9

1.9K 79 4
                                    

Zain yang baru tiba di depan rumah Azman terus berlari masuk ke dalam rumah selepas nampak kereta Arraz sahaja yang berada di depan rumah, Zain mempercepatkan lagi langkahnya apabila nampak satu susuk badan sudah terbaring di luar rumah
"Azman!" Terkejut Zain

Lagi membuatkan Zain terkejut Arraz terbaring lemah di ruang tamu,
"Arraz!!!" Zain berlari mendapatkan Arraz
"Ez..ryn bi..lik" kata Arraz lemah sambil memegang perutnya, Zain bangun dan terus masuk ke dalam bilik. Ezryn yang sedang memeluk tubuh di bucu bilik sambil menangis hanya memandang Zain
"Ryn..jom" ajak Zain, Ezryn tiba tiba menjerit apabila Zain mendekatinya
"Abang janji abang tak buat apa apa, jom kita pergi hospital" kata Zain lembut memujuk, Ezryn geleng

"Ezryn percayakan abang, sumpah abang bawa Ezryn pergi hospital je, jom" pujuk Zain lagi, tiba tiba satu tangan memegang bahu Zain
"Raz!" Terkejut Zain apabila Arraz berdiri disebelahnya dan terus melutut di depan Ezryn
"Jom Ryn, awak sakit tu" pujuk Arraz, Ezryn terus memeluk Arraz
"Arh!" Erang Arraz
"Jom" ajak Arraz sambil menahan sakit, Ezryn angguk

"Zain tolong dia, kaki dia sakit" arah Arraz, Zain mendekati Ezryn, Ezryn menjauhkan diri
"Ryn, tak apa saya ada" kata Arraz, Zain memegang tangan Ezryn perlahan dan terus memapahnya keluar, Arraz hanya mengikut perlahan dari belakang

Selepas selesai membuat report polis dan ke hospital, Zain terus memandu ke banglo milik Arraz
"Awak duduk sini" kata Arraz sambil menyerahkan kunci pada Ezryn
"Rumah siapa ni??" Soal Ezryn
"Rumah saya, awak duduk sini nanti sekolah awak saya uruskan" kata Arraz
"Eh Rie bila balik?? Tak bagitahu pun" tegur seorang perempuan dalam lingkungan umur akhir 50 an
"Kenalkan ni Mak Kiah dia yang jaga rumah ni" kata Arraz

"Ya Allah Rie!! Kenapa ni?!! Gaduh dengan siapa?!" Soal Mak Kiah
"Sikit je Mak, dah pergi hospital dah, ni lah Ryn yang Rie cerita tu, dia teman Mak dekat sini" kata Arraz, Ezryn terus bangun dan menyalam Mak Kiah
"Jom Mak hantar masuk bilik" ajak Mak Kiah, Ezryn memandang Arraz, Arraz angguk
"Raz ni jangan lupa kau tak halal dengan dia tau" kata Zain

"Ye aku tahu, ni kau dah tak payah lah jadi spy terjun, masuk office aku mc 2 hari" kata Arraz
"Alhamdulillah!!" Sorak Zain, Arraz hanya senyum melihat sahabatnya
"Last, tolong ambik Girl dengan Boy" pinta Arraz
"Dekat??" Soal Zain
"Sekolah dia orang lah, cakap aku suruh, nanti aku call cikgu dia" kata Arraz, Zain hanya menunjukkan thumb up

•••••

Seminggu Ezryn berada di rumah Arraz, tiba tiba dia teringat ayat yang keluar dari mulut Arraz beberapa bulan lepas
"Saya tengok anak anak saya suka dengan awak selesa dengan awak, kalau awak sudi jadi mak tiri dia orang"
"Kalau aku terima dia, adakah aku terima ikhlas atau aku kesian dekat anak dia je??" Soal Ezryn sendiri
"Ryn!" Tiba tiba suara Mak Kiah kedengaran di luar bilik
"Ye mak Kiah, kejap!" Nyahut Ezryn dan bangun untuk membuka pintu
"Sorry ganggu Ryn, mak nak hantar baju Ryn ni" kata Mak Kiah selepas dibenarkan masuk

"Mak Kiah ni, bila mak ambil baju Ryn, kan Ryn cakap Ryn boleh basuh sendiri baju Ryn" kata Ezryn dengan muka merah padam, malu
"Nanti Rie tahu habis Mak kena marah" kata Mak Kiah
"Cikgu Arraz pun garang dengan mak Kiah ke??" Soal Ezryn
"Tak lah, Rie dia mana ada garang, Rie ni tegas tapi suka menyakat" kata Mak Kiah
"Dah seminggu Ryn duduk sini tapi Ryn tak pernah nak cuba kenal dengan Mak Kiah" kata Ezryn
"Tak apa, mak tak kesah pun, Rie dah cerita serba sedikit pasal Ryn" kata Mak Kiah

