Bab 2

623 28 0
                                    

  "Assalamualaikum mak..Ain" seorang jejaka sedang memberi salam di hadapan rumah Nek Su.
Lelaki tersebut memakai baju lengkap seorang pilot.
"Waalaikumsalam..ya Allah Irfan,bila sampai" Nek Su menjawap salam anak bongsunya itu lalu meluru ke arah Irfan dan dipeluk erat tubuh satu-satunya anaknya itu. Anak pertamanya bernama Wildan merupakan ayah kepada Ainur Qalisha manakala anak keduanya bernama Rafail. Mereka berdua meninggal dunia akibat kemalangan.
"Irfan baru je sampai mak,Ain mana? Tak nampak pun dari tadi. Dia dah kahwinkan" balas  Irfan sambil menyalami tangan Nek Su.
"Ain ada kat belakang tengah buat kuih" balas Nek Su sambil berjalan beriringan dengan Irfan duduk di sofa ruang tamu. Lalu tidak sampai beberapa minit Ainur Qalisha datang ke ruang tamu sambil membawa dulang berisi air panas dan kuih.
"Eh Pak Su,bila sampai" ujar Ainur Qalisha sambil menyalami tangan Pak Su yang sudah sebulan tidak dijumpainya. Nek Su sudahpun pergi ke dapur untuk menyiapkan kerjanya yang tergendala tadi.
"Baru je sampai Ain..Pak Su dengar Ain dah kahwin kan. Selamat pengantin baru semoga kekal hingga anak cucu" ujar Irfan lalu kepala Ainur Qalisha diusap perlahan-lahan. Sayangnya terhadap satu-satunya anak buahnya itu. Dia sanggup tidak berkahwin demi menjaga Ainur Qalisha sejak kecil lagi. Namun selepas mendengar anak buahnya itu sudah berkahwin hatinya sedikit lega. Mungkin selepas ini dia akan memikirkan masa depannya.
Tengku Aiman Qalish keluar dari bilik tidur setelah dia terjaga apabila mendengar suara orang sedang bercakap.
"Ehemm" Tengku Aiman Qalish berdehem sedikit apabila melihat lelaki yang dia tidak kenal itu sedang mengusap kepala isterinya.
"Er awak,kenalkan ni satu-satunya pak Su saya namanya Irfan. Masa majlis kahwin kita haritu dia tak dapat datang sebab dia bertugas kat luar negara"ujar Ainur Qalisha apabila melihat kelibat suaminya yang sedang berdiri di tepi bilik.
Lalu Irfan dan Tengku Aiman Qalish bersalaman tangan.
"Owh ini la suami kamu Ain,handsome kalah Pak Su" ujar Irfan bergurau dengan Anak buahnya itu. Ainur Qalisha hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum malu.
"Apa khabar Pak Su?" Tanya Tengku Aiman Qalish. Walaupun dia tidak suka dikahwinkan dengan perempuan itu namun dia perlu menghormati keluarga itu.
"Alhamdulillah..Pak Su sihat je" balas Irfan sambil tersenyum.
"Aiman,duduklah sekali kita minum petang" ujar Nek Su setelah habis menyiapkan kerjanya di dapur. Dia duduk di sebelah anaknya Irfan.
"Baiklah Nek Su" Tengku Aiman Qalish duduk bersebelahan dengan isterinya.
"Assalamualaikum"
Tidak lama selepas itu,ibubapa Tengku Aiman Qalish sampai sambil membawa sedikit barang. Dari tengah hari sampai ke petang ibubapanya itu bersiar-siar di bandar.
"Waalaikumsalam..Amir,Suraya duduklah sekali,kita minum petang" ujar Nek Su menjemput ibubapa mertua cucunya. Lalu mereka berdua duduk bersama-sama yang lain. Banyak cerita yang dikongsikan bersama.
Tengku Aiman Qalish dan Ainur Qalisha hanya mendengar sahaja perbualan mereka.
________________________________

  "Makcik kami minta diri dulu ye,terima kasih sebab dah bagi kami tumpang kat rumah Makcik" ujar Tengku Amir.
"Sama2..lain kali datanglah lagi" balas Nek Su sambil tersenyum.
"Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam" jawap Nek Su dan Irfan Serentak.
Lalu mereka bersalam-salaman. Selepas itu mereka masuk ke dalam kereta.
"Nek Su,Pak Su kami balik dulu ye" ujar Tengku Aiman Qalish lalu menyalami tangan Pakcik dan nenek Ainur Qalisha.
"Yelah hati2 bawa kereta tu,jagakan cucu kesayangan Nek Su ni" ujar Nek Su kepada cucu menantunya itu.
"Baiklah Nek Su,insya Allah" balas Tengku Aiman Qalish.
Dia memasukkan bagasi ke dalam bonet kereta.
"Ainur jalan dulu ye Nek Su,jaga kesihatan bila Ainur takde kat sini. Halalkan makan minum Ainur selama jadi cucu Nek Su.
Pak Su,tolong jaga Nek Su ya. Jaga diri insya Allah nanti kalau panjang umur kita jumpa lagi"
Ucap Ainur Qalisha lalu menyalami tangan Pak Su dan Nek Su lalu dipeluk tubuh neneknya dengan erat.
"Yelah hati2 kat sana nanti..dengar cakap suami tu jangan bantah. Nanti ada masa Ainur baliklah jenguk Nek Su dan Pak Su kat sini" ujar Nek Su sambil mengusap perlahan belakang Ainur Qalisha.
"Ya Ain pun hati2 kat sana,nanti kalau ada apa2 call Pak Su tau" ujar Irfan lalu mengusap kepala Ainur Qalisha.
"Baiklah Nek Su,Pak Su. Kami gerak dulu ya..assalamualaikum" ujar Ainur Qalisha sambil melambaikan tangannya. Sedih untuk meninggalkan kedua orang yang disayanginya itu namun dia terpaksa pergi mengikuti suaminya.
"Waalaikumsalam" ujar Nek Su dan Pak Su dengan Serentak lalu melambaikan tangan.
Tengku Aiman Qalish membunyikan hon keretanya lalu kereta mereka bergerak keluar dari halaman rumah Nek Su.
_______________________________

  Kereta yang dipandu oleh suaminya memasuki perkarangan sebuah rumah banglo mewah. Persis istana sahaja dipandangnya saat ini. Lalu mereka keluar dari kereta dan mengorak langkah menuju ke dalam rumah itu.
"Jemputlah masuk Ainur,buat macam rumah sendiri" ucap Tengku Amir sambil tersenyum memandang menantunya itu.
"Baiklah daddy,terima kasih"
Balas Ainur Qalisha sambil membalas senyuman ayah mertuanya. Ibubapa mertuanya hanya mengangguk sambil tersenyum.
"Aiman,bawalah isteri kamu ni ke bilik tidur kamu" ujar Puan Suraya kepada anaknya. Tanpa banyak bicara Tengku Aiman Qalish hanya mengangguk lalu berjalan menaiki tangga menuju ke bilik tidur mereka.

"Aku nak kau tidur kat sofa. Jangan pandai2 nak tidur kat katil aku dan aku tak suka barang aku kat bilik ni kau sentuh walau sedikit pun. Faham!" Ujar Tengku Aiman Qalish dengan wajah dinginnya.
Dengan keadaan takut2 Ainur Qalisha hanya menganggukkan kepala. Dia takut untuk memandang wajah suaminya yang seperti harimau jadian itu.
Setelah melihat Ainur Qalisha menganggukkan kepala,Tengku Aiman Qalish menuju ke ampaian baju lalu diambilnya tuala lalu dia masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan badannya.
"Fuhh nasib baik dia dah masuk bilik air,kalau tak lagi lama la aku kena tengok muka dia yang macam harimau jadian tu. Garang semacam je dengan muka dinginnya tu" desis hati Ainur Qalisha sambil mengurut dadanya.
Dah macam lepas kena jawap soalan exam pulak. Gelabah semacam!.
Lalu dia berjalan ke rak baju lalu bajunya di masukkan ke dalam.

  Semasa mereka makan malam,Tengku Aiman Qalish bersuara. Dia memandang ke arah ayahnya.
"Daddy,Aiman ingat Aiman nak pindah ke rumah Aiman esok dengan isteri Aiman,setuju ataupun tak,Aiman tetap akan pindah" ujar Tengku Aiman Qalish dengan wajah bersahaja.
"Kenapa pula nak pindah,rumah ni tak cukup besar ke?" Balas Tengku Amir sambil memandang tajam ke arah anaknya itu.
"Takpe la abang,biarlah Aiman berdikari. Dia dah ada isterinya dah pun,pandailah dia nak uruskan sendiri" sampuk Puan Suraya apabila melihat suaminya hampir mengamuk. Lalu Tengku Amir hanya mengangguk mengiyakan kata-kata isterinya sebentar tadi.

"Kemaslah baju kau,esok kita pindah. Senang sikit aku nak balas dendam kat kau" ujar Tengku Aiman Qalish menayangkan riak wajah yang menakutkan.
Tanpa banyak kata Ainur Qalisha hanya mengikut ucapan Tengku Aiman Qalish. Jantungnya berdebar sedikit pada tika itu.
Tengku Aiman Qalish sedikit pelik apabila melihat gelagat isterinya itu. Dah macam pak turut je semua dia cakap perempuan tu hanya ikut je tanpa membantah.
Lalu dia membaringkan tubuhnya di katil yang bersaiz king itu. Terasa penat badannya apabila seharian memandu kereta.
Usai mengemas pakaian,Ainur Qalisha membaringkan tubuhnya di sofa yang terletak di hujung bilik itu lalu perlahan-lahan matanya tertutup rapat lalu tertidur.

***

Ok done,👏tunggu next chapter lagi ok. Nanti Author sambung lagi. Jgn lupa vote and komen
Loveyou alls😘😘♥️🎉

I Love You Gadis KampungWhere stories live. Discover now