5

3 0 0
                                    

"WHAT!!!" jerit farish keras. Duniaku yang bersinar terus bertukar malap begitu cepat. Mendengar tutur dari dua insan yang aku sayangi. Tidak terduka selama ni aku di tipu hidup2. Bagaikan boneka permainan mereka selama ini aku hanya menuruti kata mereka tanpa berburuk sangka.

"nadia mengandungkan anak saya dan untuk pengetahuan semua kami berdua dah berkhawin dua bulan lepas". Zapp. Seperti di tampar firah terkedu dengan pengakuan zaquan. Kakinya cukup lemah sekarang ni. Sungguh berat ujian yang diberi padanya.

"kurang ajar kau zaq." Farish meluruh kearah zaquan tapi sempat di halang oleh abah. "sabar along. Benda dah jadi kita tak boleh nak buat apa sekarang ni." Tahan abah. Sungguh farish geram dengan insan di hadapannya itu tambah-tambah lagi melihat wajah firah yang masih kelu.

           Tanpa mereka sedari firah perlahan-lahan mendekati zaquan dan nadia. Dia cuba untuk tenang di hadapan semua orang walaupun sakit di dadanya sungguh tidak tertahan lagi.

"sampai hati kau dengan nadia buat aku macam ni" sampuk firah bagaikan baru tersedar yang semua ini bukan sekadar mimpi tetapi realiti. "apa salah aku kat korang sampai korang jijik sangat nak sembunyikan benda ni pada aku." Firah melihat wajah zaquan. Insan yang selama ini di sayang dan kasih rupa2 nya adalah seorang yang penipu.

"apa salah firah sampai zaq sanggup nak malukan firah di hari yang penting ni. Awak tau tak betapa teruja dan gembiranya saya tadi hanya menanti mimpi yang indah bagi saya untuk bergelar isteri awak. Keinginan saya untuk jadi isteri awak sangat dalam. Awak tau tak" jelasnya berbaur sedih. Selama ni tak pernah terlintas di kepalanya bahawa zaquan akan buat macam tu padanya. Malangnya mimpi yang selama ni dia takuti berlaku di hadapannya malah lagi teruk dia khawin dengan sepupu aku sendiri.

"awak tak kurang apa2 firah. Saya yang salah. Cinta saya pada awak dah lama hilang tapi saya tak sanggup nak bagitau awak bila saya nampak sinar gembira awak dengan saya". Zapp. Satu tamparan singgah di pipi zaquan mengejutkan semua mata yang memandang. Termasuklah kedua ibu bapa zaquan. Dia tidak peduli. Kalau ikutkan marahnya mahu saja dia bunuh zaquan di situ tapi dia masih sedar dengan semua itu.

"habis tu sekarang ni baru awak nak beritahu saya. Awak tahu tak yang awak dah malukan keluarga saya. Awak dah pijak maruah saya hidup2 zaquan!!. Awak sedar tak!!!" bagai dirasuk firah menjerit pada zaquan.

            Dia cuba menahan benteng tangisnya daripada runtuh. Dia tidak perlu lemah depan mereka.  Yes..inilah firah yang sebenarnya dia harus kuat depan abah, umi, dan along yang selama ni sekadar memerhatikan kelakuannya.

"zaquan awak dengar sini sampai mati pun saya takkan maafkan awak. Kau juga nadia. Selama ni aku sayang kau. Aku dah anggap kau macam adik beradik aku sendiri. Tapi tak sangka yang kau akan tikam aku sampai dalam macam ni sekali nadia. Dan anak tu dalam perut kau tu jangan sesekali kau berani mahu mengaku yang aku ni mak cik atau keluarga kau. That will never happen." Sambungnya lagi seraya menunjuk perut nadia di hadapannya.

"firah. Aku minta maaf firah. Tolonglah aku dah takda keluarga takkan kau pun nak buang aku." Nadia merayu lalu memeluk betis firah.

"lepaskan aku lah perempuan". Firah menolak nadia dari memeluk betisnya. Umi yang dari tadi berdiam memeluk bahu firah untuk menghalangnya dari menolak nadia. Walaubagaimana pun, nadia tengah mengandung lagi membimbang jika berlaku apa2 pada nadia.

"apa selama ni kau skandal dengan zaquan. Kau ada ingat aku tak? Bukannya masa tu kau dah buang aku senyap2 nadia" dia memandang wajah nadia bengis. Sungguh dia benci melihat wajah itu.

Nadia terdiam. Betullah apa yang dikatakan firah padanya. Masa dia buat semua itu, manaada dia ingatkan perasaan firah. Hatinya mula diselubungi rasa bersalah. Berdosanya dia.

