Sudahla tidak punya adik, mahu abang atau kakak, yang ada pun pembantu rumah yang agak berumur, itu pun dirinya tidak rapat mana.

"Eh anak abi! Kenapa tak tidur lagi?" Tegur Tak Sri Mohamed yang baru masuk ke dalam rumah setelah selesai parking kereta.

Khalif melihat umi dan abi bersilih ganti.

"Memang Khalif balik rumah untuk tidur je ke?" Soalan Khalif yang sedikit berbunyi sinis menarik perhatian Puan Sri Khalisa.

Jarang Khalif bersura begitu. Ye ke? Atau sebenarnya Puan Sri yang tinggal anak dekat sekolah agama, jadi macam mana anak Puan Sri nak bersuara?

"Khalif kenapa ni sayang?" Soal Puan Sri Khalisa lembut.

Khalif mengeluh hampa.

" Takde apa, Khalif tidur dulu." Terus diri dibawa ke tingkat atas dimana menempatkan biliknya.

Katil bersaiz king dihampiri, haih..

"Aku tahu umi abi sayang aku ya Allah, tapi tak boleh ke kalau diorang luangkan masa sedikit untuk aku? Walau aku tahu diorang sibuk mencari rezeki.."

" Aku cuma nak mereka ada dengan aku.."

...

Cuti hujung minggu pun tamat, pelajar asrama mula kembali ke sekolah.

"Pagi handsome boy!" Sapa Dee kepada Khalif.

Khalif hanya membalas senyuman sambil menunduk sedikit, dapat dilihat sekilas wajah Hanum bersahaja.

"Eh Hanum, kau tahu tak haritu aku kan pergi la pasar malam yang kat area Kota tu dengan adik aku, pastu kan weyh ada anjing kejar! Bapak ah! Besar gila weyh!" Teruja Dee menceritakan, dengan wajah-wajah sekali memberi reaksi, habis berkerut wajahnya.

"Ouhh." Balas Hanum sepatah.

Khalif kemam bibir dari tersenyum, muka Dee kelakar sangat apabila itu je reaksi yang diberi oleh Hanum. Punya penuh beremosi dia cerita, Hanum balas 'ouh' je HAHA.

"Eee! Ouh-ouh pulak, tak nak la cerita lepas ni, merajuk!"

Hanum hanya mengangkat bahu tanda malas melayan Dee dipagi hari.

" Aku merajuk ni Hanum, M E R A J U K!" Dieja satu-satu oleh Dee.

"Ok." Balas Hanum.

"Sumpah Hanum, sumpah aku merajuk nak mampos." Terus badan dipusing kedepan.

Sebal dan sakit hati dengan Hanum!
Khalif menutup mulut, cuba ditahan ketawanya. Kesian betul Dee, sabar ye.

Setelah lima minit keadaan mereka sunyi, kelas mula riuh apabila Qayeed masuk ke kelas bersama lima orang sahabat hingga ke firdausnya.

Tibee..

"Assalamualaikum is friend!" Ucap Asiddiq sambil memegang tasbih di tangan.

"Your friend la bodoh, is friend bapak kau." Sampuk Aiman.

Itula orang cakap confident boleh, condifent jangan. Asiddiq hanya menjeling Aiman sebelum menyambung kata-kata yang terhenti.

"Ana Asiddiq, dan ini rakan-rakan ana, kami..."

Puk!

"Kau dah kenapa setan?" Soal Aiman kasar.

Asiddiq mengusap kepalanya yang diluku oleh Aiman, dasar Aiman barbie!

"Dahla, baik salah jahat salah, Bunuhla aquee...." Asiddiq berlalu keluar dari kelas.

Mereka berlima kelas terakhir, hanya Khalif dan Qayeed yang satu kelas. Qayeed sempat menghadiahkan senyuman sinis kepada Khalif sebelum duduk di tempatnya.

Romance : Ahmad Khalif ✓Where stories live. Discover now