6

4 0 0
                                    

Tanpa disedari sudah seminggu kejadian malam itu berlaku. Tengku Fareeq masih belum membuat mana2 keputusan lagi. Buat masa ini, dia hanya fokus pada kerjanya. Lagi-lagi hari ini merupakan hari pertama dia menjejakkan kaki ke Syarikat Aish Holdings.

"mama!!! Mama!!!" jeritnya semasa menuruni tangga rumahnya. Dia menuju ke ruang meja makan.

"Iya fareeq. Pagi-pagi lagi dah memekik macam ayam." Dia melihat wajah anaknya itu sambil menghidang sarapan untuk mereka.

Tengku fareeq membuka kerusi di hadapan ibunya seraya melihat semua makanan yang terhidang di situ.

"Mama hari ni first day eq masuk office. Mama rasa baju Fareeq okey tak?." Dia bangun lalu menunjukkan pemakaiannya pada hari itu. Seperti biasa dia hanya memakai casual kemeja fit sehingga menampakkan otot2 di lengannya. Suka sangat dia bila perempuan2 melihatnya macam tu. Bangga apabila semua mata menumpuh perhatian kepadanya.

Mamanya tersenyum. " bukan sahaja okey tapi terlebih okey tau tak. Ni yang mama takut tengok anak mama ni." Tuturnya berbaur risau.

"kenapa ma? Pelik sangat ke tengok eq macam ni. Lagipun it's my favourite style tau." Tuturnya seraya menghirup kopi. Seperti biasa masakan mamanya sentiasa memanggilnya untuk makan tapi disebabkan dia sudah terbiasa dengan cara barat. Dia sekadar mengambil sekeping roti lalu menyapu jem di atasnya.

"bukan pelik tapi bahaya sebab anak mama ni hensem sangat. Takut pula nanti ramai anak dara orang yang berpusu-pusu tekan loceng depan rumah mama ni." Katanya memerli.

Mengingatkan peristiwa di London dia tersenyum. Sakit juga kepalanya menghalau semua perempuan2 yang selalu datang ke rumahnya tapi apakan daya dia melahirkan anak yang cukup sempurna di mata orang tapi bukan di matanya. Walau bagaimanapun, Tengku fareeq asyraf tetap manusia biasa padanya.

"lah mama ni macam tak biasa." Tengku Fareeq tersenyum melihat gelagat mamanya. Mamanya ni pun boleh tahan juga kalau bab-bab memerlinya.

"fareeq. Sebenarnya mama nak tanya Fareeq pasal plan papa hari tu. Fareeq setuju?" katanya secara perlahan cuba untuk memujuk anaknya itu. Kalau terlepas cakap memang larilah Tengku Fareeq dibuatnya.

"mama..." Panggilnya lembut. Muak fareeq di buatnya. Semua orang asyik tanya benda yang sama. "mama tahu kan yang eq cintakan orang lain. Takkan mama sanggup tengok eq kahwin dengan perempuan yang eq tak cinta. Bukan sekadar tak cinta tapi tak kenal langsung." Tambah Tengku Fareeq. Dia meletak sudunya di tepi pinggan perlahan. Hilang seleranya nak menjamah makanan.

"Fareeq kenalkan papa tu macam mana bukan mudah nak buat papa tu ubah keputusan dia." Katanya lembut sambil memegang tangan fareeq lembut. Sungguhnya dia tidak sanggup melihat mamanya sedih tapi macam mana pula dengan hatinya. Serabut fareeq di buatnya semua ni gara-gara perempuan ngek ngok tu.

"Sejuta cara pun Fareeq buat untuk ubah rancangan papa memang takkan berjaya. This is the only choice that you have right now. Take it or leave it but with condition like i said before." Tengku Arif tiba-tiba muncul di ruang meja makan. Dia mengambil tempat di hadapan isteri dan anaknya itu.

"mama Fareeq pergi dulu. Papa I see you at office" Tengku Fareeq segera mencium tangan mama. Dia mengelak daripada terus berada di situ. Ketika menyalam tangan papanya, tengku arif sempat mengingatkan Fareeq mengenai rancangannya.

"Tengku Fareeq Asyraf . Remember what I've been told you take it or leave it" katanya tegas. Kali ini Tengku Arif memang serius dengan keputusannya kalau Tengku Fareeq masih berkeras dengan keputusannya. Dia tidak akan teragak- agak untuk melantik anak buahnya sebagai CEO di syarikatnya itu.

Tengku Fareeq segera beredar dari situ. Dia penat bertekak dengan papanya. Tiba sahaja di garaj dia menekan kunci keretanya. Hari ini dia memilih Lamborghini veneno pergi ke office. First day lah katakan. Mahu juga dia flexing sekejap.

Perjalanan Cinta KitaWhere stories live. Discover now