12

145 19 1
                                    

Sesungguhnya, lupa nak update, time birthday Yeonjun semalam 😂

To our squishy Yeonjun, happy belated birthday!

Susah betul kalau bias umur sama 🙃

Anyways, enjoy the next chapter~

-----

Yeonjun hanya mengeluh. Tumbukannya tidak singgah ke wajah Jimin memandangkan Yeji menghalangnya.

"Kenapa jumpa dieorang ni?"

Yeji memandang Jimin. Kemudian pandangannya beralih pula kepada Troublemaker.

"Pasal papan hitam tu ke?"

Yeji bertanya lagi.

"A-Actually-" teragak-agak Jimin hendak memulakan bicara.

Yeonjun cepat-cepat mencelah.

"Kau nak tuduh kiteorang lah ni?"
"Kalau ya pun kiteorang, kau nak buat apa?"
"Nak report kat seonsaengnim? I dare you to do it,"

Beomgyu dan Kai menambah minyak kepada api yang panas.

Yeji hanya memandang Jimin. Perasaan tidak sedap hati mula menyelubungi dirinya.

"Apa yang Jimin cuba buat ni?"

Yeji berfikir sendirian.

"Satu benda je aku nak cakap. Dia ni-"

Jimin menunding jari ke arah Yeji sebelum menyambung ayatnya.

"Tak ada apa-apa dengan aku. We're just best friends,"

Setelah dapat menyuarakan apa yang terbuku di hati, Jimin terus menarik Yeji keluar dari kelas B1.

Terkejut Yeji dibuatnya. Nasib dia tidak jatuh apabila Jimin menariknya.

Troublemaker ditinggalkan begitu sahaja.

Yeonjun hanya melihat Jimin dan Yeji yang sudah jauh ke hadapan.

Keluhan kecil dilepaskan oleh Yeonjun.

-----

Jimin membawa Yeji ke bilik P.A System.

Yeji tidak mahu bertanyakan tujuan Jimin kerana dia tahu, Jimin tidak akan menjawab pertanyaannya sekarang. Dia mendiamkan diri.

Pelajar yang bertugas di bilik P.A System itu memandang Jimin dan Yeji, pelik.

"C-Can I make an announcement? Urgent,"

Pelajar itu menggaru kepalanya yang tidak gatal. Ragu-ragu untuk membenarkan Jimin membuat pengumuman. Akan tetapi, pelajar tersebut akhirnya mengangguk, memberi kebenaran kepada Jimin.

Jimin terus mencapai mikrofon yang berada di atas meja berdekatan.

Pelajar itu menekan butang yang menghidupkan pembesar suara Namil High.

Gementar Jimin dibuatnya.

"H-Hello?"

Bergema suara Jimin di setiap sudut bangunan sekolah biasa itu. Semua pelajar yang sedang sibuk menikmati waktu rehat yang tinggal 5 minit lagi, tiba-tiba senyap. Apabila ada sesuatu pengumuman, pelajar-pelajar Namil High memang akan automatik senyap.

LOVEY DOVEY || CYJ X HYJ [✔]Where stories live. Discover now