Epilog

586 18 0
                                    

Sebulan kemudian...

Tengku Aiman Qalish menyiapkan kerjanya dipejabatnya. Dia meregangkan badannya sedikit kerana seharian dia menyiapkan kerjanya. Lalu dia memandang sekilas ke arah jam Rolex yang melilit tangannya itu.
"Ya Allah,dah pukul 10 malam. Kenapa aku tak perasan langsung ni. Aduhh confirm bini aku mengamuk habis ni" desis hati Tengku Aiman Qalish dalam hati lalu dia mengemas mejanya yang berselerak dengan kertas2 kerjanya. Kemudian dia berjalan keluar dari bilik pejabatnya lalu memandu keretanya pulang ke rumah dengan segera.

  Ainur Qalisha berjalan mundar-mandir di ruang tamu menunggu kepulangan suaminya.
"Hm kenapa dia lewat balik kerja je sejak akhir2 ni. Dia ada scandel ke kat pejabat tu. Takpe tunggulah dia balik nanti" monolog hatinya dengan sedikit tidak puas hati. Kedengaran bunyi orang memberi salam di depan mengejutkan Ainur Qalisha yang sedang mengelamun itu. Lalu dia segera membuka pintu. Kelihatan suaminya sedang berdiri dihadapan pintu sambil menayangkan riak wajah serba salah.
"Lambat abang balik hari ni,banyak sangat ke kerja kat pejabat tu sampai tak reti nak balik awal. Abang ada scandel dengan perempuan lain ke" ujar Ainur Qalisha dengan sedikit kasar. Dia memandang tepat ke arah suaminya.
"Ya Allah..sayang,kenapa tuduh abang macam tu. sumpah abang takde scandel dengan mana2 perempuan pun" ujar Tengku Aiman Qalish dengan wajah letih sebab banyak kerja.
"kalau abang ada perempuan lain bagitahu je. Tak payah nak tipu" balas Ainur Qalisha dengan suara yang ditinggikan. Entahlah sejak kebelakangan ini emosinya tidak stabil. Tengku Aiman Qalish terkejut dengan ucapan isterinya lalu dia menampar wajah isterinya tanpa sengaja.
"Sejak bila sayang pandai melawan cakap abang ni. Abang dah jujur dengan sayang yang abang tak buat semua tu,abang dapat projek sebab tu selalu sibuk kadang2 lupa nak tengok jam. Itupun sayang nak tuduh2 abang je macam tu" Tengku Aiman Qalish menayangkan riak wajah yang marah. Dahlah penat kerja,balik je rumah dah kena tuduh curang dengan bini sendiri. Lalu dia berjalan menuju ke tangga namun belum sempat Tengku Aiman Qalish berjalan,kelihatan Ainur Qalisha sudah rebah.
"Sayang" Tengku Aiman Qalish berlari mendapatkan isterinya lalu dia mencempung tubuh isterinya menuju ke arah keretanya. Kereta dipandu menuju ke hospital.

"Ya Allah..apa aku dah buat ni.kejamnya aku sebab dah buat isteri aku macam tu sampai masuk hospital. Ain,maafkan abang,abang tak sengaja tampar Ain" ujar Tengku Aiman Qalish dengan perlahan. Tidak lama kemudian,ibu bapanya berjalan menuju ke arahnya.
"Aiman,macam mana dengan Ain?" Tanya Puan Suraya kepada anaknya. Jelas terpapar riak risau di wajah ibunya itu.
"Doktor belum keluar lagi dari bilik pemeriksaan" balas Tengku Aiman Qalish kepada ibunya. Tidak lama kemudian,seorang doktor wanita keluar dari bilik pemeriksa itu lalu menuju ke arah mereka sambil tersenyum.
"Macam mana dengan isteri saya doktor?"tanya Tengku Aiman Qalish apabila melihat doktor itu menuju ke arah mereka.
"Alhamdulillah..tahniah sebab tak lama lagi awak akan jadi seorang ayah" ujar doktor tersebut sambil tersenyum.
"Alhamdulillah..terima kasih doktor" ucap Tengku Aiman Qalish sambil menekup mukanya dengan kedua tapak tangannya. Di rasa sangat gembira saat itu.
"Alhamdulillah..terima kasih doktor" ujar Puan Suraya lalu memeluk tubuh anaknya.
"Sama2,kalau macam tu saya pergi dulu. Pergilah masuk tapi jangan buat bising sebab pesakit perlukan rehat yang secukupnya"balas doktor tersebut lalu berjalan meninggalkan mereka bertiga.
Tengku Aiman Qalish dan ibubapanya masuk ke dalam bilik yang menempatkan isterinya.
Kelihatan isterinya sedang baring sambil tersenyum memandang ke arah mereka.
"Macam mana Ain? Ok tak? Ada sakit kat mana2?" tanya Puan Suraya lalu dahi menantunya dicium. Ainur Qalisha menyalami tangan ibu dan ayah mertuanya.
"Alhamdulillah,Ain Ok je mummy" balas Ainur Qalisha sambil memegang tangan ibu mertuanya.
"Baguslah kalau macam tu,kalau Ain mengidam nak makan apa2 bagitahu kat Aiman je" ujar Puan Suraya.
"Baiklah mummy" balas Aimur Qalisha.
"Mummy dengan daddy baliklah rehat,biar Aiman jaga Ain kat sini" ujar Tengku Aiman Qalish kepada ibubapanya.
"Iyalah kalau macam tu,jaga diri. Mummy dengan daddy nak balik dulu. Assalamualaikum" ucap Puan Suraya lalu mencium dahi menantunya. Ainur Qalisha menyalami tangan ibubapa mertuanya sambil tersenyum.
"Waalaikumsalam.."balas Ainur Qalisha dengan Tengku Aiman Qalish dengan serentak. Lalu mereka berjalan keluar meninggalkan anak dan menantunya.
Tengku Aiman Qalish memandang isterinya lalu mencium dahi isterinya itu dengan penuh kasih sayang.
"Sayang,abang minta maaf sebab tampar sayang tadi.abang betul2 tak sengaja. Lepasni abang janji abang akan balik awal dan abang akan selalu luangkan masa dengan sayang" ucap Tengku Aiman Qalish sambil memegang tangan isterinya.
"Takpe abang,sayang pun nak minta maaf sebab dah tuduh abang macam2" balas Ainur Qalisha lalu mencium tangan suaminya.
"Abang dah maafkan dah pun,takpelah sayang tidurlah rehat.kesian baby kita nanti" balas Tengku Aiman Qalish sambil mengusap perut Ainur Qalisha yang masih kempis itu.
"Abang pun tidurlah sekali,mesti abang penat kerja tadi. Meh sini baring kat sebelah sayang. Nak peluk" ujar Ainur Qalisha sambil mendepakan tangannya ke arah Tengku Aiman Qalish.
"Amboi manjanya dia..kang ada yang kena terkam kat sini baru tahu" balas Tengku Aiman Qalish sambil membaringkan tubuhnya di sebelah isterinya.
"Eii gatal..dah ada anak pun nak menggatal lagi" Ainur Qalisha mencubit lengan suaminya sambil tertawa kecil.
"Gatal dengan sayang je..dahlah tidurlah,goodnight..loveyou sweetie" Tengku Aiman Qalish mencium dahi isterinya yang sedang memeluknya itu.
"Yelah abang..goodnight loveyou too my love" balas Ainur Qalisha lalu mengeratkan pelukannya.

I Love You Gadis Kampungحيث تعيش القصص. اكتشف الآن