13

154 19 2
                                    

All I can say is that, ready for the roller coaster of emotions 😶

-----

Bulat mata Yeji. Dia seakan-akan tidak percaya dengan apa yang baru sahaja dikatakan oleh Jimin sebentar tadi.

"You're kidding. There's a big no way that he'll like me,"
"Well~ I'm saying the truth. Jimin tak tipu,"
"Nonsense!"

Yeji terus bangun. Dia mengorak langkah, ingin meninggalkan Jimin bersendirian.

Baru sahaja berjalan, Jimin bersuara lagi.

"Kalau tak percaya, tanya Yeonjun sendiri,"

Langkah Yeji terhenti. Dia memandang Jimin yang sedang memandangnya juga. Perlahan-lahan dia duduk kembali di sebelah Jimin.

Jimin faham yang Yeji inginkan penerangan. Jimin memberitahu Yeji akan apa yang didengarinya di tandas pelajar lelaki tempoh hari.

*skips*

Loceng tamat sekolah berbunyi.

Yeji berjalan bersama Jimin.

Hati Yeji masih meronta-ronta, menginginkan kepastian, walaupun Jimin sudah menceritakan hal yang sebenar.

Yeji berhenti berjalan.

Jimin turut berhenti.

"Jimin..."
"Nae?"
"Yeji perlu tanya Yeonjun juga..."
"Arasso. Go ahead~ Nanti Jimin beritahu Seulgi noona,"
"Gomawoyo,"
"No problem,"

Yeji berpatah balik, menuju ke kelas B1.

Jimin terus berjalan, menuju ke pagar sekolah.

Kelihatan dari jauh, Seulgi sudah berdiri di hadapan pagar sekolah. Kerutan dahi Seulgi jelas kelihatan. Mana tidaknya. Adik kesayangannya tiada di sisi Jimin.

"Yeji eodisseo?"
"She wants to meet Yeonjun,"
"Untuk apa?"
"Nanti Jimin cerita,"
"Tapi-"

Jimin mencelah. Tangannya diletakkan di atas bahu Seulgi dan digenggam lembut.

"She'll be fine. Trust me,"

Seulgi hanya mengangguk perlahan. Tidak terdaya mahu bertanya lagi. Dia percaya akan kata-kata Jimin. Namun, hati Seulgi masih dilanda kerisauan. Risau Yeji diapa-apakan. Maklumlah, Yeji berjumpa dengan Yeonjun, ketua Troublemaker yang sememangnya bermasalah.

-----

Yeji masuk ke dalam kelas B1. Kosong. Tiada sesiapa pun berada di dalam kelas itu. Troublemaker juga tidak kelihatan.

"Dia dah balik..."

Yeji menggumam perlahan.

Namun, sangkaan Yeji meleset.

Yeonjun tiba-tiba muncul di belakangnya. Dia mencuit bahu Yeji.

Hampir bergema satu bangunan Namil High dengan jeritan Yeji.

Cepat-cepat Yeonjun menutup mulut Yeji.

"Y-Yeonjun?"
"Shut up, will you?"
"Mianhae..."

Yeonjun melepaskan tangannya.

Yeji membetulkan posisinya.

Terasa kekok apabila berdua-duaan di sekolah yang sudah pulang semua pelajarnya. Jikalau ada guru sekalipun, mungkin hanya dua atau tiga orang guru yang masih belum pulang.

"Kau cari aku ke?"

Yeonjun menjungkitkan keningnya.

Yeji mengangguk perlahan. Matanya tidak melihat Yeonjun langsung.

"Masuklah dulu,"

Yeonjun masuk ke dalam kelasnya.

Yeji hanya menuruti langkah Yeonjun.

Mereka berdua duduk di hujung kelas B1.

"Nak apa?"

Yeonjun bertanya. Dia bersilang tubuh.

"B-Betul ke Y-Yeonjun suka-"
"Suka kau?"
"N-Nae..." perlahan sahaja suara Yeji.

Yeonjun senyum sinis.

"Aniyo,"
"Oh... Mungkin Jimin salah cakap. Tak apalah,"

Entah mengapa, Yeji berasa sedih apabila Yeonjun berkata sebegitu.

Yeji bangun, hendak keluar dari kelas tersebut.

Yeonjun terus menarik tangan Yeji, membuatkan Yeji duduk semula.

"Ada aku suruh kau pergi?"
"N-Nope,"
"Kenapa kau tanya pasal tu? Kau suka aku ke?"
"A-Aniyo,"
"Really?"
"Nae,"

Waktu itu juga, Yeonjun terus mendekatkan wajahnya ke wajah Yeji.

Badan Yeji automatik ke belakang, hasil kejutan mendadak Yeonjun. Darah hangat menyerbu pipi Yeji. Hidungnya dan hidung Yeonjun bersentuhan. Nafas Yeonjun dapat didengarinya.

"Betul tak suka aku?"

Baru sahaja Yeji hendak membuka mulut, Yeonjun terus memeluknya. Kaku Yeji dibuatnya. Terkejut dengan kelakuan Yeonjun.

"I... Really like... You,"
"Aigoo Yeonjun-ah," hati Yeji berbisik.

Yeonjun memeluk Yeji dengan erat. Perlahan-lahan air mata jernih menitis. Entah kenapa, hatinya yang panas dicurahi dengan perasaan geram, marah dan dendam terhadap gadis di dalam pelukannya, menjadi sejuk begitu sahaja.

"Actually, I've been liking you ever since the first time I saw you at this school. I've been wanting to hug you, to hold you and to be with you everytime you feel sad, you feel bad and you feel down. But, when I saw you get close with Jimin, I got jealous. Everytime you laugh with him, hug him and walk with him, my heart feel the pain. I can't stand to look at the both of you, having fun together. That's why, all this time, I always disturbed you and Jimin. I'm sorry Yeji. I'm so sorry for hurting you. I'm so sorry for making you cry. I'm really sorry!"

Bersambung

LOVEY DOVEY || CYJ X HYJ [✔]Where stories live. Discover now