Di meja makan Maya duduk paling hujung apabila Jadyn mengambil tempat duduknya disebelah Jue, Maya hanya memerhati dan mendengar perbualan mereka tanpa sebarang bunyi, padanya dia hanya fokus pada makanannya tetapi tanpa disedar sebenarnya dia sering menjeling kearah Jue dan Jadyn. Melihat kemesraan mereka betul betul membuat hatinya panas.

Selepas makan mereka kembali duduk di sofa, Jue membawa sebuah dulang berisi 9 buah gelas bersaiz sedang. Jadyn membuka botol beer dan mengisi ke dalam setiap gelas. Maya duduk di sofa triple kegemarannya, dia seolah salah seorang daripada tetamu yang bertandang ke rumah Jue dan Jadyn. Jue menghulurkan segelas beer kepada Maya tapi matanya merayu kepada Maya agar m tidak minum air haram itu. Maya memandang Jue,faham benar dengan pandangan itu tetapi tidak dihirau kan gelas yang berisi beer itu di sambut sambil menjeling Jue lalu meneguk beer itu sehingga habis. Jue terkedu. Hanya mampu diam. Sengaja tidak menghiraukan Maya kerana tidak mahu menuang beer lagi dan tidak mahu melihat Maya minum minuman haram itu. Kemudian duduk hujung kerusi sama dengan Maya. Jadyn menghulurkan segelas beer kepada Jue. Jue menyambut kemudian meneguk sedikit. Jue dan rakan rakan nya rancak berbual sambil minum beer yang dibawa. Maya menuang lagi beer ke dalam gelasnya kemudian meneguk hingga licin. Jue selang sekali menjeling Maya yang sudah banyak kali menuang beer ke dalam cawannya. Dia risau Maya akan mabuk, kalau di kira sudah lebih 8 gelas Maya meneguk minuman haram itu. Hairan bagaimana gadis muda setahun daripadanya itu boleh minum sebanyak itu, sedangkan kepalenya sudah mula berat dengan hanya segelas beer yang Jadyn berikan,itu pon masih berbaki separuh cawan.

Wajah putih Jue sudah merah padam kesan daripada segelas beer. "Patutla jarang die minum,cepat mabuk rupenye" kata Maya dalam hati. Maya selang sekali menjeling kearah Jue. Dia tidak dapat menafikan bahawa dia risau dengan keadaan Jue yang sudah mabuk.

"Hey cat" panggil Jadyn sambil memberi isyarat tangan kepada Jue untuk datang kepadanya. Jue merangkak menuju kearah Jadyn. Jadyn memanggil lagi sambil menepuk pehanya menyuruh Jue duduk dipangkuanya. Jue hanya akur seperti orang mengantuk di sorongkan bantal. Dahi Maya mula berkerut sedikit. Jue duduk di atas ribaan Jadyn. Tangannya melingkari tengkok Jadyn. Jadyn tersenyum sambil tangannya mula melingkari pinggang ramping Jue. Makin bertambah kerutan di dahi Maya. Tangan Jadyn mula bergerak sedikit demi sedikit. Sekejap ke atas sekejap ke bawah. Tangan Jadyn mula meramas pinggul pejal milik Jue. Maya mula menggelengkan kepale. Bibir bawahnya di gigit. Tangannya tiba tiba rasa seperti ingin menumbuk orang.

