"tulah Ummi, bukannya ikut baran dia jer"sambung Tengku Iqqram Arfaiz.

"Yerlah yerlah orang tahu.... "

Telefon Heidi berbunyi.

"Heidi angkat call dulu ya"minta Heidi pada semua orang. Dia mahu memberi Izzat pada Aini Zulaikha tetapi suaminya yang ambil kerana kesian pada sahabatnya yang tengah sarat mengandung itu.Tunggu bulan saja untuk bersalin.

Heidi mengangkat panggilan tersebut.

"Assalamualaikum Heidi "sapa suara lelaki.

"Waalaikumsalam abang Haziq"jawab Heidi.

"Tahniah Heidi. Abang doakan perkahwinan Heidi kekal hingga akhir hayat"kata Haziq.

"Terima kasih abang. Abang jangan lupa datang resepsi Heidi dengan suami ya. Izzat dah lama tak jumpa pakcik kesayangan dia"kata Heidi. Nasib hubungannya dengan Haziq tetap baik walaupun Heidi menolak cinta Haziq.

"In Shaa Allah Abang datang,Heidi doakanlah Abang cepat cepat jumpa jodoh "kata Haziq.

"In Shaa Allah Abang. Semoga abang cepat cepat jumpa jodoh yang baik dan beriman"kata Heidi.

"okaylah Heidi, Abang letak dulu. Assalamualaikum "Kata Haziq.

"Waalaikumsalam "jawab Heidi.

"angah"panggil Heidi Narisa.

"along"

"Jom, kita nak balik dah"kata Heidi Narisa.

-----------------
9 bulan kemudian.

"abang!!!!! "Heidi memanggil Tengku Izzham yang sedang memasak di dapur.

"ya sayang ya"Tengku Izzham keluar dari dapur dengan tidak memakai baju tetapi memakai apron.

"Cepatlah sikit abang.....baby dah lapar"kata Heidi sambil menggosok perutnya yang memboyot itu.

"sekejap sayang.... Abang tengah masak sandwich favorite sayanglah ni"

"yerlah"

Alhamdullilah kini Heidi sedang mengandungkan anaknya dengan Tengku Izzham. Sepanjang perkahwinan mereka selama 10 bulan ini Tengku Izzham tidak jemu melayan perangainya dari sebelum mengandung sehinggalah sambilan bulan ni.

"tadaaaaa dah siap sandwich favorite sayang!!!! croque monsieur"

"wahhhhh sedap sedap"Heidi sudah bangun terlompat seperti kanak kanak .

"sayang, jangan lompat lompat! Kesian baby dalam perut tu! Ke atas ke bawah nanti dia"kata Tengku Izzham

Heidi senyum malu. Erkk kena tegur

Heidi menikmati sandwich itu. Baiknya suaminya ini, sanggup bangun pukul 3 pagi semata mata nak masakkan isterinya yang kelaparan ni.

"abang thank you masakkan Naura sandwich ni.Teringat dekat arwah ayah "

Tengku Izzham menggosok peha isterinya. Senyum dihadiahkan buat isteri tercinta.

"Naura sayang abang sangat sangat tau! "Kata Heidi.

"Abang tahu sebab Abang pun rasa benda yang sama Naura rasa, sayang. I love you infinity "Kata Tengku Izzham.

"Kalau macam tu, Naura nak naik kapal terbang and makan croque monsieur fresh Dari France sebelum bersalin boleh? "kata Heidi.

Tengku Izzham sudah kehairanan.

"sayang, awak tu dah sarat.... Buatnya terberanak dekat dalam flight macam mana? "

"Alaaaaa,bukan Naura yang nak! Anak abang dalam perut ni ha yang nak"Kata Heidi. Perutnya dipandang.

Tengku Izzham memandang perut Heidi. Alhamdullilah mereka sangat bahagia dengan apa yang telah mereka kecapi kini. Lebih lebih lagi sejak Heidi disahkan mengandung anak keduanya mereka.

"Sayang.... Abang bukan apa, tak elok sangatlah kalau naik flight sekarang ni. Sekarang musim hujan, cuaca tak elok lagi lagi sayang pregnant cukup bulan pulak tu"kata Tengku Izzham.

"Abang ni.... Sayang ni mengidam nak naik flight tau! Due date lagi dua minggulah abang....kalau Abang tempah esok, lusa boleh pergi. Tak pergi lama pun takpe, 4 hari pun jadi asalkan dapat makan sandwich croque monsieur dari France and naik kapal terbang! "kata Heidi lagi.

"sayang.... Abang ni bukan apa, Abang takutlah "

Heidi sudah memuncungkan bibirnya.

"tak sayang Naura dengan babylah tu! "Heidi sudah bangun untuk masuk ke bilik.

"sayang... "Tengku Izzham sempat menangkap pergelangan tangan Heidi.

"duduk"arah Tengku Izzham.

Heidi duduk.

"Kita pergi lepas Naura bersalin ya? Abang janji lepas jer sayang habis pantang kita pergi okay? Sayang cakap jer nak pergi mana abang on jer. Sebut jer Japan, South Korea, USA, Dubai, Indonesia mana mana pun abang sanggup bawak sayang tapi lepas bersalinlah sayang. "

"tak nak"Heidi berdegil tetap dengan rajuknya. Dengan pantas Heidi masuk ke bilik dan mengunci pintu. Dia mahu tidur bersama Izzat saja biar Tengku Izzham tidur di bilik lain.

Tengku Izzham menarik nafas. Dia kena bersabar.Mungkin emosi Heidi tidak stabil.Yerlah bawa baby kan.Anak dirinya pula itu. Tengku Izzham ambil keputusan untuk solat tahajud dan mohon pertolongan yang Maha Esa.

Bersambung...

Pssssst geng!Dah ada bau bau nak tamat ker kisah second chance, mon amour ni? 🤗hehehehehe like always jangan lupa vote, follow me and share this story💓😍
Gamsahamnida

Second Chance,Mon Amour? [Completed]Where stories live. Discover now