Part 7- Saka Nafsu Muda-Perempuan muda itu Makcik aku

21.1K 167 5
                                    


Iman: 'Saka yang diwariskan nie tanpa ko sedar  adalah seekor serigala bertanduk untuk menjaga keturunan dan harta yang ditinggalkan tapi bagi kamu zali, Saka yang diterima ini juga dinamakan Saka Nafsu Muda untuk kamu memikat dan memuaskan nafsu wanita juga zali'.

Cuak juga aku mendengarnya, bila lak aku boleh terima saka ini semua, masa sebelum balik kekampung atuk aku ini, takda lak aku terdengar benda-benda ini semua. Ayahku diam aje memandang aku dan iman. Aku tengok ayahku tunduk kebawah, banyak yang berfikir didalam kepalanya juga sekarang ini.

Razali :' Habis macam mana tok iman? seingat saya, saya takda terima dari sapa-sapa saka ini, boleh ke di ubati saka ini tok iman?' aku sedikit gelabah setelah mendengar tok iman cakap tadi, lebih-lebih lagi part memuaskan nafsu wanita tadi.

Iman : 'Boleh tertapi sulit untuk di lakukan dan mengambil masa yang lama berubat itu bergantung kepada saka yang kamu kena, tok kat sini hanya boleh melengahkan makhluk itu dari mengacau kamu dah keluarga kamu sahaja.  Tok ada kenal sahabat tok kat kuala lumpur sana yang mungkin dia boleh tolong kamu, Nanti tok bagi no tel dia kat ayah kamu.' Tok Iman kemudian menulis nombor tersebut di atas kertas dan menyerahkan kepada ayah aku.

En Rosman; 'Terima kasih, tok iman, insyAllah saya telefon akan  sahabat tok iman ini bila kami balik sana'.

Iman :'Satu lagi yang kamu perlu tahu , syarat untuk saka ini terus tidak bermaharajalela ialah jangan buat benda tak elok seperti , maksiat , solat jangan tinggal , mengaji , kalau kita leka atau lalai dan membuat maksiat , saka itu sendiri akan perlihatkan dirinya didepan kamu '.

Selepas lama berbuat-bual, tok iman dan isterinya meminta izin untuk pulang ke rumah mereka kembali. Sejak aku keluar dari rumah atuk aku tadi , aku rasa lebih tenang kat rumah arwah nenek ini. Sejuk hati aku ni. Mungkin ini yang  selalu ayah aku cakap kat aku. "Zali, rumah orang yang selalu menjaga solat jemaah dan selalu mengaji, rumah dia disukai malaikat. Rumah dia macam bercahaya, kata ayahku. Malaikat Rahmat selalu singgah di rumah yang bercahaya ini.  Setelah kereta tok iman tadi beredar dari rumah aku, ayah aku memanggil aku duduk kembali di rumah tamu itu. Dia kemudian bertanya denganku.

En Rosman: 'Zali esok pagi kita balik KL yer. Ayah kuat rasakan apa yang berlaku ini ada kaitan dengan atuk kamu sebenarnya. Ayah rasa sudah tiba kamu tahu berkenaan atuk kamu itu.'

Razali : 'Atuk....kenapa dengan atuk ayah? 'aku masih lagi blur dengan apa yang berlaku.

En Rosman : 'Atuk kamu seorang yang minat menuntut ilmu ghaib ini zali, ayah ingat lagi masa umur ayah lebih kurang kamu, dia pernah pergi bertapa di indonesia berberapa bulan. Di sebabkan dia terlalu taksub kepada ilmu-ilmu ghaib ini, dia hampir di buang kerja di balai polis itu'.

Kak Imah : 'Betul zali , akak pernah tengok juga nenek pernah bising dengan atuk pasal ini, mereka bergaduh besar. Sebab ilmu yang di pelajari oleh atuk kamu ini kadang-kadang ada yang syrik kepada Allah dan menyimpang dari ajaran agama islam pun ada. Sebabkan itu nenek nekad nak berpisah dengan atuk, mereka tak bercerai sebenarnya lebih kepada berpisah, nenek rasa itu yang terbaik untuk semua orang dan dia bagi atuk khawin lagi dan buat apa yang atuk suka di rumah dia kat sana itu. Nenek dah malas nak ambil tahu. Anak-anak nenek yang jaga'.

Aku terdiam sekejap mendengar penjelasan ayah dan mak usu aku.

En Rosman : 'Ayah rasa atuk kamu dah diwariskan ilmu saka yang dia pelajarinya kepada kamu dalam kamu sedar itu. Ada kamu terima atau jawap-apa-apa tak masa kamu bersama dengan atuk itu.'

Razali :' Zali tak pasti lah ayah, tapi atuk pernah tanya zali pasal ilmu pengasih yang dia nak ajar. Tapi takda lak zali cakap terima ke apa tu ayah'. Aku macam tak pasti dengan apa yang aku cakap sebenarnya.

Saka Nafsu Muda ( Completed November 2020)Where stories live. Discover now