1

390 32 0
                                    

Pada suatu pagi yang cerah, Yeji sedang berjalan di satu taman yang amat cantik. Taman itu dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga yang kembang mekar. Satu persatu daripada setiap jenis bunga tersebut dipetik oleh Yeji, untuk dijadikan sejambak bunga.

Sedang asyik Yeji memetik bunga, kedengaran suara kucing mengiau dari arah suatu tempat. Yeji tercari-cari kucing yang mengiau tersebut. Dia mengorak langkah ke arah semak-semak.

Makin lama bunyi ngiauan kucing tersebut makin dekat. Rasa tertanya-tanya Yeji memuncak, memikirkan bagaimana boleh terdapat ngiauan kucing. Dia menyelak dedaun semak itu. Jelas kelihatan seekor anak kucing gebu, mengiau meminta pertolongan sesiapa yang berada di situ.

"OMG! Kitty, are you okay?"

Anak kucing tersebut mengiau, mengiyakan soalan yang diutarakan oleh Yeji sebentar tadi.

Yeji melihat sekeliling. Tiada sesiapa yang berada di taman itu. Kerutan dahi Yeji jelas kelihatan.

Yeji mengangkat anak kucing tersebut. Dia memandang mata anak kucing itu tepat. Timbul rasa kasihan kepada makhluk ciptaan Tuhan itu.

"Siapa buang awak ni? Comotnya dia~" usapan demi usapan diberikan kepada si anak kucing oleh sang Yeji.

Anak kucing itu hanya mengiau.

Tiba-tiba, seseorang menyentuh bahu Yeji.

Baru sahaja Yeji hendak menoleh ke belakang, Yeji terjatuh. Satu suara yang amat dikenalinya, memarahi dirinya.

"Bangun! Macam mana boleh jatuh ni?"
"What...?"

-----

Yeji tersedar daripada mimpinya. Matanya dibuka perlahan-lahan. Kelihatan Seulgi, kakaknya, berdiri di hadapannya.

Yeji melihat keadaan sekeliling. Dia berada di dalam biliknya, bukan di taman. Malahan dia berada di atas lantai, bukan di atas katil. Badannya terasa sakit.

"Unnie?"

Yeji memandang kakaknya, lama.

"Yes, I'm your sister,"
"Ouch!"

Rasa sengal badan mula menyengat Yeji.

"Ni mesti mimpi entah apa, sampai boleh terjatuh katil."
"Ni betul unnie...?"
"Yeji jatuh dari katil kuat sangat ke? Kepala ada terhantuk kat mana-mana?"

Yeji berkerut dahi.

Memang sah dia hanya mimpi tadi. Segalanya tentang taman, bunga, anak kucing dan orang misteri yang menyentuh bahunya, tidak wujud. Semua itu hanya mimpi belaka.

Keluhan kecil dilepaskan.

Yeji bangun, dibantu oleh Seulgi.

"This is why I said, before go to bed, make sure to wash your feet,"
"Mianhae~"
"Go and take a shower. Then, eat your breakfast downstairs. Unnie dah siapkan sarapan tu,"
"Okay~ Gomawo unnie,"

Yeji mencapai tuala dan berus gigi lalu menuju ke bilik air.

Seulgi hanya menggeleng kepala melihat kelakuan adiknya itu.

Dia kemudian turun ke tingkat bawah, bersiap untuk berangkat ke kolej.

Seulgi dan Yeji hanya tinggal berdua. Keluarga mereka sudah lama meninggalkan dunia ini. Untung harta pusaka keluarga mereka ada, boleh menampung kehidupan mereka berdua.

Walaupun begitu, mereka berdua berusaha mencari mata pencarian sendiri, tidak mahu terlalu bergantung dengan harta pusaka itu. Masing-masing bekerja syif pada hujung minggu di Kamong Cafe memandangkan hari minggu mereka sibuk dengan sekolah.

*skips*

Selesai menyarungkan seragam sekolah, Yeji mencapai beg galasnya lalu turun ke tingkat bawah. Sarapan pagi yang biasa, menjadi pengalas perut untuk ke sekolah.

Seulgi sudah terlebih dahulu berangkat ke kolejnya. Begitulah rutin harian dua adik-beradik itu.

Yeji mencapai beberapa keping sandwich, menyimpannya ke dalam bekal. Dia memakai kasut sekolahnya lalu keluar dari rumah.

Kelihatan dari jauh, satu susuk tubuh lelaki yang amat dia kenali, berjalan ke arahnya. Jelas kelihatan senyuman yang terukir di bibir lelaki tersebut.

"Let's go!"
"Nae,"

Jimin merupakan kawan Yeji sejak kecil lagi. Segala suka duka dan rahsia diantara mereka berdua, dikongsi bersama.

Kehidupan Jimin jauh lebih senang berbanding kehidupan Yeji. Segala benda yang Jimin kehendaki, segera dituruti. Maklumlah, Jimin merupakan anak jutawan.

Akan tetapi, perbezaan darjat diantara Jimin dan Yeji, sedikit pun tidak menganggu hubungan persahabatan mereka berdua. Jimin tidak pernah berbangga diri dengan statusnya sebagai anak jutawan.

Sikap sopan dan baik hati Jimin, membuatkan Yeji berasa selesa berkawan dengannya.

Bersambung

LOVEY DOVEY || CYJ X HYJ [✔]Onde histórias criam vida. Descubra agora