Bab 1 : Memori Kembali

252 16 6
                                    

Ali memberhentikan skuternya di hadapan restoran tersebut lalu menaiki anak tangga dengan keadaan tergesa-gesa.

"Ali," laung Bakar dari sebuah meja. Ali yang tergesa-gesa terus memberhentikan langkahnya tatkala dipanggil sedemikian rupa.

Ejen muda itu terus berjalan mendekati meja tersebut lalu duduk menghadap Ejen Bakar. 

"Kenapa ni uncle ? Ada misi ke ? Dan lama saya tak..."

"Shhhhhh...jangan cakap kuat-kuat kat sini.." Balas Ejen Bakar sambil meletakkan hari telunjuknya di bibir sebagai isyarat kepada anak buahnya supaya lebih berhati-hati dalam menuturkan kata-kata ditempat awam memandangkan entiti MATA sebagai sebuah agensi rahsia sudah mula dipersoalkan lalu mendorong MATA untuk menghadkan operasi misi dan ejen-ejen diminta untuk lebih berhati-hati terutamanya mengawal gerak-geri dan tutur kata.

Ali hanya mengangguk faham. 

"Nah."

"Eh. Kotak apa ni uncle ?" Ali menyambut huluran tersebut lalu menilik kotak yang berukir tulisan kaligrafi jawi atau lebih dikenali sebagai kaligrafi khat.

  "عليا ٢٤" 

Kaligrafi khat yang jelas terukir pads kotak tersebut.

"Cantiknya tulisan khat ni uncle. Mama ke yang ukir ni ? "

Ali masih terus menilik kotak berukiran khat itu sambil tertanya-tanya tentang isi didalamnya. Corak-corak geometri organik yang menghiasi dinding kotak dan tulisan kaligrafi Islam itu memberikan gambaran kepada Ali tentang bakat mamanya yang serba boleh dalam pelbagai bidang.

Bakar tersenyum lalu mengimbau kembali kenangan lalu bersama Aliya.

Beberapa yang lalu...

Pusat Penyelidikan MATA

Jam 1403 di M-403

Bakar hanya mampu menahan beratnya kelopak mata. Beberapa kali juga dia terlelap. Ejen Tekno dihadapannya masih fokus menghadap skrin komputer awan sambil menaip sesuatu dengan laju dan lancar. Seketika dia juga menghadap sebuah lagi komputer yang bersebelahan.

" Kak.. lambat lagi ke ? " Bakar sudah tidak dapat bertahan lama. Beberapa kali juga dia menguap dan kepalanya sudah beberapa kali terhantuk ke permukaan meja.

Aliya hanya tersenyum tetapi tidak membalas sebaliknya terus menumpukan sepenuh perhatian kepada tugasannya.

Bakar hanya menunggu dengan penuh kesabaran dan ketabahan.

Jari jemarinya masih ligat menaip tanpa henti. Buku-buku tebal berselerak sekitar tempat kerjanya. Pelbagai jenis alatan elektronik dikumpulkan di atas meja yang sama sementara jarinya masih belum berhenti menari-nari di atas papan kekunci komputer.

Bakar, mahu mengalihkan perhatian kakaknya agar berhenti melakukan kajian secara terperinci

"Kak...laparlah..," keluh Bakar sebagai isyarat kepada Aliya untuk memberhentikan kerjanya.

"Jom la kak.. dah lapar ni "

Perut yang buncit digosok perlahan walhal tidaklah begitu lapar. Sengaja mengajak kakaknya untuk berhenti.

" Bakar pergilah dulu. Akak belum siapkan program ni," balas Aliya lalu memberhentikan gerak-geri jari jemari lalu mencapai beberapa jenis papan elektronik dan sebuah buku tebal.

Bakar tidak berpuas hati. Mengapakah kakaknya masih bersungguh-sungguh untuk menyiapkan kajian peranti komputer itu walaupun hasilnya telah ditolak beberapa kali oleh pihak MATA?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 16, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Padam TerpendamWhere stories live. Discover now