"zaquan sebelum aku hilang sabar baik kau dengan nadia keluar dari sini. And remember start from now we don't have any relations with either friend or family. Aku harap sangat lepas ni korang berdua jangan jumpa aku sampai mati." Tuturnya bengis lalu membelakangi zaquan dan nadia. Dia benci mereka. Benci sangat-sangat.

Zaquan dan nadia beredar dari situ. 

              Tersedar yang mereka dah lama meninggalkan tempat itu. Farish menuju ke arah firah. Tiba-tiba firah menjerit bagaikan perempuan hilang akal sambil menangis. Umi terus memeluk firah cuba memenangkan hatinya.

"firah istighfar sayang. Ingat Allah" pujuk umi. Dia juga tidak kuat melihat firah sedemikian tapi siapa dia untuk menghalang semua itu.

"umi sanggup mereka buat firah macam ni. Bodohnya firah umi tak sangka bakal suami dengan sepupu sendiri buat firah macam ni" sedih dan marah. Itu yang dirasakan sekarang. Dia penat. Penat dengan mainan dunia yang menyiksakannya.

"firah sabar ya sayang. Umi percaya yang tuhan dah atur cantik semuanya" pujuk umi.

"apa yang cantik umi" marahnya.

"ya Allah adik istigfar. Ingat tuhan. Adik dah lupa dengan dosa dan pahala Allah hanya disebabkan perbuatan zaquan pada adik" jelas abahnya. Dia harus sedarkan firah.

              Bagaikan tersedar. Firah beristighfar. Kenapa dia boleh lupa dengan semua itu. Rasa bersalah mula menggerumi hatinya. Dia berdoa di hatinya semoga Allah mengampuni dosa yang telah dia lakukan tadi.

"adik. adik. bangun. Adik tak pergi kerja ke hari ni." Kejut farish sambil mengoyangkan bahu adiknya.

                  Bagaikan di goyang firah tersedar. Sungguh dia tidak menyangka mimpi yang selama ni dia takutkan datang kembali setelah beberapa tahun dia lupakan. Semua ini disebabkan plan abah dengan tengku arif semalam.

"adikkk oi bangunlah. Dah besar panjang pun tapi masih nak along kejutkan."dia mengoncang tubuh firah. Rimas farish di buatnya.

"okey. Okey.. adik bangun. Along pergilah main jauh2" tuturnya menghalau.

Malas mahu bertekak di situ, farish akur dengan arahan adiknya.

" what the hell are you doing last night? Eq dah malukan papa depan tetamu papa sendiri" tuturnya marah apabila melihat anaknya yang ingin segera beredar dari situ. Langkah Tengku fareeq terhenti. Kalau dia teruskan memang dia minta tamparan maut dari papanya. Boleh tahan garang juga papanya itu bila marah.

"papa. Im sorry. Eq kena pergi office sekarang." Belum sempat dia mengatur langkah. Tengku arif menjerit. "stop!! Whatever are you doing now. I want you to stop and listen to me" tegasnya. Nada tengku arif naik senoktah.

Tengku fareeq akur. Gerun juga dia sebenarnya.

"eq kena dengar dan ingat cakap papa walau apa jadi sekali pun plan papa tetap akan jalan. Samaada eq setuju atau tidak. Papa tak kisah dan papa takkan peduli langsung. Tengku fareeq asyraf tetap akan khawin dengan pilihan papa. FULLSTOP!!! Walaupun masa tu papa TERpaksa heret kamu naik pelamin." Jelasnya tegas seraya menekan perkataan TER.

Tengku fareeq beredar dari situ.

Tengku ariff sekadar memerhatinya. Dia tahu yang tengku fareeq dengar apa yang dituturnya tadi dan dia juga tahu yang tengku fareeq sedar bahwa itu adalah amaran keras buatnya. Sekiranya tengku fareeq ingkar akan arahannya, dia memang mencabar kemarahan Tengku Arif.

"arghhhh.." jeritnya kuat seraya memukul stereng kereta miliknya. Dia tertekan dengan semua masalah yang tengku arif dah buat. Dia memang tidak boleh menang dengan keputusan yang telah diatur oleh papanya. Tengku fareeq menghidupkan enjin keretanya lalu memandu tanpa halatuju.

Dia perlu tenangkan fikiran sekarang.

                   Dia juga perlukan masa untuk semua itu. Bagaimana dia mahu jelaskan semua ini pada farah. Kekasih hati yang dia terpaksa tinggalkan demi mengikuti arahan papanya pulang ke Malaysia. Sudah lama dia ingin mengikat wanita itu dengan tapi tanpa restu keluarga tengku fareeq terpaksa membatalkan niatnya dahulu. Tapi siapa sangka rupa2nya papa dan mama nya sudah merancang untuk menyatukannya dengan wanita pilihan mereka sendiri.

"damn" tuturnya bila teringat kejadian semalam.

Perjalanan Cinta KitaWhere stories live. Discover now