Bab 17

611 28 2
                                    

"Yeay-yeay! Dapat makan sedap!" Jad dah terkinja di dapur.

Mereka dah balik rumah si kembar. Cik Amee katanya nak balik rumah ayahanda dia. Mereka iyakan aje.

"Rileklah Jad. Teruja sangat kenapa?"

"Aku dah lama tak makan masakan rumah."

"Heh!"

"Korang nak makan apa ni? Banyak sangat korang beli ni." Bulat mata Zain lihat bahan basah. Bukan setakat perut dengan siput, dia beli udang sotong ayam. Gila apa dorang ni.

"Ah seminggu ni kau duduk dengan kami. Masak. Aku tak kira."

"Seriuslah?"

"Ya! Aku serius! Kau ingat aku main-main?" Ujar Jad dengan tegas.

"Baik aku stay sini terus."

"Memang itu niat aku!"

"Heh!" Jad gelak-gelak.

"Nak kami tolong apa?"

"Boleh tolong ke?" Zain pandang tak percaya.

"Apa ingat kami jantan tak guna ke?"

"Sikitlah."

"Wah pandai menjawab." Zain sengih.

"Nah potong bawang ni. Bahan-bahan ni korang kupas. Aku nak blender kejap lagi."

"Orait."

🛡🛡🛡

Cik Amee melangkah turun. Dia mendengar orang bercakap di ruang tamu. Kaki terus ke ruang tamu.

"Eh Ameera. Long time no see." Suara itu buatkan bibir Cik Amee terus tersenyum sinis.

"Better no see than seeing." Jawab Cik Amee sinis. Orang tua itu terus senyum senget.

"Meera..." Ayahanda Ameerul menegur.

"Tak apa Long. Anak kau memang tak suka aku." Zul Don berkata dalam perli. Zul Don ataupun Azeezul Don a.k.a pakcik dia. Memang dia tak suka orang tua ni. Banyak sebab dia. Salah satunya sebab dia mangkuk!

"Aku pergi tandas kejap." Ayahanda bangun dan meninggalkan mereka. Cik Amee tayang muka menyampah. Dia perhatikan Zul Don anak beranak. Dia ada tiga buah mangkuk ayun. Farizul, Faizul, Faqizul. Keluarga mangkuk ni kadang menyusahkan dia! Huh!

"Hai Ameera." Farizul senyum gatal pada Cik Amee. Cik Amee rasa nak sepak aje muka dia tu.

"Ameera. Kau sendiri tahu kenapa aku datang kan?" Ujar Zul Don dengan muka sinis.

"So? Like I care?"

"Suruh bapak kau cepat serahkan pangkat dia pada aku."

"Pergilah minta sendiri."

"Bapak kau tu patutnya dah duduk rumah baca Al-Quran aje. Tak perlu nak handle Don Meriz lagi. Dalam keluarga kau pun dah tak ada waris lelaki. Memang sepatutnya dia serah pangkat dia pada aku. Aku ada tiga waris lelaki."

"Ha'ah. Tiga ketul waris mangkuk."

"Apa kau cakap?!" Zul Don terus berdiri. Matanya tajam memandang Cik Amee. Cik Amee senyum mengejek. Dia peluk tubuh pandang empat orang manusia eh bukan empat buah mangkuk itu.

"Dengar kan? Takkan pekak?"

"Kauu!"

"Meera meh lah duduk sama. Berdiri aje buat apa?" Ayahanda datang bersama bibik. Bibik tatang air untuk tuang pada mangkuk-mangkuk ayun itu.

"Tak apalah ayahanda. Meera ada hal. Got to go."

"Pergi mana?"

"Cari mangkuk."

PROTECT YOU⚔️Where stories live. Discover now