Bab 10

628 23 0
                                    

  Setelah beberapa jam memandu kereta menuju ke Kedah,akhirnya Tengku Aiman Qalish sudah sampai ke destinasi iaitu rumah Nek Su. Tengku Aiman Qalish mematikan enjin kereta lalu keluar dari kereta. Kelihatan rumah Nek Su sunyi sahaja. Lalu dia memberi salam sambil bagasinya diletak di tepi.

  Nek Su yang sedang memasak di dapur itu segera berjalan menuju ke depan rumah setelah mendengar orang memberi salam.
"Waalaikumsalam..Aiman baru sampai ke? Maaflah Nek Su tengah masak kat dapur tadi. Jemputlah masuk" ujar Nek Su setelah melihat cucu menantunya sudah sampai.
"Ye takpe Nek Su..Ainur mana? Tanya Tengku Aiman Qalish sambil melabuhkan punggung di atas sofa ruang tamu.
"Ainur keluar ke pekan,kejap lagi balik la tu. Aiman pergilah masuk bilik dulu,Nek Su nak sambung masak kejap kat dapur" balas Nek Su lalu dia berjalan menuju ke dapur.
Tengku Aiman Qalish hanya mengangguk lalu dia membawa bagasinya menuju masuk ke dalam bilik Ainur Qalisha.

  Ainur Qalisha masuk ke dalam rumah dengan pantas apabila melihat ada kereta yang sedang diparkir di halaman rumah neneknya.
"Takkan dia datang sini kot?" Desis Ainur Qalisha dalam hati. Lalu dia mencari kelibat neneknya didapur
"Assalamualaikum Nek Su,kereta siapa kat depan tu?" Tanya Ainur Qalisha setelah melihat kelibat neneknya. Lalu dia menarik kerusi di meja makan lalu didudukinya.
"Waalaikumsalam..tu kereta Aiman. Dia ada kat bilik,pergilah tengok" balas Nek Su sambil memotong bawang.
"Aiman? Buat apa dia kat sini? Nek Su bagitahu dia ke yang Ainur ada kat sini?" Soal Ainur Qalisha. Dia berasa gelisah pada saat itu,dia belum bersedia untuk berdepan dengan suaminya.
"Dah2 pi tengok laki kamu kat bilik tu. Tapi Nek Su nak pesan ni,bincang elok2 jangan buat perkara yang tak elok,kesian suami kamu datang jauh2 nak pujuk kamu Ainur" nasihat Nek Su kepada cucunya. Ainur Qalisha hanya mengiyakan ucapan Nek Su lalu dia berjalan masuk ke dalam biliknya.

  Tombol pintu dipulas dengan perlahan. Hatinya gemuruh lalu dia masuk ke dalam bilik. Terlihat Tengku Aiman Qalish baru sahaja selesai menunaikan solat. Daun pintu ditutup lalu dia berjalan menuju ke birai katil dan duduk.
"Buat apa awak datang sini,saya dah kata hantar je surat cerai tu guna pos laju,tak payah susah2 nak datang sini setakat nak hantar surat tu je" ujar Ainur Qalisha dengan dingin. Tengku Aiman bangun lalu duduk bersebelahan dengan Ainur Qalisha di birai katil.
"Siapa kata saya nak hantar surat cerai. Saya datang sini saya nak minta maaf sebab dah tuduh awak,maki awak dan seksa awak. Saya tak sengaja. Awak maafkan saya please,saya cintakan awak,saya menyesal atas perbuatan saya terhadap awak", balas Tengku Aiman Qalish. Dia berasa sangat bersalah terhadap isterinya.
"Takde apa lagi yang nak dimaafkan. Awak balik la sana,saya taknak terima awak lagi. Saya dah tawar hati,saya nak kita berpisah" ujar Ainur Qalisha dengan dingin walaupun sebenarnya dia tidak maksudkan.
Dia cuma ego saat itu.
"Saya tak nak! Saya cintakan awak Ainur,tolonglah bagi saya satu lagi peluang. Saya janji saya akan jaga peluang tu dengan sebaik mungkin,tapi tolong..jangan suruh saya untuk lepaskan awak,saya tak sanggup nak kehilangan awak lagi" ujar Tengku Aiman Qalish dalam nada sedih,airmatanya perlahan-lahan jatuh. Dia berharap Ainur Qalisha sudi memaafkan perbuatannya.
Bunyi ketukan pintu membuat mereka berdua tersentak.
"Ainur mari kita makan tengah hari,ajak Aiman sekali" ujar Nek Su dari luar pintu.
"Baiklah Nek Su,kejap lagi kami datang" balas Ainur Qalisha sambil berdiri. Mereka berjalan keluar dari bilik dan menuju ke dapur.
"Hah Ainur,letak la lauk dalam pinggan suami kamu tu" ujar Nek Su sambil memandang ke arah cucunya. Ainur Qalisha hanya menuruti ucapan neneknya.
"Terima kasih" ucap Tengku Aiman Qalish sambil memandang wajah isterinya yang dingin itu.
Ainur Qalisha hanya mengangguk kecil lalu menyuap makanan ke dalam mulutnya.

  Pada petang itu,Ainur Qalisha duduk di pangkin di bawah pokok mangga berhadapan dengan rumah neneknya. Dia mengupas mangga lalu dipotong kecil ke dalam pinggan. Terlihat kelibat Tengku Aiman Qalish berjalan menuju ke arahnya namun dia tidak menghiraukan suaminya. Dia memasukkan mangga yang sudah dipotong ke dalam mulutnya. Tengku Aiman Qalish berdehem sedikit lalu dia duduk dihadapan isterinya.
"Nak sikit boleh?" Ujar Tengku Aiman Qalish bagi menghilangkan suasana sepi itu dan menghilangkan debaran di hatinya.
"Tak boleh,pergilah ambil sendiri kat pokok tu" balas Ainur Qalisha sambil menayangkan wajah geram.
"Alaa nak juga..saya mana pandai panjat pokok tu" ujar Tengku Aiman Qalish sambil membuat suara seperti kanak-kanak.
"Kau pehal buat suara macam tu,aku tau la kau handsome" desis Ainur Qalisha dalam hati.
"Eihh makanlah,sibuk je awak ni" balas Ainur Qalisha sambil mengupas sebiji buah mangga. Tengku Aiman Qalish tersenyum kecil,sekurang-kurangnya isterinya sudah mahu berbalas cakap dengannya walaupun sedikit dingin.
"Awak masih marahkan saya ke? Saya minta maaf sangat2" ujar Tengku Aiman Qalish dengan wajah sedihnya.
"Takde la,saya ok je. Dah lah saya nak masuk rumah dulu. Nanti kemas" ujar Ainur Qalisha lalu cepat2 dia berjalan masuk ke dalam rumah Nek Su. Dia berdebar-debar apabila duduk berdua-duaan dengan suaminya sendirinya.
"Awak maafkan saya tak?"jerit Tengku Aiman Qalish kepada Ainur Qalisha.
"Tengoklah macam mana nanti" balas Ainur Qalisha sambil menjerit kecil.

***

Ok done double update,nanti author sambung nnti ye😁😁🌺
Jgn lupa vote and komen😘

I Love You Gadis KampungWhere stories live. Discover now