Bab 11

592 25 0
                                    

  Tengku Aiman Qalish duduk diruang tamu sambil menonton TV namun langsung tiada siaran yang menarik disiarkan. Dia menekan butang off di alat kawalan jauh itu lalu berjalan menuju ke bilik isterinya. Kelihatan Ainur Qalisha yang hanya memakai baju T-Shirt dan tuala dililit di pinggang keluar dari bilik air,dia baru sahaja selesai membersihkan diri. Daun pintu ditutup rapat lalu dikunci. Dia mengorak langkah menuju ke katil lalu melabuhkan punggung di birai katil sambil memerhatikan isterinya sedang ke hulu ke hilir mencari sesuatu.
"Sayang cari apa tu?" Tanya Tengku Aiman Qalish. Semenjak dia berada di rumah Nek Su,dia berusaha sebaik mungkin untuk memikat hati isterinya.
"Takde apa la" ujar Ainur Qalisha mendatar. Lalu dia keluar dari bilik untuk mencari Nek Su.
Tengku Aiman Qalish mengekori langkah isterinya itu.

  Nek Su yang sedang menyiram pokok bunga itu memandang ke arah cucunya yang sedang memanggilnya itu. Dia memberhentikan kerjanya sebentar.
"Hah kenapa Ainur?" Tanya Nek Su kepada cucunya.
"Er Nek Su,mana Pad yang Ainur pesan tadi masa Nek Su pergi bandar?" Tanya Ainur Qalisha sedikit tergagap-gagap,dia malu apabila melihat suaminya yang sedang berdiri di tepi pintu itu memandangnya.
"Ya Allah,Nek Su terlupa nak beli. Dah tua kan memang cepat lupa" balas Nek Su sambil menepuk dahinya.
"Erm takpe la Nek Su" ujar Ainur Qalisha lalu masuk ke dalam bilik semula.
"Aduhh macam mana ni?" Desis Ainur Qalisha dalam hati.

  "Nek Su,Ainur pakai Pad jenama apa? Aiman nak pergi beli kejap" tanya Tengku Aiman Qalish kepada Nek Su.
"Aiman tak segan ke nak beli? Takpe Nek Su temankan" balas Nek Su sambil mengemas peralatan kebunnya.
"Eh takpe Nek Su,buat apa nak segan,isteri Aiman juga" ujar Tengku Aiman Qalish sambil tersenyum ke arah Nek Su.
"Yelah kalau macam tu. Ainur guna jenama Kotex. Kalau tak jumpa Aiman tanya je kat penjaga kedai tu" balas Nek Su lalu Tengku Aiman bergerak masuk ke dalam keretanya lalu dipandu menuju ke pekan.

  Sherry baru sahaja selesai membeli-belah di Pavilion. Dia berjalan menuju ke keretanya yang diparkir tidak jauh dari situ.
Tidak lama kemudian,rambutnya ditarik dari arah belakang. Dia menjerit kerana kesakitan.
"Kau apahal tarik rambut aku?" Sherry mengamuk dengan perempuan tua itu.
"Kau tanya aku kenapa. Hey perempuan jalang,berani kau goda suami aku" ujar perempuan tua itu dengan suara kasarnya.
"Suami kau yang mana pula ni,aku tak kenal la. Dah lah tepi" balas Sherry dengan angkuh lalu menolak badan orang tua itu.
Tangan Sherry ditarik lalu perempuan tua itu menyimbah cecair ke wajahnya. Sherry menjerit menahan keperitan wajahnya yang disimbah asid.
Lalu tidak lama selepas itu,ada sebuah kereta sedang menuju laju ke arahnya lalu..
"Bamm.."
Dia terbaring di hadapan kereta itu dengan wajahnya yang berdarah.  Kereta yang melanggarnya itu melarikan diri. Orang mula mengerumuni Sherry yang sudah terbaring di atas jalan raya dengan darah yang mengalir.

  Tengku Aiman Qalish mencapai mask berwarna hitam dan topi di tempat duduk penumpang itu lalu dipakainya sebelum keluar dari dalam kereta. Dia berjalan menuju masuk ke dalam kedai. Matanya terpandang budak remaja yang sedang membelek Pad itu lalu ditujunya.
"Assalamualaikum dik,boleh abang tanya sesuatu tak? Tanyanya kepada budak remaja itu.
"Waalaikumsalam..boleh,nak tanya apa tu?" Jawap budak remaja itu sambil memandang pelik ke arahnya.
"Err adik tahu tak Pad jenama Kotex? Boleh tunjuk kat abang?"
Tanyanya lagi. Demi Ainur Qalisha dia sanggup menahan malunya.
"Owh boleh..erm yang ni" tunjuk budak remaja itu sambil memberi sebungkus Pad itu kepada Tengku Aiman Qalish.
"Owh yang ni ke,terima kasih dik" ucap Tengku Aiman Qalish lalu dia beredar menuju ke kaunter pembayaran.
Usai membeli barang,Tengku Aiman Qalish memandu keretanya  menuju balik ke rumah Nek Su.

  Ainur Qalisha menyelongkar bagasinya sekiranya masih ada Padnya yang terselit di dalam bagasinya itu.
"Nahh" bungkusan itu diberikan kepada Ainur Qalisha.
"Apa ni?" Tanya Ainur Qalisha apabila melihat bungkusan berwarna hitam itu.
"Awak tengoklah sendiri" ujar Tengku Aiman Qalish lalu dia berlalu pergi ke luar bilik.
Ainur Qalisha menjenguk sedikit kedalam plastik itu. Dia tergamam sedikit,mukanya sedikit kemerahan menahan malu.
"Sejak bila dia pergi beli ni,aku tak nampak pun. Dia tak malu ke beli benda alah ni" desis hati Ainur Qalisha lalu dia menuju masuk ke dalam tandas.

  Tengku Aiman Qalish mendapat panggilan daripada orang suruhannya itu lalu dia bergegas keluar dari rumah dan pangkin itu ditujunya.
"Kau dah dapat ke perempuan tu?" Tanya Tengku Aiman Qalish dengan suara dinginnya.
"Dah bos,perempuan tu kena langgar lari tadi. Nampak macam kena simbah asid. Tapi takpe nanti saya inform bos kalau ada benda penting yang saya jumpa" ujar orang suruhannya itu. Selepas itu Tengku Aiman Qalish mematikan panggilan itu lalu menuju menaiki tangga. Dia duduk semula di ruang tamu itu sambil menonton TV.

***

Ok nanti author sambung lagi😁
Jgn lupa vote and komen💋😘

I Love You Gadis KampungUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum