"Eleh, Ya ker outstation. Entah entah pergi mengurut dengan awek Thai. "kata Heidi.

"Mana Ada abang pergi berurut lah sayang... "Tengku Izzham yang baru sampai itu terdengar kata kata Heidi.

"ehh izz"tegur Puan Sarima.

"ibu... "panggil Tengku Izzham.

"Bila Izz sampai? Ibu tak perasan pun"

"Baru jer"izzat di tangan haider diciumnya

"ha yerlah ibu dengan Haider keluar dulu. Kami nak makan tengah hari.Kami bawa izzat ya"sengaja dia biarkan anaknya itu dengan bekas menantunya. Mana tahu dari bekas menantu boleh jadi menantu semula.

Tengku Izzham angguk.

"sayang.... "panggil Tengku Izzham.

Heidi mengabaikan panggilan Tengku Izzham. Nasib dia sudah memakai tudung ketika doktor datang untuk memeriksanya sebaik sahaja dia bangun tadi.

"Assalamualaikum sayang... Abang nak cakap something ni"panggil  Tengku Izzham.

Heidi baring dan memusingkan badannya membalakangi Tengku Izzham. Salam dijawab dalam hati. Dia merajuk dengan lelaki bernama Tengku Izzham.

"sayang.... Abang rindu sayang. Naura sayang rindu Abang? "walaupun dirinya tidak dilayan, Tengku Izzham tidak berputus asa.

"Abang rindu sangat dekat naura dengan izzat. Setiap hari Abang merindui buah hati and anak abang. "

Heidi memejamkan matanya dan dia cuba memekakkan telinga.

"Naura.... Abang nak Minta maaf sangat dekat Naura sebab Abang lama tak call sayang. Bukan Abang sengaja sayang.Phone Abang Hilang. Nasib jumpa balik .Kebetulan jumpa masa hari Abang kena fitnah tu. Sumpah sayang abang tak pernah terfikir nak pergi situ. Abang kena fitnah. Abang ditipu. "terang Tengku Izzham.

"Tengku baliklah"halau Heidi. Dia sebenarnya keliru dengan perasaan sendiri.

"No.abang akan duduk dekat sini sampai Naura dengar cerita abang"

"Tengku ceritalah sorang sorang. Saya tidur dulu"heidi menutup matanya.

Begitulah rutin Tengku Izzham selama tiga hari.Setiap kali waktu melawat dia datang. Hari hari dia diabaikan oleh Heidi.

Hari ini sudah hari keempat.

"Naura... Naura janganlah hukum abang macam ni"

"mana ada saya hukum Tengku. "

"Naura please"

"Tengku ceritalah apa yang Tengku nak cerita "Kata Heidi. Dia rasa cukuplah dia merajuk. Macam budak budak pulak.Mengada betul.

Tengku Izzham menceritakan segalanya dari A sampai Z tiada satu punca yang tertinggal.

"macam tu lah ceritanya sayang"

"macam mana saya nak percaya cerita Tengku? "

"abang akan call philip"

"Entah entah si Philip tu bersubahat dengan Tengku? "heidi sengaja menguji lelaki itu.

"No sayang.... Abang sanggup heret Aidil Botak tu cerita perkara sebenar"

"then, heretlah dia datang jumpa saya"

"okay, but not today sayang"Dengan bersemangat Tengku Izzham berkata. Demi meraih balik kepercayaan Heidi.

Heidi gelak kecil. Tengok pada kesungguhan lelaki itu,heidi yakin yang cerita Tengku Izzham itu benar belaka.

"Macam mana dengan nama baik Tengku? "

"Nanti abang akan settle dengan si gemok botak tu."

Heidi gelak.

"tak baiklah Tengku gelarkan dia macam tu"

Tengku Izzham senyum. Alhamdullilah hati Heidi makin senang memaafkannya walaupun dipulau selama 3 hari.

"Abang janji abang akan heret si Aidil tu supaya cerita perkara sebenar "

"kalau Tengku dah janji saya akan tuntut "walaupun dia mempercayai kata kata Tengku Izzham tetapi lelaki itu bersemangat siap berjanji lagi untuk heret lelaki yang Tengku Izzham gelar Aidil Botak itu.

"Naura... Abang nak tanya Naura ni... "lembut Tengku Izzham bertanya.

"Tanya apa? "hati Heidi mula memainkan peranan.

"Naura dah boleh terima Abang semula? "Tanya Tengku Izzham.

Heidi telan air liur. Bibir digigitnya.
Jari dimainkan sesama sendiri.

"Naura.... "

"ya allah mamat ni... Dah lah panggil nama aku dengan suara sensual dia tu.Cair tau dak?!!"monolog hati Heidi.

Heidi ambil keputusan untuk menarik selimut menutup seluruh badannya.

"Naura.... "Tengku Izzham menggoyangkan Heidi dengan hujung jarinya.

"Tengku!!!! Saya malulah"jerit kecil Heidi di dalam selimut.

"Maksudnya Naura dah boleh terima abanglah ni? "Tengku Izzham yakin gembira.

"yerlah yerlah! Saya dah terima Tengku. Dah pergi balik saya nak tidur! Lagipun dah malam "halau Heidi.Padahal baru masuk pukul tujuh yang menandakan tamat waktu melawat.

Tengku Izzham tersenyum paling manis sekali. Hatinya jadi tenang. Perasaannya gembira yang teramat sekali. Alhamdullilah Allah dengar akan doanya.

"abang nak teman Naura malam ni boleh? "

Puk.

Selamat bantal hospital swasta itu mendarat di muka Tengku Izzham.

"Tengku tak balik saya ubah fikirannn"kata Heidi dari dalam selimut.

"okay okay abang balik "Tengku Izzham segera keluar. Dari elok diterima nanti diterajang pula.

Heidi senyum dari dalam selimut.

Hailahhhh mana tak cair. Romantik sangat! Hospital ni pun lelaki itu yang bayar. Ikutkan hati Heidi dia lebih biasa di hospital kerajaan saja.

"Alhamdullilah "kata hati Heidi.

Bersambung

Hai guys! Jangan Lupa vote and share cerita vie dkt kwn kwn korang. Also jangan lupa follow vie💓😍

Anyeong gamsahamnida

Second Chance,Mon Amour? [Completed]Where stories live. Discover now