Bab 18

547 27 0
                                    

"Cik Amee."

"Ya?"

"Kenapa saya kena pindah sini?"

Cik Amee terus pandang Zain.

"Kenapa tak selesa ke?" Zain garu kepala.

"Bukan. Cuma pelik. Tiba-tiba saya pindah sini. Jadi PA kedua Cik Amee. Saya rasa Fira boleh handle semua."

"Dah tu kau nak pindah balik kerja dengan Puan Haina tu? Hari-hari kena hamun?"

"Tak nak."

"Dah tu?"

"Err..."

"Tak ada kerja relaks ajelah. Kerja senang pun nak bising."

"Tapi saya ada satu soalan untuk Cik Amee."

"Apa dia?"

"Kenapa Cik Amee pindah saya ke sini?" Kecil besar saja Cik Amee pandang Zain. Zain sengih.

"Soalan kau tu bukan ke aku dah jawab tadi?"

"Saya tak rasa jawapan tu tepat."

"Ewah kau." Cik Amee terus bersandar pandang Zain. Zain sengih saja dari tadi.

"Kenapa?"

Cik Amee mengeluh perlahan.

"Aku tak nak kau kena buli. Ada faham?"

"Tapi kenapa? Saya dengan Cik Amee bukan siapa-siapa." Mata Cik Amee terpaku lama pada wajah Zain. Dia senyum senget.

"Kau tu lelaki lembik tau? Aku dah anggap kau macam adik aku. Aku kena pertahankan dan lindung kau daripada manusia toksik macam tu. Kau dah 26 tahun. Tapi masih lagi dibuli dengan orang. Aku tak suka."

"But still..." ayat Zain tergantung apabila suara Cik Amee tegas memanggilnya.

"Zain."

Zain pandang wajah Cik Amee yang sedikit muram itu.

"Kau nak tahu? Aku ada adik baya ala-ala kau." Cik Amee senyum nipis. Tapi matanya terpancar kesedihan.

"Ya? Saya tak pernah jumpa pun."

"Dia dah meninggal dunia. 19 tahun lepas."

"Innalilah."

"Sikap kau mirip sangat dengan dia. Dia seorang yang sopan. Lembut saja bercakap. Jenis anak mak. Dan selalu kena buli. Aku selalu pertahankan dia. Bagi aku, sebagai kakak sulung aku kena lindung adik aku daripada semua perkara negatif. Tapi aku tak dapat galas tanggungjawab sebagai kakak dengan baik." Mata Cik Amee berkaca. Cik Amee tahan air matanya daripada jatuh. Dia mengalih pandangannya ke arah lain. Tidak mahu Zain lihat air matanya.

"Cik Amee..."

"Dia meninggal sewaktu umur dia 8 tahun. Dia mati depan mata aku. Orang tu memang tak ada rasa perikemanusiaan langsung. Dia tikam adik aku berkali-kali. Aku tak dapat nak tolong adik aku. Aku kena ikat. Mulut kena tutup. Tapi ibu aku kuat. Dia buka ikatan tangan dia dan dia lari pada adik aku. Tapi malangnya dengan ibu aku sekali mereka bunuh. Mereka tembak ibu aku."

"Cik Amee I'm sorry for hear that." Cik Amee senyum tawar. Dia usap matanya yang hampir mengalirkan mutiara jernih itu.

"Dalam satu hari, aku hilang ibu dan adik aku. Aku lihat sendiri kematian dorang dengan mata kepala aku. Sampai sekarang aku dendam dengan si pelaku tu."

"Cik Amee tahu siapa dia?" Cik Amee angguk perlahan.

"Aku tahu. Tunggu masa aje." Cik Amee senyum sinis. Dia sudah terbayang wajah yang membunuh kedua-dua insan kesayangannya.

PROTECT YOU⚔️Where stories live. Discover now