"Hunn~" kedengaran suara lembut Jue. Maya memandang Jue yang berada di atas riba Jadyn itu. Dia tahu Jue sedang bercakap dengannya,mungkin Jue menganggap Jadyn itu dirinya.
"I love u,i love u so much,why can't u see that? Why r u so blind?! Im here! Right in front of u!" Kata Jue dengan suara tergetar getar seperti hendak menangis. Tangannya mengusap lembut wajah Jadyn yang disangkakan Maya. Maya yang memandang berasa terkilan dan tidak puas hati dalam masa yang sama, usapan lembut tangan Jue itu sepatutnya menjadi miliknya dan bukan Jadyn. Tiba tiba Jadyn menggigit bibir, tangannya memegang dagu Jue. Matanya merenung bibir munggil milik Jue. Jadyn merapatkan mukanya dengan muka Jue. Bibirnya semakin dekat dengan bibir Jue. Sudah lama dia memerhatikan gadis itu,sudah lama juga dia mengidamkan bibir munggil Jue,tubuh pejal Jue. Bibirnya kini sungguh hampir dengan bibir Jue. Baru sahaja ingin mengucup bibir munggil itu tiba tiba tubuh Jue hilang dari dakapannya.

Melihat Jadyn yang bertindak untuk mencium Jue lantas Maya bangun lalu menarik pinggang Jue, tubuh kecil Jue diangkat seolah olah kucing lalu dibawa ke dukungannya dan didakap erat. "Dont u dare to lay ur dirty hand on her!" Kata Maya tegas. "Ahh come on!! Its not like Cat is ur girlfriend!!" Jadyn mula berang. "She's too innocent to be ur Cat! She's still a kitten!" Marah Maya pula. Dia memandang Jadyn dengan pandangan tajam. Jika ikutkan hati mahu dipijaknya Jadyn itu. "and this kitten belong to me!" Sambung Maya lagi. Jadyn dan Maya saling memandang dengan tidak puas hati. Maya memalingkan tubuhnya membelakangi tetamu mereka. "I think its time to go home,and i dont think u drunk enough that u can't go home by ur own" kata Maya sambil menjeling ke arah Ryan. Ryan yang faham dengan keadaan mula bangun dari sofa dan mengajak kawan kawannya pulang. Langkah mereka diikuti oleh Maya ke pintu, untuk menutup pintu. "We r really sorry for what has happened" kata Ryan meminta maaf bagi pihak Jadyn manakala Jadyn terlebih dahulu telah menghilangkan diri.

Sebaik menutup pintu, Maya terus membawa Jue kebilik tidurnya. Tubuh Jue yang sudah tertidur itu diletak perlahan lahan diatas katil dan diselimutkan. Baru sahaja ingin melangkah keluar tiba tiba tangan nya ditarik. "hun" panggil Jue. Maya memandang wajah polos Jue. "Stay" kata Jue lagi. Maya tak jadi melangkah keluar,sebaliknya langkahnya disusun ke arah katil Jue. Setelah sekian lama dia tidak tidur didalam bilik Jue dan malam ini dia tidur di dalam bilik Jue sambil m memeluk erat gadis itu.

Jue membuka matanya perlahan, pandangannya berpinar,kepalanya rasa berpusing dek kerana minuman keras yang diminum malam tadi. Terasa sesuatu yang melingkari pinggangnya membuatkan matanya membelek tubuhnya, tangan seseorang sedang memeluknya. Jue melepaskan keluhan berat. "Jad! Wake up!" Kata Jue. Bila diingat semula apa yang dia lakukan malam tadi dengan Jadyn dia berasa malu sendiri dengan Maya. Sudah pasti Maya melihat berbuatannya. Dia hanya ingat dia berada di atas pangkuan Jadyn malam tadi sebelom kepalanya tiba tiba berasa berat dan tertidur. Hanya mengingat dia berada di atas Jadyn sudah cukup membuat dirinya terasa jijik dihadapan Maya,dia tidak sanggup fikir apa yang mereka berdua lakukan yang tidak lagi dia ingat yang sudah pastinya akan membuat Maya berada jijik hanya untuk memandangnya. "Jad! Wake up! U need to go home!" Jerit Jue lagi apabila tubuh dibelakang nya yang disangka Jadyn masih tidak bergerak. Kemudian dia memusingkan tubuhnya dan "MAYY!" jerit Jue terkejut melihat wajah Maya yang sedang tidur sambil memeluknya. Serta merta senyuman terukir dibibirnya.

U Can Love MeМесто, где живут истории. Откройте их для себя