabihi

Wa min syarri ibadihi wamin hamazatis syayatini, wa an yahdharuni".

Sewaktu malam itu aku masuk awal dalam bilikku, aku berbaring di atas katil bujang itu sambil membelek buku-buku yang ada tersusun diatas meja dalam bilik itu, aku rasa buku-buku lama di dalam bilik ini mungkin kepunyaan atuk dulu, aku membelek-belek buku yang disusun kemas atas meja itu dan ada sebiji buku yang menarik minatku untuk membaca isinya dalam buku tersebut, buku itu di karang oleh penulis terkenal Ramlee Awang Mursid bertajuk satu janji. Baru aku nak habiskan baca bab pertama aku dah terlelap  tanpa aku sedar, buku itu jatuh atas dada aku dan aku tertidur. Masa aku tertidur itu aku bermimpi  aku berada di kawasan persekitaran yang asing sekali, asing di sini bermaksud aku berada di satu alam lain dan di dalam alam itu aku nampak ada kawasan penempatan sebuah kampung yang luas dengan sawah padi terbentang luas, ada rumah, rumah kayu di tengah-tengah sawah padi itu yang berdekatan dengan kaki bukit.

Saka Nafsu Muda ( Completed November 2020)Where stories live. Discover now