Part 2- Saka Nafsu Muda-Makcik Leha nenek tiri aku

36.7K 217 17
                                    

Seingat aku, sejak aku dilahirkan, ibubapaku tidak pernah menceritakan pasal perihal nenek dan atukku mahupun juga nenek dan atuk sebelah ibuku juga. Itu tadi aku sedikit teperanjat di beritahu oleh ayahku untuk mengemas pakaianku secara tiba-tiba untuk balik ke kampung. Ibu ada pernah memberitahuku ketika mereka masih muda dulu, mereka telah berkhawin secara senyap-senyap di selatan Thai selepas perhubungan cinta mereka tidak di restui oleh kedua-dua keluarga.

Setelah sah bernikah mereka telah balik kerumah atukku dan kemudian di halau keluar dari rumah di kampung itu dan mereka berhijrah kebandar kuala lumpur sehinggalah sekarang. Ibu juga memberitahu ibubapanya juga telah meninggal dunia semasa membuat haji di Mekah semasa kejadian kren jatuh yang mengorbankan ramai jemaah haji dulu.

Aku masuk kebilikku dan memasukan dua tiga helai bajuku dalam beg dan berberapa peralatan yang lain yang perlu untuk diri aku lalu aku keluar balik dari bilikku menuju ke ruang tamu. Semasa aku menuruni tangga rumahku, aku sempat melihat ibuku sedang bercakap-cakap dengan jiranku Pn Shamsiah di pintu belakang dapur rumahku untuk memberitahunya yang kami akan balik ke kampong sekejap lagi. Aku dengar ibuku ada memesannya supaya dia menengok-nengokan rumah kami sekali semasa ketiadaanya. Aku kemudian berjalan kearah ibuku yang sedang mengunci pintu belakang itu, sempat juga  mataku melilau melihat kelibat ayahku yang belum lagi kelihatan di ruang tamu.

Razali : 'Ibu..betul ke kita nak balik kampong ayah ni?' Tanyaku untuk kepastian.

Ibu:' Iyer...atok kamu tengah sakit tenat sekarang ni, petang tadi kan ayah kamu dapat surat dari adik perempuannya suruh pulang segera. Nasib dekat kampong tu ada orang kampung pernah berjumpa dengan ayah kamu kat ofis dia untuk urusan loan pinjamannya, mujur dia yang bagi alamat kat adik ayah kamu , kalau tak, tak tahulah sebab atuk dan ayah kamu dah lama tak berhubung' . Kata ibuku tiba-tiba terhenti disitu.

Razali : 'Ohh..ayah ada adik perempuan gak ke ibu, zali ingat hanya kita bertiga sahaja keluarga yang zali kenal Ibu'. Aku cuba bertanya dengan lebih lanjut tentang keluarga ayahku.

Ibu:' Yer..dia Mak Usu kamu, nanti kamu sampai sana kamu kenal lah dia, hmm..dahlah Zali, ibu nak pergi bersiap jap, nanti tolong ayah kamu masukkan barang dan beg dalam bonet kereta, kang ayah kamu bising kat ibu kamu lambat lak.Kamu tahu lah ayah kamu tu macam mana bising dia'.

Razali : 'Baiklah Ibu'. Aku kemudian mengangkat beg baju ibubapaku dan memasukan kedalam bonet belakang kereta ayahku seperti yang di suruh.

Selesai semuanya, kami bertiga bertolak dengan menaiki kereta yang di pandu oleh ayahku pukul 11 malam menuju ke rumah atokku di Felda Tenggaroh , Johor yang terletak diantara jalan Mersing  dan Kluang . Itu pun ayah aku yang bagitahu dalam kereta dia nak balik kemana setelah aku tanya tadi, baru sekarang aku tahu yang ayah aku orang Johor sebenarnya. Aku ingat ayah aku orang Datuk Keramat sahaja, sebab kalau masa menyambut raya pun raya kat KL sahaja seumur hidup aku, tak pernah aku jumpa adik beradik, makcik pakcik bagai dari dua belah keluarga aku , kita orang hanya akan beraya dirumah kawan-kawan ayah atau ibu sahaja. Itulah raya buat keluarga aku.

Baru sejam perjalanan selepas bertolak dari rumah aku tadi, perasaan excited nak balik kampung berjumpa atok aku dah ilang, Aku rasa badan aku macam seram sejuk deman tak deman aje panas badan aku. Aku tak bercerita kepada orang tua ku dihadapan di sebabkan ayahku diam dan fokus memandu sepanjang perjalanan itu. Ibuku pula lepas bertolak tadi dia terus tertidur di kerusi tepi pemandu itu. Sampai RNR Air Keroh, ayah aku berhenti sekejap untuk mengisi minyak keretanya, badan aku yang tadi sihat-sihat je, mula menggigil kesejukan tiba-tiba. Aku tak tau kenapa. Aku bagitahu ayahku, aku nak beli panadol sekejap sebab badanku mula terasa panas macam nak deman tiba-tiba. Ayahku hanya diam mengangguk membenarkan sambil tangannya memegang pemegang pengisi minyak melihat meter minyak di hadapannya itu.

Saka Nafsu Muda ( Completed November 2020)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora