Bab 52

265 11 1
                                    

"Cik Amee nak makan apa-apa ke?"

"Tak ada." Ameera geleng kepala perlahan. Dia hanya tayang senyum nipis.

"Sukalah aku dengan Cik Amee sekarang. Senyum aje memanjang. Ini yang buat aku makin sayang!"

"Hotak kau!" Kepala Jad dia tunjal.

"Heh! Baru puji sikit dah kena setepek." Ujar Jad sambil menggosok kepalanya perlahan.

"Esok Cik Amee nak pergi klinik kan?" Soal Had pula. Mereka sedang berjalan menuju ke arah lobi hotel.

"Ya. Kenapa?"

"Aku nak confirm kan semula. Lepas lunch kita pergi klinik."

"Okay."

"Cik Amee."

"Apa dia?"

"Kandungan Cik Amee dah masuk 4 bulan kan?" Soal Jad perlahan.

"Ya."

"Cik Amee tak nak buat perubahan ke? Err yalah mana sesuai ibu mengandung pakai baju ketat-ketat. Kalau jenis mak-mak nampak ni... Maun kena bebel setahun."

"Ketat sangat ke?" Soal Ameera sambil melihat diri sendiri. Skirt labuh, baju tshirt dan jaket. Masih dengan pakaiannya yang lama. Tidak berubah. Kasut pun masih kasut bootnya yang berat itu.

"Err sikit." Jad garu kepala. Dia sebenarnya sakit mata lihat cara pemakaian Ameera ni. Dah mengandung pun masih lagi nak pakai pakaian ranggi dia ni.

"Balik nanti teman aku shopping."

"Serius ni?" Soal Had pula. Terkejut. Rasa macam drastik sangat.

"Ya."

"Okay baik."

Ting!

Tepat mereka sampai ke tingkat pejabat Ameera. Terus kaki mereka melangkah keluar lif.

Sempat Jad dan Had bermain mata. Mereka berdua seperti tidak sangka dengan Ameera sekarang. Ameera dah tak banyak bercakap. Selalu jawab ya dan tidak. Itu memang paling pendek lah. Nak bergurau pun dah jarang. Kadang-kadang aje dia layan. Selebihnya dia buat bodoh.

Ameera macam dah mula keraskan hati. Tapi dalam masa yang sama dia nak tunjuk yang dia masih boleh berdiri sendiri.

Jad dan Had hanya melihat langkah Ameera yang masuk ke bilik pejabatnya itu. Mereka berpandangan seketika.

"Mungkin ini masanya dia nak berubah." Ujar Had perlahan.

"Kita bantu." Mereka berbalas senyuman.

🛡🛡🛡

Kes Zain sudah ditutup. Ayahanda yang minta pihak polis tutup kes Zain. Ayahanda tidak mahu polis siasat dengan lebih mendalam kes tersebut, takut hal lain pula terbangkit. Selebihnya ayahanda tidak mahu Ameera meratap pemergian Zain.

Waktu itu Ameera hanya diam. Tiada reaksi. Riaknya juga kosong. Dengar saja kenyataan ayahanda itu dia terus naik ke bilik. Berkurung. Seharian dia diam saja.

Esoknya Ameera keluar dengan wajah yang cuba dimaniskan. Wajah yang ingin menyimpan beribu rasa di hati. Mereka semua tahu Ameera memendam perasaannya sendiri. Dia tidak mahu dipandang lemah oleh orang lain.

"Cik Amee."

"Ya."

"Cik Amee tak nak pergi tengok rumah yang dekat Melaka tu?"

PROTECT YOU⚔️Where stories live. Discover now