Bab 39

400 18 0
                                    

Ameera memandang sayu ke arah Zain. Zain masih dingin dengan dia. Entah kenapa hubungan mereka jadi begini. Semuanya kerana Leo bodoh tu!

Arghh! Stres!

Zain yang sedang leka memasak itu tidak sedar diperhatikan oleh Ameera. Hari ini bibik tak ada. Cuti. Jadinya Zain dengan rela hati nak masak.

Ameera nak masuk dapur. Nak bantu Zain. Tapi dia takut ingin menegur si suami. Wajah Zain serius saja sejak kejadian hari itu. Sudah seminggu berlalu, semuanya dingin. Dia mula hilang rasa bahagia yang dia lalui selama sebulan lalu.

Ameera tarik nafas dalam-dalam dan perlahan kakinya melangkah mendekati si suami.

"Abang." Ameera berdiri dekat dengan Zain. Zain menoleh sekilas dan kembali memandang masakannya.

"Masak apa?" Soal Ameera lembut. Zain masih diam.

Terasa diri diabaikan Ameera terus berpaling dan bergerak ke peti ais. Peti ais dibuka dan ais seketul dia capai terus masuk ke dalam mulut. Dia kemam dan gigit kuat. Geram!

Ameera masih menghadap peti ais. Bunyi ais yang digigit itu buat Zain menoleh ke arah isterinya dan memandang pelik. Nak bertanya tapi ego lebih mengatasi perasaan ingin mengetahui itu.

"Meera buat apa?" Ayahanda menyoal apabila masuk ke dalam dapur.

"Tak ada apa. Panas." Ameera masih duduk depan peti ais. Panas hati tu dia cuba sejukkan hati duduk depan peti ais!

"Panas? Rumah ni aircond semua on. Panas lagi?"

"Panas hati." Jawab Ameera perlahan. Ayahanda senyum senget. Dia memandang ke arah Zain yang masih memasak.

"Training hari ni?"

"Ya. Kenapa Ayahanda?" Soal Ameera sambil berpaling ke arah Ayahanda. Pintu peti ais ditutup.

"Ayahanda nak turun gudang."

"Ouh. Pergilah."

"Amboi. Macam menghalau."

"Yalah. Ayahanda nak pergi, pergilah. Siapa nak halang?"

"Marah Ayahanda pula?"

"Mana ada."

"Dah tu nada macam nak ajak bertumbuk aje?" soal Ayahanda, saja nak menyakat. Nampak muka monyok dah tahu kenapa.

"Tak ada lah. Meera naik dulu lah." Ameera mendengus dan terus naik ke tingkat atas. Mood dia terus swing!

"Kenapa isteri kamu tu Zain?" Saja Ayahanda menyoal.

"Tak tahu." Zain hidang makanan atas meja.

"Wah sambal petai. Siap ada udang lagi. Hati masak kicap. Perut masak lemak cili api siap rebung lagi." Bersinar mata ayahanda memandang lauk yang Zain hidang.

"Ayahanda makan lauk ni?"

"Makan aje. Kenapa?"

"Meera tak makan makanan melayu. Ingat Ayahanda pun sama."

"Tak adalah. Ayahanda masih tekak melayu. Meera tu aje dah terbiasa makan makanan omputeh. Maklumlah dulu orang gaji pun tak ada. Beli aje. Itu lah hasilnya."

"Ouh." Zain angguk.

"Kembar tu ada kan kat sini? Ajak makan sekali. Ini kalau budak berdua tu tengok memang meloncat gembira ni."

"Nanti Zain panggil."

"Untung Ayahanda ada menantu pandai masak. Lelaki pun pandai masak. Anak perempuan Ayahanda pun kecundang bab masak."

PROTECT YOU⚔️Where stories live. Discover now