Atas sebab apa dia diperlakukan begitu, sudah 8 tahun tanpa khabar, dan harap-harap

Lelaki tak guna tu mati.

"Ibu?" Soal Hadi apabila melihat ibunya termenung.

"Ha? Eh bila Hadi masuk?"

Hadi mengecilkan mata,

"Ibu nak kene cubit ke?"

Membulat mata Hanum, eh budak ni meminta pulak.

"Diamla, bising je macam mak nenek." Keretanya mula bergerak.

Rumah? Jangan risau ada pembantu yang menjaganya.

"Ibu la mak nenek, sebab tu abi tinggal." Ucap Hadi bersahaja.

Hadi membulatkan mata, mulut ditekup alamak dia tersalah cakap, mesti ibu marah! Hanum hanya tersenyum sebelum wajahnya kembali muram.

"Sorry ibu, Hadi tak cakap lagi pasal abi."

Hadi mahu seorang abi seperti rakan yang lain, tapi ibu selalu berpesan kalau dia tiada abi, dan abi sudah lama mati.

Asal ibu ada dengan Hadi, itu sudah cukup!

***

"Hmm.." Rokok di tangan masih disedut.

"Kau tak nak cerita dengan aku?" Soal Rais memandang wajah Khalif.

"Perlu ke?" Sinis Khalif.

Untuk apa cerita? Masa bukan boleh diputarkan, penyesalan bukan boleh hilang, rasa bersalah juga tak kan pernah terpadam.

Jadi untuk apa bercerita?

"Orang cakap, meluah boleh melegakan diri." Pancing Rais lagi.

"Rokok pun dah memadai."

Putung rokok yang sudah habis, dibuang ke tanah lalu dipijak mematikan apinya.

"Kenapa buang?" Soal Rais tiba-tiba.

"Dah habis kan, buangla."

"Rokok dengan manusia lain, kalau kau meluah dengan rokok akhirnya kau buang dia, kau pijak dia, dan dia tak kan bagi apa apa pendapat pun,

Tapi kalau kau meluah dengan manusia, dia takkan habis dan selalu ada untuk support kau. Cerita Khalif, aku ada. Selalu ada."

Nafas dihembus,

"Aku benci lelaki macam kau, binatang macam kau memang patut mati!" Jerit Hanum seolah tidak waras.

"Saya minta maaf.. saya terpaksa." Baju yang berselerak di bawah diambil pantas.

Sekarang aku bebas, tiada ancaman, tiada kegusaran, tiada ketakutan yang ingin ditakutkan.

"Kau binatang Khalif.. kau setan.. " Rintih Hanum yang sedang menangis.

"Hanum, dengar. Kita buat tadi tu tak akan bagi effect apa-apa pun, awak pun dah tak ada dara, jadi tak akan berlaku apa-apa, anggap semua tu tak pernah terjadi. " Bahu Hanum dicengkam bagi menyedarkan wanita itu.

"Puas?" Soal Hanum tiba-tiba.

Khalif melepaskan tangan di bahu Hanum, keningnya mula berkerut dengan perubahan Hanum.

"Puas? Atau kau nak lagi? Aku macam pelacur Khalif, lelaki buat aku macam pelacur. Tak cukup dengan dulu, sekarang kau pula. Puas tak?!" Tengking Hanum.

Khalif menunduk, maaf Hanum maaf. Kalau tak, saya tak akan dapat kebebasan, saya akan dihurung ketakutan, maaf.

Namun bicara itu hanya terdengar di dalam hatinya.

"Teruk kan aku?" Khalif menunduk, air matanya bertakung.

Dia bersalah, kalau masa boleh diputar dia tak kan buat begitu, malah dia akan tentang Qayeed habis-habisan.

"Kau hebat, cuma kenapa tak cari semula dan minta maaf?"

"Untuk apa? Untuk dihina? Maki? 8 tahun dah Rais, mana aku nak cari dia? Jangan-jangan dia dah berkahwin."

Rais tersenyum,

"Kau ni overthinking sangat, usaha belum."

"Mana lelaki yang ugut kau tu?"

"Qayeed?"

Mendapat anggukan Rais membuatkan Khalif sekali lagi mengeluh. Lelaki itu dan rakan yang lain

"Entah." Bahu diangkat tanda tidak tahu.

Kalau boleh tak nak pun tahu. Rais berdiri, baju dan seluar dibetulkan lalu tangan dihulur.

"Jom?"

Khalif mengerutkan keningnya sambil memandang huluran Rais.

"Aku akan bantu kau." Dengan ragu-ragu tangan itu dicapai. Harap Rais bukan seperti rakan yang lain.

Rais menyembunyikan senyum, lalu kepala di dongak melihat langit yang berwarna biru dihiasi awan yang sedang berarak.

Alif..

Aku bawa kawan baru ni.

Romance : Ahmad Khalif ✓Where stories live. Discover now