"Boleh tak Ryn nak tanya sikit??" Soal Ezryn, Mak Kiah hanya angguk sambil tersenyum
"Cikgu Arraz anak yatim piatu ke??" Soal Ezryn
"Rie ada mama, Datin Fazira tapi Rie dengan mama dia selalu sangat berbeza pendapat, Datin suka kongkong Rie, sebenarnya Rie jadi cikgu pun Datin tak suka" kata Mak Kiah
"Tak nampak pun Datin" kata Ezryn

"Datin duduk rumah dia lah, rumah ni rumah Rie sendiri, lepas isteri Rie tinggalkan dia Rie pindah duduk rumah Datin, Mak lah yang jaga rumah ni" kata Mak Kiah
"Ni Mak nak mintak sesuatu dari Ryn" kata Mak Kiah
"Apa dia Mak Kiah??" Soal Ezryn
"Panggil mak je, Rie pun panggil Mak je" kata Mak Kiah, Ezryn tersenyum

•••••

Lewat malam Ezryn yang kehausan turun ke dapur untuk mengambil air terdengar bunyi sesuatu dari pintu rumah. Mata Ezryn tertumpu pada senduk yang tergantung dan terus mencapainya, Ezryn mula melangkah perlahan dan berhenti di depan pintu menantikan pintu terbuka sendiri. Pintu terbuka Ezryn terus menghayun senduk untuk memukul
"Ryn!!" Jerit Arraz dan menahan tangan Ezryn dari terus memukul
"Rie!! Kenapa ni?!!" Soal Mak Kiah yang berlari dari biliknya selepas terdengar jeritan Arraz

"Sorry Mak, tak ada apa apa" kata Arraz
"Mak lupa nak bagitahu Ryn, Rie balik sini malam ni. Rie nak makan?? Mak panaskan" kata Mak Kiah
"Tak apa mak, mak tidurlah nanti Ryn buat" kata Ezryn
"Ye lah" kata Mak Kiah dan terus melangkah balik ke biliknya
"Cikgu! Sorry!" Kata Ezryn sambil tunduk
"Dah lah, duduk dulu saya nak sembang dengan awak" kata Arraz sambil melangkah ke sofa
"Saya pun nak cakap something dengan cikgu" kata Ezryn sambil mengambil tempat di depan Arraz

"Awak nak cakap apa??" Soal Arraz
"Bila saya boleh sekolah??" Soal Ezryn
"Esok" kata Arraz, Ezryn tersenyum gembira
"Cikgu nak cakap apa dengan saya??" Soal Ezryn
"2 Minggu lagi Mak Kiah balik kampung, jadi awak akan tinggal sorang sorang dekat sini boleh??" Soal Arraz, wajah Ezryn berubah ketakutan
"Saya tinggal sorang sorang dekat rumah besar macam ni?!!" Soal Ezryn, Arraz angguk
"Tak kan awak nak duduk berduaan dengan saya??" Soal Arraz

"Arriz dengan Armel??" Soal Ezryn
"Dia orang tak tahu awak duduk sini dan saya tak pernah bawak dia orang balik sini selepas mama dia orang tinggalkan kami" kata Arraz
"Melainkan" kata Arraz terhenti
"Melainkan??" Soal Ezryn
"Awak jadi mak tiri dia orang" kata Arraz
"Cikgu nak makan?? Saya panaskan" Ezryn mengubah topik, Arraz hanya diam dan memandang tajam Ezryn
"Saya tak rasa tu penyelesaian terbaik. Macam ni lah cikgu, apa kata cikgu hantar saya pergi rumah anak yatim ke senang" kata Ezryn, Arraz bangun dan mendekati Ezryn

"Cikgu nak buat apa ni?!" Soal Ezryn
"Kau ingat aku nak lepaskan kau macam tu je ke??" Soal Arraz, Ezryn menjauhkan diri dan air matanya mula mengalir





Apa yg Arraz nak buat?? 😥😥
Stay tune for next part 😘

Sorry lambat update, lama betul blank untuk SCH ni..😭😭
Jangan lupa like, share and comment tau 😉

Suamiku Cikgu Hantu ✔️✔️Where stories live. Discover now