Prolog

202 14 2
                                    

"Ali jangan sedih tau. Ali kan kuat ," perlahan-lahan data Aliya dipadamkan daripada dimensi IRIS dan pergi meninggalkan Ali sendiri.

"Ya Allah " Ali terjaga dari tidurnya.

Nafas Ali turun naik secara mendadak.

Hanya sebuah mimpi yang terhasil daripada memori.

"Mama..," getus hati kecilnya itu tatkala memori menjadi mimpi membuatkan dirinya cuba untuk memujuk hati supaya menerima takdir ini.

Setelah dipisahkan daripada IRIS beberapa bulan yang lalu, Ali merasakan ada sesuatu yang kurang. Manakan tidak. Selama ini selalu bergandingan dengan data Aliya. 

"Sekurang-kurangnya ayah kau ada lagi," lantas memori ini menggamit semula kata-kata Alicia yang membuatkan Ali sedar akan kesilapannya yang terlalu memikirkan sesuatu yang hilang daripada menghargai apa yang ada depan mata.

Tatkala itu, Ali teringatkan ayahnya. Selalunya waktu hujung minggu ayah tetap perlu bekerja untuk menyara mereka sekeluarga.

"Ali ?" panggil Dr.Ghazali dari tingkat atas. Mungkin dia ingatkan Ali masih tidur di dalam biliknya seperti biasa.

Ali segera turun daripada sofa lalu terus menuju ke tangga untuk mendapatkan ayahnya. Kelihatan Dr. Ghazali sedang menuruni tangga tersebut.

"La...kamu kat bawah rupanya. Patutlah tak ada dalam bilik pun," ujar Dr. Ghazali kepada anaknya. Ali macam biasa tersengeh-sengeh tanpa sebarang kata-kata.

"Kenapa ayah panggil Ali ?" soalnya tatkala teringatkan panggilan ayahnya yang tidak bersahut tadi. Doktor itu melihat ke arah jam tangannya. Masih awal untuk ke tempat kerja. "Ayah kena kerja weekend ni. Macam biasa Ali. Sejak Dato' Othman terpaksa berehat , makin banyak kerja ayah kat pejabat tu," ujar ayahnya. Ali mengangguk tanda setuju. Peristiwa serangan keatas Cyber Perdana cukup memberikan impak yang besar kepada masalah kemelesetan bandar ini membuatkan Ali mengerti bahawa ayahnya cuba untuk memulihkan keadaan semasa.

"Ayah pergi dulu. Nanti lambat pula," ujar Dr. Ghazali sambil bergegas keluar.

"Ayah," panggil Ali.

Dr.Ghazali berpaling ke arah anaknya. 

"Nak salam," ujar Ali sambil menghulurkan kedua-dua belah tangannya kepada ayah. Dr. Ghazali menyambut huluran itu lantas Ali mengucup tangan ayahnya.

"Ayah pergi dulu. Assalamualaikum ,"

"Waalaikumusslam. Bye ," jawab Ali lalu melambai-lambai tangannya.

Tatkala kereta Dr.Ghazali telah hilang daripada pandangan, Ali masuk ke dalam rumah dan mengemaskan apa yang patut bimbang jikalau ayahnya pulang waktu malam melihat keadaan rumah yang bersepah, bersedialah untuk mendengar bebelan ayah (ingat balik Musim 2 Misi : Susu)

"Meowwww"

"Eh Comot. Apa kau buat atas meja ni ehhhh ?" 

"Kenapa kau duduk atas kerja sekolah aku ha?" 

Sabar Ali. Author pun pernah kena :-\ 

Tiba-tiba telefon pintar Ali berdering menandakan panggilan daripada Uncle Bakar. Ya, ringtone untuk Ejen Bakar telah disetkan berbeza daripada kenalan yang lain.

Panggilan dimulakan.

Bakar : Assalamualaikum Ali. Kau kat mana tu?" 

Ali: Waalaikumusslam uncle. Saya kat rumah ni. Kenapa uncle?

Bakar: Datang HQ cepat . Lepas tu jumpa di Briefing Room. 

Ali: Baik. Arahan diterima.

Panggilan ditamatkan.

"Ada misi ke?" getus hati kecilnya.

Sejak peristiwa serangan keatas Cyber Perdana, kewujudan MATA sebagai entiti rahsia sudah mula dipersoalkan dan yang paling membingungkan Ali yang MATA masih belum berjaya mencari Ejen yang lebih sesuai untuk menjadi pemakai IRIS yang asal walaupun telah beberapa bulan berlalu. Sejak daripada itu, MATA membuat keputusan untuk menghadkan pergerakan kesemua Ejen dan mengurangkan jumlah misi, atas permintaan Dato' Othman sendiri.

"Jom Comot," Ali mencapai skuternya lalu meluncur laju menuju ke Mamak Maju.




Padam TerpendamWhere stories live. Discover now