4

5 0 0
                                    

Tanpa Firah sedari jam telah menunjukkan pukul 8 malam. Dia segera mengemas mejanya, dia telah lewat untuk menghadiri makan malam bersama keluarganya. Dia beredar dari situ dalam keadaan tergesa-gesa. Bimbang pula memikirkan reaksi uminya kali ni. Mampus aku..

Sesampai sahaja di restoran yang dikatakan along tadi. Tanpa di sedarinya dia terlanggar seseorang.bukk!!. habis bertabur barang dalam beg tangannya.

"eee.....apa pasal pula aku malang sangat hari ni". Bebelnya seraya memunggut barang-barangnya. Dia ingin bergegas jumpa umi dan abah tapi bicara seseorang menghalangnya dari pergi.

"kalau cik nak tahu cik bukannya malang tapi buta!" sampuk lelaki itu. Firah memejam matanya, sakit hati mendengar apa yang dikatakan mamat itu. Dia bangun lalu memandang wajah mamat tak guna didepannya itu. Firah terpegun melihat kekacakan mamat dihadapannya tetapi niatnya untuk memuji wajah itu terhalang apabila mendengar mulut murai tak bergaji itu. Hilang selera aku mahu memandangnya. Dasar mulut longkang.

"eh...yang encik ni kata saya buta kenapa??? Amboii..sedap betul mulut encik kutuk saya". Getusnya geram.

"excuse me!!! you yang takda mata. I yang besar dari you ni pun you boleh langgar macam tu je" bela Tengku Fareeq.

              Tengku Fareeq Asyraf turut mendengus geram. Dia kurang berpuas hati dengan sikap minah didepannya itu. Dahlah dia yang langgar aku lepastu taknak mengaku pula. Ish...apa ni takde adab langsung bukannya orang melayu kaya dengan abab tapi mana adabnya.

"Yes!!! I mengaku yang you tu lagi besar dari I..." balasnya sambil memandang mamat tu atas bawah.

"see.. you also said that I am bigger than you then..". Tengku Fareeq memotong bicara firah. Firah cuba mentafsir semula ayat Tengku Fareeq.

"then...what??" Firah kebinggungan.

"takkanlah itu pun I kena ajar you. You know what...I been wasted my time just to heard that words from your mouth. Tu pun you payah nak cakap " suara fareeq meninggi senoktah. Firah terkaku. Dia terkejut apabila melihat wajah bengis itu. Mengingatkan janji untuk makan malam bersama keluarganya Tengku Fareeq segera beredar dari situ. Kalau tak, memang tak lepaslah minah tu tadi. Dahlah dia geram bila papanya tiba-tiba ajak makan malam diluar malam ni.

"Eeee....geramnya. Dasar mamat mulut puaka dia tinggalkan aku macam tu lepas dia kutuk aku." Firah melihat Tengku Fareeq meninggalkannya.

Tanpa Firah sedari, dia juga lambat dari waktu yang dijanji untuk bertemu keluarganya. Dia melihat jam tangannya . "Alamak!!! Habislah..mesti umi marah aku lagi".Dia segera beredar dari situ.

                Di ruang meja,Tengku Arif berasa gementar memikirkan rancangan yang bakal disampaikannya nanti. Semoga niatnya untuk menyatukan kedua-dua keluarga ni menjadi seperti yang dia harapkan. Sudah lama dia menyimpan hasrat. Ini saja satu-satunya cara untuk menghalang tengku fareeq dari balik semula ke London.

"Farish mana adik?. Betulkah alamat yang kamu bagi tadi tu?. kenapa adik tak muncul lagi ni?" risau dia dibuatnya. Dahlah Firah tu perempuan , mengingatkan berita yang terpapar semalam membuatkan syirah makin bimbang.

"umi jangan risau okey. Adik okey tu , lagipun tadi adik ada bagitau Farish yang dia dah sampai restoran ni. Umi janganlah fikir yang bukan-bukan pula. Mungkin juga adik ke toilet dulu. Umi relax ye~" pujuknya.

"macam mana umi tak risau kalau dari tadi adik tak sampai lagi. Farish cuba la call adik kamu. Tanya dia dekat mana sekarang ni?" bimbang dia bukan main lagi dahlah anak perempuan dia tu seorang saja kalau jadi apa2 nanti macam mana.

"sabar syirah. Sekejap lagi sampailah mereka dua." Sampuk Tengku Arif yang dari tadi hanya jadi pemerhati kelakuan dua beranak di hadapannya itu. Dia juga menanti kedatangan anak tunggalnya. Apa agaknya reaksi Fareeq bila dapat tahu yang dia sebenarnya ada sebab lain untuk balik ke Malaysia.

Perjalanan Cinta KitaWhere stories live. Discover now